Adakah benar Peneroka Felda itu Bodoh?

Artikel yang disiarkan di sini dengan tajuk "Tenang : Dah tenggelampun masih sokong??.. Aku tak faham..." banyak mengundang komen-komen yang mengatakan bahawa peneroka Felda itu bodoh.


Dimana UMNO kuat.. disitu Melayu merempat!

PRK DUN Tenang yang telah berlangsung semalam dengan keputusan yang memihak kepada Barisan Nasional melalui Calon dari UMNO Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1215 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Bagaimanapun ini bukanlah satu keputusan yang mengejutkan banyak pihak kerana ianya memang telah dijangka bersandarkan factor ianya adalah kawasan Felda dan semasa kempen sedang berjalan petugas-petugas dari Pakatan Rakyat telah mengesahkan sendiri memang sukar untuk memenangi hati warga Felda ini.


Oleh itu PAS/PR hanya mensasarkan untuk mengurangkan majoriti milik UMNO/BN yang diperolehi mereka ketika PRU 12 pada tahun 2008 dulu sahaja.

Bagi yang kurang arif apa itu saluran Satu dan apa pula saluran Dua, Saluran satu dikhususkan buat pengundi yang berumur 50 tahun keatas manakala Saluran Dua pula adalah bagi pengundi yang berumur 40 tahun keatas kalau tak silap.

Pengundi dari Saluran Satu memang kita sedia maklum sumber berita atau maklumat mereka datangnya dari Media yang dikawal oleh Kerajaan UMNO/BN sahaja ini sedikit berbeza dari pengundi dari Saluran Dua terutamanya yang bekerja di luar kawasan Felda.

Menurut seorang sahabat yang bertugas mengiringi Cikgu Mala semasa kempen majoriti warga Felda ini terdiri dari pengundi dari Saluran Satu menolak PAS dan dan ada juga dari Saluran Dua yang masih juga menolak PAS.

Kenapa agaknya? Adakah benar warga Felda itu memang Bodoh??

Artikel yang disiarkan di sini dengan tajuk "Tenang : Dah tenggelampun masih sokong??.. Aku tak faham..." banyak mengundang komen-komen yang mengatakan bahawa peneroka Felda itu bodoh

Adalah sesuatu yang kurang rasional untuk kita melabelkan para peneroka Felda itu satu golongan yang bodoh, kita sewajarnya juga mencari apakah sebabnya mereka begitu setia terhadap UMNO.

Ada peneroka yang tidak berkecimpung di dalam politik berkata mereka akan terus menyokong UMNO dan BN adalah kerana mereka telah terhutang budi dengan Tun Razak yang telah menyebabkan hidup mereka kini lebih selesa jika dibandingkan ketikan mereka berada di kampong asal mereka.

Mereka juga berkata mereka tidak mahu bersikap seperti anjing yang mengigit tangan tuan yang telah memberinya makan, Tuan yang telah melepaskan mereka dari belenggu hidup sebelum mereka menyertai rancangan Felda.

Tak perlulah kita hairan kerana boleh dikatakan hampir kesemua Peneroka Felda itu adalah berbangsa Melayu, satu bangsa yang masih mempunyai perasaan menghargai pemberian orang lain dan juga satu bangsa yang mempunyai adab dan kesopanan yang dipandang tinggi.

Kita juga perlu ketahui dari mana asalnya kebanyakan peneroka Felda itu, kebanyakkan mereka adalah golongan yang susah hidupnya ketika belum menyertai Rancangan Felda.

Bagi mereka Tun Razak dan UMNO telah berjasa kepada mereka kerana selama lebih dari 50 tahun ini UMNO/BN telah berjaya memperbodohkan mereka, kononnya Felda itu telah diasaskan oleh Bapa Pembangunan Malaysia iaitu Tun Razak yang juga merupakan bapa kepada Najib.

Dengan menggunakan hujah ini sebagai alasan Najib telah meletakkan Felda dibawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004.

Malahan bukan sahaja 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh Negara malah kita sendiri juga telah diperbodohkan UMNO/BN.

Menurut Suara Keadilan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu.

Dan menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab pula, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina.

"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.

"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh FELDA," kata Dr Samarudin.

Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978.

Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.

Itu menurut Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat disini ialah warga Felda itu bukanlah terdiri dari orang-orang yang bodoh cuma mereka telah dengan jayanya diperbodohkan oleh UMNO/BN

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. kenapa ek..bila tgk kat tv, kalau yang kuar mengundi org tua tua, org tua pakai kerusi roda, org pakai compang camping, aku jadi tak selesa dan bedebar2

    stigma, melayu mudah lupa, ketuanan melayu, umno dulu kini dan selamanya benar2 tersemat dihati mereka..

    aku pernah dgr statement dari atuk atuk kita ada ckp kalau tak der BN kita semua tak makan nasik

    woooo sampai cam tu sekali...mereka berjaya tang ni,

    selagi orang melayu tak celik IT selagi tu la orng melayu diperbodohkan oleh pak menteri, utusan melayu, tv3, RTM,dan sekutu2nya

    pada aku dorang bukan BODOH tapi tak berapa celik...

