Sultan cuti, ketika lantikan SUK dilanda kemelut

Ketika lantikan SUK masih dalam kemelut, Sultan bercuti... jadi dimanakah tempat untuk mengadu bagi MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim??


Sultan cuti, kemelut lantikan SUK mungkin berlarutan

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Kemelut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat akan berpanjangan dengan hasrat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Selangor hari ini terpaksa ditangguh kerana baginda sedang bercuti.

Laporan media memetik Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercuti sejak minggu lalu.

“Untuk makluman, Tuanku sekarang sedang bercuti dan kembali ke istana pada 3 Januari ini.


“Jadi soal Menteri Besar hendak menghadap hari ini tiada sebab pelantikan itu OK dan tiada masalah,” kata laporan Sinar Harian.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar kelmarin menyebut Khalid bercadang menghadap Sultan Selangor hari ini.

“Jadi jika ada sebarang pertemuan dengan baginda, ia hanya akan berlangsung selepas itu,” kata beliau dipetik Umno Online.

Munir juga dipetik berkata, dalam perlembagaan negeri Selangor tidak ada peruntukan yang menyatakan mesti dapat cadangan dari Menteri Besar.

“Pelantikan memang dari JPA dengan suruhanjaya berkenaan, ini kena dapat perkenan Tuanku sebab kuasa eksekutif negeri ada hak Tuanku,” kata beliau.

Menurut Munir, beliau telah menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin mengenai permintaan Khalid untuk menghadap baginda.

“Tetapi surat Menteri Besar (untuk menghadap) itu dihantar lambat,” katanya.

“Jadi mungkin Khalid boleh menghadap selepas itu,” kata beliau.

Tambah Munir, surat mempersembahkan nama tiga calon SUK juga hanya diterima selepas Sultan Selangor memberi perkenan atas pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Kelmarin, Sekretariat Akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid akan menghadap Sultan Selangor berhubung pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Khalid akan menyembahkan kepada baginda yang pelantikan Khusrin yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor tidak dimaklumkan kepada beliau.

Kenyataan itu turut memberitahu, oleh kerana perkara itu di luar pengetahuan Khalid, maka pelantikan Khusrin bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud dianggap belum muktamad.

Pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara menerusi satu kenyataan kelmarin.

Susulan pengumuman itu Pejabat Menteri Besar berkata pelantikan Khusrin belum muktamad tetapi Murni menegaskan ia sudah muktamad.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Aku anak selangor tapi aku tak suka pulak sultan aku main politik.. Kalau aku jadi Khalid, aku terima je Khusrin sbb tak guna lawan Sultan ni.. nanti dianggap derhaka plak walaupun tindakan sultan ni mcm tak berapa betul.. Pandai2 la layan Khusrin ni.. Kalau dah tau dia ni balaci BN, minimakan peranan dia.. Get ready somebody nk laksana arahan kalau Khusrin tak mahu ikut.. Pulaukan dia.. Lama2 sakit jiwalah Khusrin ni..

    ReplyDelete
  2. Semoga Yang Maha Esa akan menggagalkan rancangan jahat mereka.

    ReplyDelete
  3. Lihat sahaja peranan yg dimainkan oleh suk perak semasa kemelut politik di perak. Dia kunci pintu dewan bila speaker lantikan kerajaan pr mahu bersidang. Itulah sebabnya Najib nak letak baruah macam itu. Kerajaan Khalid akan jadi kelam kabut bila seorang syaitan diletakkan sebagai pegawai tertinggi di negeri sebab banyak perkara yg dikuasai oleh suk. Semua pegawai kerajaan negeri akan terpaksa akur arahan beliau bukan arahan MB. Allah selamatkan kerajaan pr selangor.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post