Bukan RM1000 tapi RM 2000 Bantu Pelajar Mesir Pulau Pinang!



GEORGE TOWN 17 FEB: Kira-kira 318 orang pelajar kelahiran Pulau Pinang yang menuntut Mesir akan diberi imbuhan oleh kerajaan negeri untuk menyambung kembali pelajaran apabila keadaan di sana kembali stabil.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco hari ini dan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman (gambar sedang makan nasi di atas)di sini.


Pemberian ini menunjukkan Kerajaan Negeri sangat prihatin kepada semua isu permasalahan masyarakat dan rakyat negeri ini.

Sehingga kini ada 318 pelajar di mana 111 orang adalah pelajar bagi bidang perubatan manakala 207 orang lagi adalah pelajar bidang syariah.

“Ada 318 orang pelajar kesemuanya. Kerajaan negeri telah bersetuju dalam mesyuarat Exco yang lepas bahawa kita akan memberikan sedikit imbuhan untuk mereka pulang semula ke Mesir. Kita akan memberi RM 2,000 kepada seorang pelajar.

“Ini untuk membantu mereka bagi memberi tiket penerbangan balik dan mengurangkan bebanan keluarga. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri prihatin kepada masalah yang dihadapi masyarakat dan rakyat,” katanya.

Wang imbuhan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjumlah RM 1,000 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIP) juga memberikan sejumlah RM 1,000.

Bantuan kewangan ini diberikan bagi meringankan bebanan keluarga pelajar selain membantu membeli tiket untuk pulang semula ke negara itu.

Mengulas perkara sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Kerajaan Persekutuan juga memberi sedikit bantuan bagi pelajar-pelajar ini.


TVS

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Alahai..bagi 2k kat 318org dah riuh-rendah..kata kamilah prihatin konon...Yang bawa balik 15,000org dari Mesir free aje...tak la riuh-rendah sangat..lagi depa yang buta hati dok tuduh bukan2...nak tanya sat 2k duit apa?mai kot mana?jawab le blogger!!!!

    P/S: Cadang kerajaan negeri la pulak tanggung kos penghantar balik depa2 tu..

    ReplyDelete
  2. Bodoh nak mampus Anon 12.20AM.
    kalau cerdik pun jenis cerdik buah pelio.
    Patut syukur kerana Kerajaan P Pinang memberi tekanan kpd kerajaan pusat untuk membantu pelajar2 Mesir. Padahal ada mangkok ayun pangkat timbalan menteri menyarankan pelajar 2 tanggung sendiri utk pulang ke Mesir.

    ReplyDelete
  3. Anon 2.20

    YANG DOK HINGGAQ SAMBUT PELAJAR MESIR TU BALIK SAPA? SIAP DENGAN KAIN RENTANG DAN PELBAGAI INTRUMENTS LAGI.

    ReplyDelete
  4. Puak2 cai tentu meroyan tahap gila babi bila kerajaan negeri dah setuju untuk beri bantuan kewangan ini.Terutamanya MPP(Media Permatang Pauh).heheheheheheee

    ReplyDelete
  5. haha Anon 12:20 tak puas hati, ingatkan boleh jadi hero sorang-sorang, now UMNO thunder had been stolen, dengan "cool"nya oleh PR.... nampak sangat dok pulun nak gain political mileage, tapi masih kena share.... waktu tolong bawak balik diaorang dulu tu Najib ikhlas ke? "jangan dipolitikkan" konon.... tapi banner UMNO penuh kat airport.... porahhhh!!!!!

    Anyway terimakasih kerajaan menjalankan tanggungjawab, tapi jangan nak claim credit lebih-lebih. To those who alleged PR tidak tolong, please reconsider. Had PR been invited to go over and help, would PR declined? I doubt. So PUTERA UMNO tolong jangan bangga sangat.

    MEDIC MESIR yang swasta tu siap bayarkan ticket balik bebudak tu, diam-diam je, tak pot pun. Siap boleh secure tiga flights lagi. Timbalan menteri yang pergi tak setangkas itu kan? Ooo... tak ada fund. Tabung UMNO kan besar gedang, kalau pakai tabung UMNO barulah boleh nak kemut credit sorang-sorang, ni pakai dana kerajaan & sponsor juga....haishhh....

    ReplyDelete
  6. anon 12.20

    Awat hg igt najis guna duit dia ka? dh tentu guna duit pembayar cukai, dh mmg jd tanggungjawab kerajaan memerintahla buat cmtu. Tolong ckit berkira lebih apa pya 'kera'jaan cmni. Bodoh kecik2 x mau mam*** dh besaq nyusah bangsa

    ReplyDelete
  7. kerajaan p,pinang yang sangat perihatin terhadap kesusahan rakyat,kerajaan berjiwa rakyat, nampaknya musuh politik kerajaan pr macam cacing kepanasan mendengar berita ini.

    ReplyDelete
  8. ha ha ha..yg jadik mangsanya student melayu islam kita yg belajar kat sana. Kerajaan main politik,bukannya ambik tau pun pasal masa depan depa...sajer nak promo image. podahh!

    ReplyDelete
  9. RM50mil utk bawa balik, is calculate rm2000 tiket, perhhhh makap lebih wooo, indon sekali shoot 9 aeroplane sekali hadap tak kecoh lak. direct flight lg tuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post