Rogol Amah : Penafian Rais, menghentikan siasatan?

AMPANG 6 JAN : Zuraida Kamaruddin mempersoalkan penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyalahkan Pakatan Rakyat dan media mengenai kes Rogol Amah sedangkan tiada tindakan dan siasatan dilakukan.

Menurut Ketua Wanita PKR itu Rais dan kabinet Umno-Barisan-Nasional(BN) bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.


"Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, saya mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan. Wanita Keadilan menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf," tegas Zuraida dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu.

Pada hari yang sama juga, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan.

Zuraida turut mempersoalkan kelesuan, dan tindakan dari Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil walaupun Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Oleh itu adalah perlu bagi Shahrizat mengambil serius mengenai kes mendiskrimasikan wanita di peringkat tertinggi ini.

"Setakat ini belum lagi dengar dari pihak Shahrizat walaupun telah tandatangani Cedaw.

"Atas dasar itu, Kementerian Wanita menampakkan kelesuan ini bila kali pertama mereka begini.. ini menunjukkan mereka tidak tegas dan tiada 'political will' dan sering terbengkalai setengah jalan," katanya.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah beliau akan mengajukan hal ini ke Parlimen untuk disiasat Kaukus Pekerja asing dan Imigran di bawah ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau juga telah berhubung dengan NGO Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta yang sebelum ini telahpun menemuramah dan mendapatkan pengakuan dari Amah tersebut.


TVSelangor

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. huhuhu...tak baik tau you all buli anak yatim

    ReplyDelete
  2. jangan sampai macam tu...tuduh - tuduh dan menfitnah nie tak baik.kita orang Islam dan ianya bukan budaya kita.betul salah bukan hak kita nak tentu kan !!!!

    ReplyDelete
  3. Entah berapa belanja?

    ReplyDelete
  4. Tuhan itu Maha Kaya, sebelum ini anak yatim ini pun terlibat sama dengan tuduha liwat dato' seri anwar ibrahim, sekarang di pun kenalah rasa pula. benar tau tidak itu Tuhan sahaja yg tahu. Tapi, pada umumnya saya tak hairan dilakukan oleh pemimpin2 umno yg rata2 tidak bermoral.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post