Apco Worldwide punca polis bertindak ganas?


KUALA LUMPUR: Tidak mustahil tindakan ganas polis terhadap peserta perhimpunan aman menyokong kebangkitan rakyat Mesir dan membantah campur tangan Amerika Syarikat di negara itu, akibat telunjuk Apco Worldwide terhadap pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).



Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata tindakan ganas itu mungkin diingini dalang utama Apco yang dikuasai pimpinan Israel Zionis.

“Tidak mustahil Apco memainkan peranan tertentu untuk menasihati kerajaan Umno BN untuk bertindak kasar. Tindakan ganas ini menunjukkan secara jelas bahawa BN adalah pro-Hosni Mubarak.


“Apatah lagi, ia melibatkan kepentingan Amerika Syarikat,” katanya mengulas tindakan keras polis termasuk memukul, menendang, selain menahan peserta perhimpunan aman di depan kedutaan Amerika Syarikat.

Latheefa berkata, kerajaan Umno BN pimpinan Datuk Najib Razak seolah-olah mahu menunjukkan kepada ‘tuannya’ iaitu Apco dan Amerika Syarikat bahawa beliau sudah menjalankan tugas untuk negara koboi itu.

“Dan, kerajaan yang memerintah di kedua-dua buah negara ini adalah sekutu kuat kepada Amerika Syarikat,” katanya.

Dalam perhimpunan aman tersebut, tujuh peserta ditangkap dan ditahan di balai polis Dang Wangi manakala Latheefa Koya bertindak sebagai salah seorang dari enam panel peguam yang akan mewakili keluarga tahanan.


Keadilandaily

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Polis belum rasa lagi kebangkitan rakyat macam yang berlaku di mesir. Tu pasallah dia boleh berlagak, buat perhimpunan AMAN pun jd huru hara kalau ini team ade. Keja lain dah xde depa nak buat, jaga demonstrasi, pilihan raya, ceramah cukup penuh angota polis. Kes jenayah, rompakan, rogol, korupsi, pelacuran, dan sebagainya tak lak gi uruskan. Ehm ubahlah....bosan dah aku tengok ini drama TAMIL.

    ReplyDelete
  2. Pelanduk lupakan jerat...tapi jerat selalu mengintai pelanduk...sampai masa bingkaslah jerat tu...terjerat kat leher mampuslah...kat kaki..putus...kat perut bocor...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post