Bina sendiri, jangan ambil hak orang lain?

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya membina sendiri kemudahan untuk rakyat seperti dewan atau pusat komuniti kerana mempunyai lebihan perolehan yang besar setiap tahun.

“Memang tanah milik Kerajaan Negeri tetapi peruntukan membinanya disediakan Kerajaan Pusat. Janganlah suka merampas hak orang lain kerana ia juga untuk kepentingan rakyat tambahnya.

Hmm.. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO.. bukan mengakui hak kerajaan itu hak mereka.


Jika Kerajaan negeri Pakatan Rakyat membina sendiri dewan dan pusat komuniti, apa pula yang akan terjadi kepada Dewan dan Pusat Komuniti yang sedia ada? Hendak dibiarkan kosong begitu saja atau akan digunakan oleh UMNO sebagai harta mereka untuk dijadikan stor bagi menyimpan bendera mereka sepertimana dengan apa yang terjadi kepada banyak Dewan yang ada?

Kenapa UMNO masih gila mahu menguasai Dewan atau Pusat Komuniti yang ada sedangkan mereka tidak berhak sama sekali keatas Dewan atau Pusat Komuniti tersebut biarpun ianya dibina oleh Kerajaan Pusat kerana ianya bukanlah dibina menggunakan Wang UMNO sendiri?

Datuk Azhar Ibrahim diarahkan mengosongkan Pusat Komuniti ADUN Penaga dua bulan lalu oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang kerana dikatakan ianya telah dibina atas tanah milik kerajaan negeri.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang seharusnya mencontohi ADUN Seberang Jaya Datuk Ariff Shah yang bertindak menyewa bangunan milik swasta untuk dijadikan Pusat Khidmat beliau, bukannya mendirikannya diatas tanah milik kerajaan negeri.


Bina sendiri, jangan ambil hak orang lain

KEPALA BATAS - Kerajaan Negeri perlu belajar membina sendiri kemudahan awam dan bukan memgambil premis yang sedang digunakan oleh wakil rakyat UMNO atau Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya membina sendiri kemudahan untuk rakyat seperti dewan atau pusat komuniti kerana mempunyai lebihan perolehan yang besar setiap tahun.

Beliau berkata sebaliknya, mereka suka mengganggu kemudahan yang sedang diselia oleh wakil rakyat UMNO dengan alasan tapak atau tanahnya adalah milik Kerajaan Negeri.

“Memang tanah milik Kerajaan Negeri tetapi peruntukan membinanya disediakan Kerajaan Pusat. Janganlah suka merampas hak orang lain kerana ia juga untuk kepentingan rakyat.

“Kita kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri yang kononnya berjiwa rakyat tetapi sebaliknya cakap tak serupa bikin,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam mengulas tindakan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara mengarahkan Datuk Azhar Ibrahim mengosongkan Pusat Komuniti ADUN Penaga dua bulan lalu.

Menurutnya, Kerajaan Negeri berbuat demikian kerana takut dengan pusat khidmat wakil rakyat BN yang makin dikunjungi orang ramai dan berjaya memberi perkhidmatan cemerlang berbanding pusat disediakan Pakatan Rakyat (PR).

Azhar pula berkata pusat komuniti itu yang mula digunakan pada 2006 menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai, terutama pada hari Jumaat apabila beliau turun padang untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

“Tengoklah orang ramai yang datang mendapatkan bantuan dan sokongan daripada saya untuk melengkapkan borang permohonan masing-masing. Saya membantu tanpa mengira kaum atau bangsa.

“Tindakan Kerajaan Negeri seolah-olah menganiayai rakyat. Kalau marah dan berdendam dengan saya, jangan jadikan rakyat sebagai mangsa. Mereka tidak bersalah,” katanya.

Menurutnya, setiap Jumaat, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Butterworth datang ke situ untuk kemudahan ramai.

Sementara itu, Ketua Unit Nelayan Bakau Tua, Zainol Khamis, berkata kira-kira 1,100 nelayan sering mendapat bantuan daripada pusat khidmat ADUN Penaga itu, terutama surat sokongan untuk bantuan sara hidup bulanan nelayan RM200.

“Pusat ini dekat dengan kediaman nelayan dan ia memudahkan kami mendapatkan surat sokongan atau bantuan lain tanpa mengira kaum atau parti politik," katanya.


Sinar Harian

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hoi! you ingat Najis bapa hang yang bayar?? BODOH betul! Saya rakyat P.Pinang juga bayar cukai kepada kerajaan Persekutuan...jadi dewan itu hak rakyat & kerajaan P.Pinang.

    ReplyDelete
  2. Ini taktik kotor No 3 Sun Tzu.
    Sun Tzu's Principle of Subversion
    1. Cover with ridicule all of the valid traditions in Pakatan (your opponent's country).
    2. Implicate their leaders in criminal affairs and turn them over to the scorn or their populace at the right time
    3. Disrupt the work of Pakatan (government by every means).
    4. Do not shun the aid of the lowest and most despicable individuals of Pakatan (your enemy's country).
    5. Spread disunity and dispute among Pakatan (citizens).
    6. Be generous with promises and rewards to collaborators and accomplices (in Pakatan).

    ReplyDelete
  3. baru sekarang nak cakap..masa dah lepas..bodoh punya orang umno..bantuan nelayan yang dikatakan...itu yang ditolong..yang masuk poket tak cakap..yang ada nama tapi duit ke poket tak cakap..

    apa yang dibuat adalah hak rakyat konon..buat sendiri konon...pirah...

    orang umno terdesak..sama macam pm sekarang dan dulu..bila ada kes baru cakap pada rakyat..upah sikit suruh rakyat buat demo..ingat tak malaysia dapat lapuran no 9 kuat rasuah..mahatir suruh rakyat yang konon semau tu tipu dan propaganda barat..

    ReplyDelete
  4. Memang betul kata dia...tapi ada orang yang meludah ke langit dan kemudian air liur jatuh kemulut orang itu balik..sebab kerja mereka ngaga aje..nak tahu kumpulan itu..yang memerintah PP sekarang la

    ReplyDelete
  5. kerja mereka ngaga pon sebab UMNO la bodoh. huhu baru padan muka. Sekarang PP diperintah oleh PARTI yang lebih baik dari UMNO. Soal nak ngaga ke tak, terima je lah realiti tu. Dulu ingat PP tak boleh terlepas ke PR? Maaf la bro barua. Nasib korang la UMNO.

    ReplyDelete
  6. kalau reta tu dibina oleh duit mak bapak org umno , x pa. Lu org boleh ambik balik tp ini duit kerajaang duit rakyat, bukan duit bapak mamak kutty.
    Jadi , jangan bikin bising. Pakai otak sikit .

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post