Ummi Hafilda.. Jadilah seorang adik yang baik...

Dalam kenyataan Media oleh Saudara Amir Ghazali Ketua AMK Pulau Pinang ini, beliau menyeru Ummi Hafilda agar bertaubat dari terus dipergunakan oleh pihak yang kini kelihatan amat takut untuk kehilangan kuasa, Takutlah kepada Allah yang maha berkuasa bukan takut kepada pihak yang berkuasa dan malulah kepada para Malaikat yang beribadat hanya kerana Allah bukannya beribadat selama 7 hari 7 malam hanya kerana untuk muncul semula memburuk-burukkan abang kandung sendiri..


KENYATAAN MEDIA

Kenapa harus bertaubat jika hanya mempertikaikan “Ketuanan Melayu”?

Ummi Hafilda dalam wawancaranya dengan Utusan atau Mingguan Malaysia semalam (12 Dec) telah menggesa Abangnya Azmin Ali Timbalan Presiden PKR agar bertaubat hanya kerana Abangnya itu telah menentang konsep “Ketuanan Melayu”.


Ketuanan Melayu itu membawa maksud Kekuasaan orang-orang Melayu ataupun Kekuasaan Raja-Raja Melayu.

Ummi Hafilda seharusnya tahu dan sedar siapakah yang telah menentang dengan cara menghakis “Ketuanan Melayu” itu sebelum menyeru abangnya Azmin agar bertaubat.

Pada tahun 1983 Akta Tanah telah diubah, perubahan yang dilakukan ini bagi membolehkan tanah-tanah milik orang Melayu dijual kepada bukan Melayu dan Kerajaan juga boleh mengambil alih tanah milik orang Melayu atas nama pembangunan.

Pada tahun yang sama juga imuniti atau kekebalan Raja-Raja Melayu juga telah ditarik bagi membolehkan mereka didakwa di Mahkamah jika melakukan kesalahan.

Kedua-dua perkara besar diatas telah dilakukan oleh seorang Pemimpin dari UMNO iaitu Tun Mahathir, beliau telah melakukan perkara tersebut seharusnya Mahathir lah yang perlu diminta bertaubat oleh Ummi Hafilda kerana Mahathir telah secara jelas menentang “Ketuanan Melayu”.

Ummi Hafilda juga telah berkata adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia dilingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa, tetapi tidakkah Ummi Hafilda tahu bahawa mendedahkan keaiban abangnya itu juga merupakan satu dosa?

Kenapa perlu Ummi Hafilda menggunakan Media Massa untuk menyeru agar abangnya Azmin Ali bertaubat, tidak bolehkah beliau sebagai adik menemui atau meghubungi abangnya itu untuk menasihatkan dan memintanya untuk bertaubat?

Untuk apa beliau mendedahkan keaiban abangnya (jika ada) dan menyeru agar beliau bertaubat melalui media tunggangan UMNO itu selain dari untuk menjatuhkan maruah dan memalukan abangnya sendiri?

Tidakkah Ummi Hafilda sedar kenyataannya yang telah disiarkan oleh Media UMNO dengan tajuk besar “Taubatlah Azmin” itu bakal mengundang persepsi yang negative dari masyarakat terhadap abangnya sendiri? Kerana Taubat itu biasanya dikaitkan dengan kesalahan yang besar dalam Islam.

Jikapun Azmin Ali dikatakan bersalah kerana bersekongkol dengan Anwar Ibrahim dalam menyembunyikan fakta sebenar berkaitan isu tuduhan liwat sebelum ini Mahkamah mana yang telah mengatakan Anwar telah bersalah kerana tuduhan liwat?

Sebagai adik yang baik Ummi Hafilda sewajarnya menyembunyikan segala keburukan abangnya itu jika ada dari pengetahuan masyarakat bukannya mendedahkannya kepada khalayak ramai.

Dalam wawancara itu juga Ummi Hafilda telah bersumpah untu kesekian kalinya yang jumlahnya mungkin hanya beliau yang tahu. Sumpahnya “ Wallahi Wabillahi Wataalahi” dalam aurat yang tidak dijaga atau ditutup dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam apakah hukumnya pula?

Yang pastinyakemunculan semula Ummi Hafilda kali ini bolehlah diumpamakan sebagai senjata lama yang digunakan semula oleh pihak UMNO/BN dalam meneruskan seranganterhadap PKR yang Ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim, Presidennya DS Wan Azizah dan Abangnya Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Dan sepatutnya yang harus bertaubat disini ialah Ummi Hafilda sendiri, bertaubatlah dari terus memburukkan saudara sedarah daging sendiri.

Bertaubatlah juga dari terus dipergunakan oleh pihak yang kini kelihatan amat takut untuk kehilangan kuasa, Takutlah kepada Allah yang maha berkuasa bukan takut kepada pihak yang berkuasa dan malulah kepada para Malaikat yang beribadat hanya kerana Allah bukannya beribadat selama 7 hari 7 malam hanya kerana untuk muncul semula memburuk-burukkan abang kandung sendiri..

Jadilah sebagai seorang adik yang membolehkan abangnya merasa bangga mempunyai adik yang sedemikian..

Amir Ghazali
Ketua AMK Pulau Pinang

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sekarang sudah jelaslah pada kita semua tentang APA itu Umi Hafilda bila dia sendiri mendedahkan BELANGnya dengan membuat kenyataan sebodoh itu. Umi Hafilda memang seorang srikandi sebagaimana yang dia kata, bukan orang lain kata, namun Umi Hafilda bukan Srikandi 7 tapi Umi Hafilda tak lain dan tak bukan hanya seorang SERIKANDI DUIT! Dia telah mendapat keuntungan material dari pendedahannya yang membantu Mahathir menjatuhkan Anwar dan mendapat imbuhan hidup dengan limpahan rahmat dibawah lindungan UMNO, bukan dibawah lindungan Kaabah.

