Satim Diman!.. PhD tu dapat atau beli?

PETALING JAYA : Seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor meragui kesahihan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman yang juga Adun Seri Serdang memperoleh sijil penganugerahan ijazah sarjana doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.

Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari (foto kiri) yang meraguinya menggesa Satim menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan kepada Speaker Datuk Teng Chang Kim bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).


Selain mendesak agar mengumumkan kepada rakyat bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan PhD tersebut, Dr Yaakob juga menggesa Satim supaya mengisytiharkan taraf pendidikannya bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehinggalah kepada doktor falsafah.

“Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di beberapa masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik berkata hal ini membimbangkan kerana ramai masyarakat sekarang sanggup membeli PhD melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan.

Katanya, perbuatan membeli PhD itu merupakan sebagai satu jenayah sekaligus merendahkan martabat universiti dan menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada dunia akademik.

Beliau turut menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus pengajian yang berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.


Free Malaysia Today

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Skrg PhD boloeh dibeli kat mana2. tak caya tanya Zahid Komidi...dia beli PhD UPM berapa ratus abis...

    ReplyDelete
  2. Ala pejam mata je bolih dapat Phd. Jadi kalau orang politik tu ada Phd maka nak tahu tipu ke beli ke atau apa pun cuba semak sejarah kerjaya dia.
    Phd entot amah pun ada.

    ReplyDelete
  3. Salam!ni kena bongkaq ni Zahid komidi betui ka x betui kalu betui kantoi mcm amoi nyanyi lagu kantoi tu.Hang kena ambik pot bab ni,kalu tidak lagi "merak buih" la puak2hamprak.

    ReplyDelete
  4. Apa yang aku tahu!!!!!
    Satim ni ada diploma Uitm...belajar part-time masa dia jadi kerani di UPM dulu. Dia cuba sambung bacelor komunikasi upm...tak habis..otak dah beku agaknya. Dapat Doktor kehormat dari UPM sebab banyak jasa kononnya..jasa apa aku tak taulah.
    Tetapi yang aku pelik...masa hari pengundian pada 2008...waktu mengundi sepatutnya dari jam 8.00 hingga 5.00ptg....tetapi di kawasan sri serdang, waktu mengundi dipanjangkan sehingga jam 7.00ptg. Boleh ke perkara ni berlaku..setahu aku ianya sudah melanggar peraturan SPR...Apa pula kata SPR...jawablah. Tapi jangan jawab...perkara tu tak belaku...aku sekeh kang kepala pengerusi SPR nanti.

    ReplyDelete
  5. Aku kenal Satim Diman ni.
    Ada rahsia besar yang aku tau...
    It's ok...Secret is secret..
    I know Dato"...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post