Saya cabar Anwar berdebat: Umi Hafilda

Wah!! Nampaknya ramai yang berminat untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim setelah yang dicabar untuk berdebat oleh Anwar menolaknya dengan alasan bodoh..

Yang sudah tersenarai sekarang ialah Khairy Jamaluddin yang telah berkata mahu mengundurkan diri dari politik buat sementara.. dah nak undur tu.. undur sajalah..

Kemudiannya muncul pula Nazri Aziz mencabar Anwar berdebat pasal isu APCO..

Semalam Umi Hafilda pulak dah mencabar Anwar berdebat.. bukan Anwar sorang saja dicabarnya malah Azmin pun turut dicabar..

Saya cabar Anwar berdebat: Umi Hafilda
2011/01/13

SUBANG JAYA: Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya terlebih dulu berhubung kebenaran kes salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Program 100 Hari yang dicadangkan pakatan pembangkang.


Ummi Hafilda yang pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga abangnya melakukan sumpah laknat bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam segala kes salah laku seks yang didedahkannya pada 1998.

"Saya cabar Anwar Ibrahim berdebat dengan saya. Buat apa dia nak berdebat dengan Najib. Saya cabar Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berdebat dengan saya dulu sebelum mereka menawarkan diri menjadi pemimpin.

"Saya juga cabar mereka membuat sumpah laknat untuk menafikan segala tuduhan yang dikemukakan saya sebelum ini jika mereka tidak terbabit dengan kegiatan salah laku seks," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Berita Harian

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Najib dah terdesak,,,habis semua balacinya akan digunakan untuk mewajarkan penolakan utk berdebat dengan Anwar,,Umi Hafilda,,lama dok bertapa peram apom pun dah berani jengoi untuk menjadi pecacai,,barisan katak on the way kut,,,,

    ReplyDelete
  2. Walaupun dah berkajang2 UMNO/BN tulis dalam suratkhabar dan berbuih2 mulut pemimpin2 UMNO/BN kata Anwar dh tak relevan dan lebih banyak menjahanamkan negara, ramai pulak yang nak berdebat dengan Anwar. Mananya Anwar masih relevan la kan.. Kah.. Kah.. Kah..

    ReplyDelete
  3. Gatalnya apom ini...

    ReplyDelete
  4. dah terdesak dan teramat terdesak nampaknya.

    ReplyDelete
  5. Jangan kutuk dia, tak lama akan jadi 'the riches women in the world'

    DALAM SIDANG VIDEONYA TERLlu bNYAK PERKATAAN "SAYA RASA" APA YANG DIA RASA PUN TAK DIKETAHUI. yANG PASTI AYAH SUDAH TIDAK MENGAKU ANAK, MUNGKIN ITU YANG DIA RASA.

    ReplyDelete
  6. Jangan layan, tak ada kena mengena......berdebat je dengan auratnya.

    ReplyDelete
  7. Semua orang ajak anwar berdebat...bukan apa...cari popular saja. Tapi jaga kau anwar...kalau balik nanti jagooan dari arab ajak debat...habis la kau anwar.

    ReplyDelete
  8. Tajjak Pal,

    Apa yg ummi rasa,aku tak rasa apa2,licin je,munkin ummi rasa ada palang merah atau gambir dari sarawak yg menghalang laluan selamatkan malaysia...kah,kah,kah...
    tunggulpun dia bantai...kah,kah,kah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post