Rayuan Anwar ditolak lagi..

Oleh Debra Chong

PUTRAJAYA, 14 Jan — Mahkamah Rayuan pagi ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kes liwat keduanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ketua pembangkang itu kini berhadapan dengan tuduhan meliwat seorang pembantunya pada Jun 2008.

Pada 6 Disember lalu, Anwar gagal dalam percubaan keduanya supaya Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.


Ketika membuat keputusan itu awal bulan lalu, Zabidin berkata bahawa berdasarkan transkrip mengenai apa yang diperkatakan oleh beliau dan peguam Anwar, Karpal Singh, dalam mahkamah pada 22 November lepas, beliau mendapati tidak ada apa-apa yang boleh mendorong beliau berlaku tidak adil dalam mendengar kes itu.

Ini merupakan cubaan kedua Anwar supaya Zabidin menarik diri selepas hakim itu menolak permohonannya sebelum ini supaya akhbar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung satu laporan yang didakwanya sebagai prejudis dalam kes liwatnya.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dalam reaksi segera, Anwar yang duduk di bahagian depan galeri awam menoleh ke arah pemberita berkata: “Adakah anda terkejut?”

Perbicaraan kes liwatnya akan dibawa ke pengurusan kes Isnin depan.


The Malaysian Insider

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hakim tunggu apa lagi kuasa saa kat tangan hangpa jatug hukum cepata2 lagi senang, tentukankan anuar bersalah dengan apa cara sekalipun,walaupun anda tahu anda menjadi seorang hakim yang tak adil dan akan di bakar dineraka nanti, dah tak lama dah anda nak mati kira umur anda pun dah dikira sabsidi dari Allah,harta dan pangkat sudah tidak berguna lagi bila awak menjadi orang awam nanti. tapi demi menjadi barua UMNOBN tak pa lah mungkin anda berfikir dengan menjadi barua anda akan selamat dunia akhirat nanti. Akhir sekali selamat maju jaya dengan kuasa yang ada pada kamu.

    ReplyDelete
  2. Hakim muka tak tau malu....orang dah tak percaya dengan kau...blahlah...apa punya bangang hakim ni. Kau ingat bila kau pencen nanti boleh selamat ke????Aku sekeh kepala kau nanti.

    ReplyDelete
  3. drp 3 hakim satu aje yg ke syurga yg 2 lg tu ke Neraka TP DUNIA YG NAK KEPENGHUJUNG NI manusia yg d lantik jd hakim tak takut pd Allah swt tp takut pa kuasa manusia...peeergh janji masyuq apa kira..ingatlah segala apa yg kita miliki di dunia ni tak dpt membantu kita kecuali amal ibadat yg ikhlas krn Allah, yg lain akan di tinggalkan d tepi lubang kubur sbb tak muat nak bawa masuk..he...he...INSAF LAH DAN TAKUT LAH PD ALLAH SWT KRN SEKSAAN NYA AMAT PEDIH DAN TAK TERTANGGUNG, MENYESAL SKRG AMAT BERFAEDAH TP MENYESAL SETELAH BRADE DI ALAM BARZAH TAK GUNA DAH..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post