Beng Hock tidak dibunuh, bukan bunuh diri, tapi mati?

Daam penghakiman bertulis setebal 20 muka surat dan dibaca oleh Koroner Azmil Muntapha Abasa 40 minit itu hanya memberikan keputusan terbuka setelah beliau menolak teori mangsa membunuh diri atau dibunuh apabila mengetepikan penglibatan pihak ketiga.

Apa cerita ni?? tidak dibunuh, tidak pula bunuh diri tapi mati..


Adik tak puas hati



SHAH ALAM: “Selepas terlalu lama menunggu, ini saja keputusannya? Saya tidak berpuas hati,” kata Teoh Lee Lian, 31, adik mendiang Teoh Beng Hock, di luar Mahkamah Koroner, semalam.

Dia yang bertindak sebagai jurucakap keluarga, dilihat sungguh emosional sehingga menangis teresak-esak dan kadangkala seperti meraung apabila ditanya media mengenai reaksinya terhadap keputusan itu.

Malah, wanita itu yang hadir bersama ahli keluarganya dilihat mula mengalirkan air mata sebaik memasuki galeri awam di Mahkamah Koroner, jam 2.15 petang.


Lee Lian yang terlampau kecewa dengan keputusan itu berkata, dia akan mengadakan program jelajah ke seluruh negara sehingga Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian abangnya.

“Keputusan ini tidak membawa apa-apa makna,” katanya.

Ibu Teoh, Teng Shuw Hor, 57, yang cuba mengelak daripada dikerumuni media hanya berkata: “Siapa menyebabkan kematian anak saya, dia patut beri jawapan kenapa anak saya mati.”

Seperti prosiding terdahulu, Teng membawa bersama bingkai gambar dengan foto Teoh, 30.

Terdahulu, keputusan inkues yang sudah berlangsung lebih setahun setengah itu menarik perhatian ratusan wakil media tempatan dan antarabangsa, yang membanjiri pekarangan kompleks mahkamah sejak 11 pagi.

Sementara itu, peguam mewakili keluarga mangsa, Gobind Singh Deo berkata, keluarga mendiang Teoh akan memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan inkues yang mendapati kematian mangsa bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

“Kami berpendapat keputusan ini tidak dapat diterima. Walaupun tiada elemen jenayah, tetapi mahkamah bersetuju bahawa wujudnya kecederaan di bahagian leher mangsa sebelum mendiang jatuh dari bangunan itu.

“Persoalan tentang bagaimana Teoh mendapat kecederaan itu dan menemui ajalnya, masih menjadi tanda tanya dan mengganggu fikiran keluarganya. Kami perlu mendapat jawapan daripada SPRM,” katanya.


myMetro

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Gila punya jawapan. Tuhan kasi mati kot? Nak tipu lagi rakyat. BARISAN NAJIS MAMPUS LAH LU!!

    ReplyDelete
  2. Dari segi lgiknya:
    Bukankah Tan Beng Hock mati tetapi 'tidak membunuh diri' dan 'tidak dibunuh'. Lazimnya orang mati ini tidak bernyawakan? Dalam kes TBH ni, nyawanya telah 'meninggalkan' beliau, malangnya macamana pulak bodynya ada kat situ dan berkadaan begitu? Inilah persoalan yang perlu dicari jawapannya. Justeru itu satu 'SURUHANJAYA DIRAJA PERLU DIWUJUDKAN'. ADA BERANI KA?

    Jangan lupa kes mata lebam DSAI dengan mengwujudkan Suruhanjaya DiRaja maka terjawab segala persoalan.

    ReplyDelete
  3. patutnya open verdict tidak pasti kematian Teoh dimana siasatan Polis boleh dibuka.

    ReplyDelete
  4. Ini semua angkara si Najis yg menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan pr selangor spt yg telah dilakukan di perak. Sekarang dengar si Najis tu ada leukamia macam bapak dia dulu, itu sebab rambut dia semua putih tapi jahatnya sama aje. Mampuslah kau Najis.

    ReplyDelete
  5. Keluarga mangsa dan pihak yang ingin membantu perlu mendapatkan bantuan atau kerjasama dengan The Innocence Project, badan yang membantu keluarga mangsa yang menghadapi penganiayaan. Laman webnya ialah : http://www.innocenceproject.org/

    achmad abdollah
    notoracist@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post