Anwar nak jadi Presiden Malaysia???

"Ayah yang beritahu keluarga mengenai apa yang diberitahu Azmin kepadanya. Kata ayah, Azmin juga ada memberitahunya supaya tunggu dan lihat, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama manakala dia (Azmin) sendiri akan jadi Perdana Menteri," kata Ummi Hafilda.

Tapi.. kata orang, Ummi Hafilda ni bapak dia pun tak mengaku dia sebagai anak, habis tu bila masanya bapak di cakap kat dia?


Presiden Anwar, Azmin jadi PM?

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali didakwa pernah mengeluarkan kata-kata yang membayangkan beliau sendiri
ataupun partinya pernah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Adiknya, Ummi Haflida Ali (gambar) yang mendakwa demikian berkata, hal itu pernah disuarakan Azmin kepada bapa mereka, Ali Omar beberapa tahun lalu.


"Ayah yang beritahu keluarga mengenai apa yang diberitahu Azmin kepadanya. Kata ayah, Azmin juga ada memberitahunya supaya tunggu dan lihat, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) akan jadi Presiden Republik Malaysia yang pertama manakala dia (Azmin) sendiri akan jadi Perdana Menteri," katanya.

Ummi berkata, dia bagaimanapun tidak pasti sama ada Azmin benar-benar bermaksud dengan apa yang dinyatakannya ataupun disebabkan terlalu ghairah dengan apa yang diperjuangkan bersama Anwar.

"Ini kerana, ayah kami bukan seorang yang begitu ambil berat mengenai isu-isu semasa politik tanah air. Saya tahu dia (Ali) sendiri pun kurang mengerti apa yang diberitahu Azmin kepadanya. Sebab itu, Azmin katakan pula kepada ayah, ayah tak faham tak apa, cuma tunggu dan lihat," katanya ketika menyampaikan ceramah kempen Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) di Jalan Kebun, malam semalam.

Mengikut Wikipedia, republik merujuk sistem kerajaan (negara) yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih rakyat dengan gelaran seperti presiden, bukan sistem beraja atau monarki. Kerajaan republik dimiliki serta dikawal oleh rakyat namun bukan semestinya demokrasi kerana ada juga pemerintahan republik yang bersifat 'kuku besi' atau totalitarian.

Apa yang membimbangkan, kata Ummi, jika PKR atau parti sekutunya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan pada pilihan raya umum akan datang, mereka mungkin akan meneruskan usaha ke arah mencapai matlamat seper­ti yang dikatakan Azmin.

"Bagaimana dengan nasib raja-raja Melayu selepas ini, apakah negara kita akan jadi seperti Singapura?" katanya.

Ummi berkata, setiap orang Melayu harus memikirkan perkara itu dan bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan raja-raja.

"Jangan apabila nasi sudah jadi bubur, baru nak menyesal. Jangan menang sorak, kampung tergadai," katanya.


Sinar Harian

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. aku percaya cakap Ummi...sebab dia ada semua bukti tuk menuduh Anwar gay...kikkkkiki....

    Ko ingat senang ke bagi rakyat biasa ni ... nak buat tuduhan terhadap TPM? senang ke aibkan/ tuduh adik beradik jatuh masuk ke penjara?

    tak guna otak la ...puak khawarij..ni

    ReplyDelete
  2. dia ni sakit ni...

    ReplyDelete
  3. macam pernah dengar jer ayat tu...

    ayat gerombolan tu...

    pegi lanchoww la dengan adara tua tu....

    kah kah kah kah kah kah ...

    ReplyDelete
  4. Umi.. Umi.. Umi.. Kenapa la ko kata bapak ko yang kata macam tu kat ko? Kan bagus kalau kata datuk ko yg cakap..
    Weii.. Orang yang dah tak ada tak payah disebut2.. Siapa nak buktikan..

    ReplyDelete
  5. Ayah dah tak ngaku anak dosanya menjadi-jadilah.

    ReplyDelete
  6. Saper percaya BODO mcm dia! ha ha ha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post