
Malah ada yang berkata “Utusan Malaysia melepaskan peluru kosong, saya percaya mahu mencetuskan ketegangan dalam Pakatan,”
Kalau nak tahu siapa yang berkata demikian sila baca di SINI ..
Aku bersetuju dengan pendapat Prof Abdul Aziz Bari yang mengatakan, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya, yang telah disiarkan di SINI.
Aku juga amat bersetuju dengan kenyataan TG Nik Aziz yang mengatakan “Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Yang telah disiarkan di SINI.
TETAPI!! Aku amat tidak bersetuju dengan pemimpin-pemimpin didalam Pakatan Rakyat yang gemar mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa.. menafikan segala tuduhan tanpa menyiasat terlebih dahulu.. seolah-olah penyakit menafikan ini telah mula menular dalam diri pemimpin Pakatan Rakyat.. dihulurkan microphone terus bercakap.. hasilnya??
Korang bacalah wawancara Anwar Bersama Sin Chew yang telah diterjemahkan oleh MerdekaReview ini..
Wawancara Anwar bersama Sin Chew: "Kit Siang jadi Timbalan kalau saya jadi PM"
Lim Hong Siang

Laporan Sin Chew bermula sebegini, "*Penasihat PKR Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Pada masa yang sama, (beliau yakin) bukan sahaja empat kerajaan negeri yang sedia ada mampu dipertahankan, malah PR boleh merampas semula kerajaan negeri Perak, dan mengambil-alih kuasa kerajaan negeri Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak."
Beliau berkata, seandainya PR menawan Putrajaya, beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri, dan orang yang bakal menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah **Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Pakatan Rakyat mengamalkan sistem demokrasi. Tiada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan seandainya orang Cina menjawat Timbalan Perdana Menteri, dan ini juga bukan satu penentangan terhadap orang Melayu."
PRU 13 sebelum Jun 2011

Menurut laporan Sin Chew, Anwar Ibrahim berkata PR telah menghampiri penghujung dalam rundingan pembahagian kawasan pengundian, malah di Sarawak, PR telah mencapai muafakat untuk 95% kerusi.
Laporan wawancara tersebut kemudian terbahagi kepada lima bahagian, dengan tajuk kecil seperti "Kuasa ketiga pro-Barisan Nasional", "Aktiviti PR di Johor mendapat sambutan yang hangat", "Pemilihan langsung PKR bukan sandiwara", "PR terus kukuh biarpun tanpa Anwar" dan "Azmin bukan bermaksud untuk mencantas mereka yang berbeza pendapat".
"Penjara? Anwar ada percaturan"

Tumpuan laporan wawancara Oriental Daily ini diberikan kepada persiapan PR untuk berdepan dengan PRU akan datang, dan Anwar Ibrahim mengulas dilema UMNO sama ada untuk menyabit atau tidak kesalahan liwat terhadap dirinya. Beliau dilaporkan berkata, UMNO agak bimbang terhadap penentangan yang bakal tercetus seandainya Anwar dijatuhkan hukuman. Pada masa yang sama, UMNO juga khuatir ancaman yang dibawa Anwar jikalau beliau tidak dipenjarakan.
Anwar berkata, BN kehilangan undi Melayu pada PRU tahun 1999 apabila melontarkan tuduhan liwat terhadap dirinya, dan beliau berkata peristiwa ini mungkin berulang dan PR mungkin memperolehi lebih undi Melayu.
Dalam wawancara bersama Oriental Daily, Anwar Ibrahim yakin bahawa PR mampu merampas semula kerajaan negeri Perak, yang dimenangi pada PRU ke-12, tetapi digulingkan kerana lompat parti tiga orang ADUN PR pada tahun 2009. Beliau juga mengulas kerjasama antara DAP dan PAS, yang sudah banyak diperbaiki berbanding zaman dahulu.
Membeli baju di Reject Shop

Anwar juga menceritakan kisah lama apabila ahli keluarga melawatnya di penjara. Mereka bersembahyang, bernyanyi bersama - waktu bersama disarat dengan kegembiraan tanpa tangisan atau bermuka muram.
Beliau berasa bangga terhadap anaknya, yang sanggup mengamalkan cara hidup yang berjimat-cermat, malah mendedahkan bahawa keluarganya sering pergi membeli baju bersama di Reject Shop.
Bahagian kedua wawancara Oriental Daily dengan Anwar disiarkan pada 27 November, di muka surat A10. Dalam laporan wawancara tersebut, Oriental Daily memetik pengakuan Anwar bahawa dirinya seorang yang berlembut hati dan mudah mempercayai orang lain. Beliau juga menyanggah tuduhan bahawa PKR sama dengan UMNO, di samping mengimbas perbualannya dengan Lim Kit Siang ketika Lim Guan Eng dipenjarakan.
MerdekaReview
sabahal khair
ReplyDeletesudah 53 tahun merdeka mmg patot pun
AWAS DEB KEMBALI
Yg mempertahankan ketuanan melayu tu elit2 sampuk yg inginkan kerabat mereka saja dpt tender kerajaan,ketuanan malayu miskin tak boleh atau bangsa lain,itulah mereka ni sampai matipun mereka tak lepas,hanya satu saja nak mengolengkan puaka ni hanya pada undi dan beri kemenangan pada PR..
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!