    ReplyDelete
  2. GOTAH DEN NAIK 3 HINGGIT KELAPA SAWIT NAIK 30 HINGGIT OKLAH LA. TU NAMA NAIK TAIK GIGI AJA TAK KISAH PUN.ALHAMDULILAH.HANYA orang hamPAS kelantan MESJID SEBIJI PUN TAK MAMPU BUAT TOKKONG BUDHA TERBESAR BOLE BUAT PULAK kan bodoh tu ISLAE GAPO?

    ReplyDelete
  3. memang bodoh pun..bukan setakat tu, bodoh bingai tahap kambing..ade kee dah tau calon tu kaki rampas tanah dan ada kes, masih disokong.patutnya sokong lah calon yang bersih..jangan kira party lee tp pilih calon yang nersih dan bagus..nieee calon dah terpalit taik pun dipilih juga, MEMANG BODOH TAHAP KAMBING LEE,,ORANG ULU...
    kalau aku kaya semua ahli keluarga aku kaya juga..nie felda kaya trillion tp peneroka cam sial susah..felda tu ibarat bapak, peneroka tu ibarat anak. tp kalau kekayaan tak sampai ke peneroka memang bodoh lee kalau diam jee.tp yang jelasnye felda tu apa..dulu felda tu kepunyaan ahli/peneroka tp sekarang nie felda asing / peneroka asing..felda bukan peneroka lagi dah jadi konglomerat sebab tu hasil kekayaan dapat pada felda saja..pemimpin kerah duit felda titk peluh peneroka. dapat duit jolly, simpan luar negara.. panjang cerita tapi yang jelas peneroka memang bodoh..rezeki ditangan tuhan kalau tak masuk felda dulu pun mungkin sekarang senang juga hidup..jangan ingat masuk felda hidup senang.bodohh..

    ReplyDelete
  4. kami peneroka tak BODOH
    KAMI TERPAKSA UNDI BN...
    KALAU KAMI TAK UNDI BN KAMI AKAN DIBUANG PENEROKA.
    LAGIPUN KAMI TAKDA LAGI HITAM PUTIH PEMILIKAN TANAH.
    ITULAH PUNCA REZEKI KAMI..
    KAMI NAK BUAT MCMANA?

    ReplyDelete
  5. Anonymuos dari Klate..mu jangerlah buwi malu ore Kelate supo ambo nih..

    Harga getah ngan sawit NAIK buke pasa BN ngan UMNO..abis tuh bakpo BN ngan UMNO tok buleh TURUNkan harga minyak petrol..? Acu mu tubik dari TEMPURUNG UMNO tuh..baru mu kena..mana KUCING mana harimau..kalu dok rimau mu kato kucing..

    Betul ko PAS tak ada buat masjid..kalo UMNO buat masjid pun .dio guno pitih sapo..buke pitih orang UMNO..alahai SATU SEN abuk pung ore UMNO tok ke buwi kalo pitih demo gok..

    Mu pasti ko..Tok Kong Budha tuh PAS yang buat..tanah Tok kong tuh..tanah ore SIAM ngan CINA..suko hati demolah nok buak tok kong BESAR mana pun..bak po dok saloh ko PAS ngan TG Nik Aziz pulok..bengong kelu mu nih..

    ReplyDelete
  6. ore mace...weh la...kecek xdk fakta..msjid n surau klate byk gong..
    ore PAS wt masjid guna dana hk ore bg sedekah..2 lmbat siap...buke xsiap..
    Islam xlarang agama lain brtapak d negara islam...hk tokong besar 2 supo kito gk la...guna dana sediri...ats tanah sediri...jnge kolot gk bb agama..islam xpernah halang agama lain..keculali ore hk xreti agama..

    ReplyDelete
  7. apa tak bodoh..BN kaseh RM500 sebagai ganjaran kepada peneroka Felda undi calon BN . Ini bersamaan dengan RM0.27sen sehari belanja selama 5tahun untuk adun BN jadi wakil rakyat, tapi BN hentam balik naik harga minyak . Berapa pulak ? paling paling pun RM3 sehari tambah belanja. Secara langsungnya seluruh rakyat Malaysia menanggong beban sehingga sebanyak RM6 sehari akibat kebodohan peneroka ni lah.
    Mereka memang tak tau kira.

    ReplyDelete
  8. Mcm cerita bomoh dgn hantu! Ada hantu kat hujung kg. 'jaga-jaga korang kena sokong aku dengan bagi aku makan dgn duit supaya aku boleh halau hantu tu' kata bomoh tu. Maka takutlah org kg. yg dungu tu walaupun tak berapa percaya ada hantu tp. sbb tok bomoh tu ckp camtu, maka ikut ajer lah walaupun tahu sebagai org islam sepatutnya percaya kepada kuasa ALLAH SWT. tp. tu lah..takut kat manusia lebih dari segalanya....walahualam..

    -+ve

    ReplyDelete
  9. Betullah tu org felda bodoh sebab mereka kan semua org melayu. org melayu ni kan memang bodoh.

    Yang belah utara-utara dah mula cerdik dan yg masih bodoh di belah-belah selatan dari negeri sembilan sampai johor.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post