Azan : Pekida, Perkasa mahu ‘peguam’ MCA ditahan ISA (Surat disertakan)

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Sekitar 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini, mengadakan tunjuk perasaan petang ini mendesak agar seorang peguam, yang didakwa menggesa penggunaan pembesar suara dihentikan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.


Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.

Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang mendesak individu itu ditahan kerana menghasut.

“Kami mahu dia ditahan di bawah ISA kerana mengancam keharmonian negara,” katanya.

Katanya, dia boleh mengubah kewarganegaraan jika mahu.

Malah kata beliau, peguam itu juga harus membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kumpulan itu juga mengedarkan salinan surat yang didakwa dihantar ke Pejabat Perdana Menteri meminta nada laungan azan menggunakan pembesar suara dikurangkan.

Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahlia MCA sejak 1998.

Katanya, dia tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.- The Malaysian Insider

Surat dari Ahli MCA kepada Najib..




7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mengapakah dia itu saja yang disalahkan? Orang yg arah pihak masjid akur dgn bantahan itu, bagaimana? rasionallah wahai melayu.

    ReplyDelete
  2. Putar belit. Panggil perlahankan bukan tutup BODOH!

    ReplyDelete
  3. Zaman Nabi dulu mereka guna pembesar suara kah? Kat kawasan saya sebelum azan lagi sudah dilaungkan berbagai ayat, yg tidak merdu pun, sehingga menggangu orang nak tidor; tak semuanya orang islam di kawasan tu. Di mana kah sifat toleransi islam? Adakah azan itu wajib?

    ReplyDelete
  4. Pakatan kena berhati2 dengan isu ini..mungkin ini adalah perangkap dan kemungkinan hendak menalihkan isu SUK yang dihadapi kerajaan selangor sekarang...

    ReplyDelete
  5. Anon.7.54 & 12.58

    menyelesaikan masaalah jangan timbulkan masaalah.

    ReplyDelete
  6. Orang2 Pakatan jaga sikit jangan cakap2 sesuka kerana Operasi Lalang ISA coming soooon.....

    ReplyDelete
  7. Saya rasa benda ini diperbesarkan sahaja. Janganlah kita nak sembahyang sampai menyusahkan orang lain. Daripada surat itu, kita boleh faham yang pengadu sebenarnya tiada masalah dengan azan selama ini. Ia hanya menjadi masalah apabila suara azan dan bacaan lain diperdengarkan dengan pembesar suara dengan kuat sehingga mengangu orang lain. Dan ia berlaku apabila ada Imam baru..Fikirkan..Apa tujuan Azan? Adakah orang islam perlu diberi azan untuk mengingatkan mereka untuk sembahyang? Kalau azan tidak berbunyi, maka tidak sembahyang ke mereka? Kalau lepas beratus ratus tahun, orang islam masih perlu diingatkan untuk sembahyang, maka saya rasa ada sesuatu yang tidak kena... Fikir la bro.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post