    Azmin yang dulunya terhina dan terhonar oleh adiknya itu tidak pernah bertindak membalas dendam pada Umi kerana dia seorang abang yang baik. Dia biarkan Umi dan seperti saekor kucing yang luka, Azmin menjilat lukanya sendiri sampai sembuh. Sekarang pun Azmin tetap abang yang baik dan sekali lagi Azmin akan menjilat sebuah lagi luka oleh adik yang sama, namun Azmin adalah saekor kucing yang ada 9 nyawa.

    Umi Hafilda sudah terlalu hanyut bertuhankan UMNO bermalaikatkan Tuan2 Melayunya. Dia tidak berhak menyebut nama Allah terhadap Azmin kerana dia tidak pernah dapat merasakan hidup dibawah lindungan Kaabah!

    Umi, jangan mempergunakan nama Allah kerana kau tidak pernah kenal tuhan selain UMNO dan Allah tidak pernah menghalang kau hidup bergelumang dengan kealpaan yang diberi oleh UMNO. Jangan hina Allah dengan menyebut namaNya sekarang kerana bila kau sudah tidak menghormati Allah, Allah akan melaknati kau!

    ReplyDelete
  2. ketuanan melayu? ini isu agama ke sampe nk kena taubat?

    ReplyDelete
  3. sila lawati www.pendirinurcahya.blogspot.com utk keilmuan dan rawatan terkini.tq

    ReplyDelete
  4. Kalau kita lihat dari persepsi moral dan etika pn, tindakan Ummi Hafilda menyuruh abangnya 'bertaubat' melalui media jelas menunjukkan tujuan dia tidak ikhlas atau dengan niat yang tidak betul sebab sebagai adik beradik sepatutnya perkara ini, kalau ada pun, diselesaikan dalam suasana hubungan keluarga yang mesra dan harmoni, dan suasana berbincang..

    Ini jelas menunjukkan tujuan Ummi lebih kepada tujuan politik sempit UMNO dan BN menjelang PRU13.. Kalau Ummi boleh bersumpah, aku pun bersumpah takkan undi UMNO/BN lagi (walaupun aku masih ahli UMNO) selagi UMNO tidak berubah..

    ReplyDelete
  5. Kauorg semua lagi otak sempit...otak ikan sadin..kalau satu kes yang tak dapat liputan..maka sebelah mata org yg terlibat nak ambil berat...kalau kes dapat liputan meluas...bukan kata mata tak buka...seluar pun boleh terlondeh...kauorg ingat Umi tu nasihat si abgnya atau lain abgnya sebelum ini kena bagi tau kauorg ke? nak tanya sat...adik- beradik hangpa bila minta maaf atas kesilapan...berapa kali dlm hidup hangpa...hangpa cuba buat mengumuman time depan adik-beradik ramai2...ngan nada yang lembut...mesti kita kata..terasa aku bertuah ada saudara macam ni...ingatlah kita manusia bukan malaikat la kawan..fahami hakikat manusia

    ReplyDelete
  6. Komen dari Anonymous 3:00 pm tu merupakan komen yang paling bodoh hari ini.. harap maklum.. kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  7. saya setuju dengan ASD...anonynous 3.00pm. ko cakap apa?.....ko sedar ke ko ni dah lari tajuk....

    Fikir lah dulu sebelum komen...tak pasal-pasal orang kata kita bodoh...maksud komen kamu zero...

    ReplyDelete
  8. sudah lah umi hafilda rakyat tahu dan sedar apa yg anda buat sebelum ni, anda bersumpah memang tak terima satu sen pun dari Tun Mahathir tp tidak kah anda menerima melalui org lain atas persnsn anda tu,anda begitu pantas bersumpah melibatkan nama Allah swt ingat lah sumpah anda itu akan memakan diri anda sendiri, insyaAllah. kalau anda nak menasihat kan abg anda ada kaedah dan cara yg paling jitu utk digunakan bukan mengaibkan abg kandung anda sendiri apa tujuan nya? sudah tentu lah agenda perang saraf utk memenangi peprangan...bertaubat lah anda dari membuat dosa2 yg akan menghitamkan lg hati anda dan bila hati telah kotor Hidayah Allah sukar memasukinya...insaf lah...bagaimana hubungan anda dgn ayah anda sebelum beliau meninggal dunia.

    ReplyDelete
  9. BLOG PALING BANGANG YANG AKU TERSESAT

    KALAU NUAR KATA BUTO DIA MACAM LIDI MANA BOLEH LEWAT (MAAF LIWAT)PUN LU ORANG PERCAYA

    BUTO LU PENCACAI PENCACAI PKR

    ReplyDelete
  10. BUTO LAH LU SEMUA PENJILAT TEGAR KUNYIT NUAR

    ReplyDelete
  11. x payah la nk taksub sgt kat dowg nih x kira dr pihak yg belah mana sekalipun..cuma kekadang mcm pelik tengok penyokong2x ni yg fanatic sgt n bercakap menyokong membabi buta padahal kita sendiri pun bkn tau saper yg betul or sape yg salah...yg pas ti allah maha tahu n kita ni x yah la nak memaki2x saper2x pun...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post