Taib Mahmud Menikah Lagi..

KUCHING, 19 Dis — Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lebanon berusia 28 tahun pada majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya di sini, malam tadi.
Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib, 74, memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Laporan Berita Minggu menyebut, majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal pukul 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.


Taib dan isteri, seorang wanita Lebanon dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira pukul 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau.

Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media juga memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.

“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu. Laporan semalam memetik Taib yang sekadar menjawab: “Belum lagi.”

Pemimpin veteran itu dijangka akan mengetuai Barisan Nasional negeri untuk menghadapi pilihan raya negeri, yang akan diadakan bila-bila masa memandangkan mandat semasa akan berakhir Julai depan.

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu. Beliau yang berkahwin dengan Allahyarham pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Taib berkahwin dengan anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramlee memandangkan minat mendalam beliau pada lagu-lagu Seniman Negara itu.

Bagaimanapun, dramatis tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut menyebabkan berita tersebut tenggelam begitu sahaja


The Malaysian Insider

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tahniah..terbinanya satu lagi masjid

    ReplyDelete
  2. KAKI RASUAH, KAKI KRONI, KAKI SONGLAP DUIT RAKYAT DAN TERBARU KAKI 'PEREMPUAN'. NAK MAMPOS, MASIH INGAT NAK MENIKAH!!

    ReplyDelete
  3. bro`,hal nak bina masjid ke2 dia tu takada kenamegena dgn busuk hati tipu rakyat tu,hak dia nak kahwin 10pun boleh,asal tahan je kan ada gambir,takut2 dia buat zina kan naya rkayat,setidak2nya dia kahwin,bukan mcm wanita PBB kat Lundu tu,kecoh satu daerah,buat malu je,terus tersungkurlah BN/PBB Pru13 nanti..

    ReplyDelete
  4. Biarlah,dari lakukan maksiat.Benda baik dan pihak perempuan pun ok.Patutnya mendokan supaya jodoh mereka kekal...Yang lain2 tu biarlah Allah saja yang membalasnya.Siapa kita untuk menilai dan menghakimi orang lain?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post