Mahathir penderhaka, UMNO pengkhianat

SHAH ALAM, 24 Jan — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penderhaka” dan Umno sebagai “pengkhianat” sehingga menyebabkan kuasa Sultan dimansuhkan menerusi pindaan awal 1990-an.

“Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr Mahathir sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir adalah penderhaka dan Umno adalah pengkhianat,” kata beliau ketika berucap membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.

Kata beliau, media yang dikuasai Umno digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-raja Melayu bagi mewujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.


“Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen Umno dari Perak yang mengingatkan Raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-raja tidak dapat kekal lama “malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium . . .,” kata Azmin (gambar) lagi.

Justeru soal Azmin, siapa yang memansuhkan kuasa Sultan Selangor untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat menteri besar.

“Pastinya, Umno telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Sekali gus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi,” kata beliau.

Adun Bukit Antarabangsa ini berkata, jika direnung semula Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr Mahathir, ramai pemimpin Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-raja Melayu.

“Antaranya, seorang Ahli Parlimen Umno berkata ‘adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas’,” katanya.

Azmin juga mendakwa krisis Perlembagaan Persekutuan tercetus ekoran tindakan pemimpin Umno yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.

Katanya, ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan 1993 kerana ia melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, “tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja”.

“Sebenarnya Umno memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Saya tahu bahawa kebimbangan ini ditimbulkan oleh pihak Raja-raja dalam tahun 1993.

“Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada,” katanya sambil menambah, keprihatinan Raja-raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

Azmin menambah, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pada 18 Januari 1993 adalah semakin jelas hari ini.

Ketika itu Lim dipetik berkata “semasa kita membahaskan soal kekebalan Raja-raja, tentang bagaimana mendemokratikkan sistem Raja Berperlembagaan, untuk memastikan Raja-raja bertanggungjawab dan Demokrasi Berparlimen, kita tidak boleh membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan menikmati kekebalan yang membebaskan mereka dari sebarang akauntabiliti awam sebagaimana yang dipamerkan oleh berbagai skandal yang tidak diselesaikan dalam negara ini.”

Kata Azmin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan prinsip yang sama dengan kekebalan tersirat daripada penyalahgunaan kuasa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Perkara 145(3) Perlembagaan kuasa yang diberi kepada Peguam Negara hendaklah dielakkan.

“Kekebalan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin elit Umno menjadikan Malaysia diperintah oleh diktator selama 23 tahun dengan mengamalkan undang-undang rimba dan menolak negara hukum.

“Dr. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan pihak Eksekutif terlalu kebal,” katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Perdana Menteri semasa Datuk Seri Najib Razak hanya meneruskan sistem yang dibina oleh Dr. Mahathir.

“Justeru itu, rasuah dan salah guna kuasa semakin berleluasa dan menjadi budaya dalam pentadbiran Umno,” katanya lagi.

Usul pindaan dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SAUDAR AZMIN. MENGUCAPLAH DAN BERTAUBATLAH. SATELAH MEMBACA BLOG UMI TERNYATA SAUDARA ADALAH MANUSIA DURJANA BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT. KALAU ORANG LAIN YG BERCERITA MUNGKIN KITA FIKIR BANYAK KALI UNTUK MEMPERCAYAI NYA. TAPI ADIK KAMU SNEDIRI YANG MENDEDAHKAN BERTAPA KAMU HANYA LAKSANA TENGGANG YG DERHAKA. KALAU TUN MAHATHIR YANG SANGGUP MEGELAP BADAN KAMU MASA DI HOSPITAL DAN DI JADIKAN ANAK ANGKAT OLIH TUN TERGAMAK KAMU MENGELUARKAN KATA-KATA YANG KURANG AJAR. YOU ARE NOBODY AZMIN COMPARED TO TUN MAHATHIR. HE HAS CREATED A PLACE IN HISTORY WHETHER GOOD OR BAD. HE WILL BE REMEMBERED LONG AFTER YOU KICK YOUR BUCKET.

    ReplyDelete
  2. MAMAK MAHATHIR ISKANDAR KUTTY MEMANG PENDERHAKA DAN UMNO@APCO MEMANG PENGKHIANAT DARI DULU KINI DAN SELAMANYA ,MELAYU TAK MUDAH LUPA HANYA PENYOKONG MAMAK KUTTY KERALA SAHAJA YANG BUAT-BUAT LUPA DEMI TEMBOLOK,PERUT DAN KRONI !
    ADAKAH SEJARAH SIKITUL BERULANG LAGI ?

    ReplyDelete
  3. aduh..klu bab politik antare UMNO n PKR ni,mintak jauh la...boring la..dua2 parti bleh bleh pecahkan umat manusie..alik2 gadoh same sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post