Tiga ketua PKR Sabah keluar parti hari ini?

Oleh Luke Rintod

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga ketua cabang PKR Sabah dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti hari ini.

Menurut sumber dalaman, satu sidang akhbar akan dibuat oleh ketua cabang PKR Putatan Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang merupakan penyokong kuat pemimpin PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Dimaklumkan bahawa Awang Ahmad Sah dan sekurang-kurangnya dua ketua cabang lain akan menerangkan sebab-sebab mereka keluar parti.

Menurut mereka, Jeffrey mungkin akan turut serta untuk menerangkan kedudukan beliau sendiri.


Satu sumber dalaman lain menyatakan pemimpin PKR Sabah akan meletakkan jawatan secara berperingkat mulai esok sehingga awal tahun depan.

"Ia akan berakhir dengan pengumuman bahawa Jeffrey sendiri keluar parti pada satu tarikh sesuai. Jeffrey, jika berada di sini pada Selasa pasti dia akan menerangkan kedudukannya……" tambah sumber tersebut.

Jeffrey, Awang Ahmad Sah bersama Daniel John Jambun dan Mozes Iking difahamkan telah mengadakan pertemuan bersama empat orang pemimpin Parti Nasional Sarawak (SNAP) di Miri pada hari Ahad.

Meninggalkan PKR secara berperingkat

Pemerhati politik menjangka pemimpin politik Sabah, Jeffrey Kitingan akan menyerahkan surat perletakan jawatannya sekarang namun sumber dalaman mendakwa bahawa beliau dihalang dari berbuat demikian oleh para penyokongnya yang mahu kumpulan penyokong beliau meninggalkan PKR secara berperingkat.

Ahmad Sah ketika dihubungi melalui telefon menegaskan bahawa beliau akan mempengerusikan satu sidang akhbar penting hari ini di Tambunan Golf and Country Clubhouse di Beverly Hills, Penampang.

"Saya akan memberitahu segalanya yang mahu dikatakan oleh saya dan rakan-rakan di sidang akhbar tersebut," kata pemimpin akar umbi kelahiran Bajau-Dusun-Brunei ketika ditanya sama ada beliau akan keluar parti.

Ahmad Sah merupakan antara sebahagian kecil pemimpin Muslim PKR Sabah yang memberikan sokongan kuat secara berterusan kepada Jeffrey dalam perjuangan untuk memperoleh kembali hak dan autonomi negeri Sabah.

Allahyarham bapanya, Awang Sahari Abdul Latiff yang dikenali sebagai pemimpin Sabah yang mahukan autonomi untuk negeri Sabah merupakan antara 20 pemimpin Sabah yang berunding dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu ketika membentuk Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963.

Allahyarham turut ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama setahun dalam era awal 60-an kerana disyaki menjadi agen pemberontak di Brunei, Azahari.


Free Malaysia Today

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salam, Jika seseorang pejuang Parti, hanya niat mereka untuk menjadi Ketua di dalam sebuah Parti, lebih baik, awal awal keluar dalam PKR, kerana jika seseorang betul betul niat untuk membantu Rakyat, Parti apa pun yang kita ikuti, yang penting niat kita ikhlas nak bantu Rakyat, saya dengan ikhlas mengatakan, bahawa mereka mereka ini hanya nak cari pengaruh, agar dapat di beli pada PRU ke-13 nanti?

    ReplyDelete
  2. Masalah keluar parti ini bertambah parah setelah selesainya pemilihan PKR yang penuh kontroversi!

    ReplyDelete
  3. anon 3:57

    Aku tak nampakpun yg keuar berduyun2 dari PKR,itu sogan kocek dialahtu,nak cari nama kot konon2 dpt simpati Anuar dicalon kerusi DUN wa...kah..kah..terong betul...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post