Harta Mubarak RM70 Billion, Harta Mahathir berapa?

Bukan sahaja harta Mahathir.. tetapi seluruh pemimpin UMNO dan bagaimanapula harta Ketua Menteri Sarawak yang memerintah hampir 30 tahun dan hampir sama tempohnya dengan Mubarak? mungkin sama banyak dengna harta Mubarak ini..

Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Gambar: Gamal Mubarak (kiri) dan ayahnya, Hosni Mubarak (kanan)

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.


Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.

KEDIAMAN mewah enam tingkat berharga AS$13.6 juta (RM41.6 juta) milik anak Hosni, Gamal Mubarak di barat London.

Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. anda pergilah check sendiri...dok menlalak aje..buat masa dan habis beras aje

    ReplyDelete
  2. takyah check....kita anggap jer puluh billion gak....kalu kita pertikai kan jugak bukan bleh dapat kat kita atau rakyat...tapi apa pun bekalan harta akhirat adalah yang kita semua kene dapatkan.dunia hanya sementara...

    ReplyDelete
  3. SlayTheZionistDevilsFebruary 7, 2011 at 1:51 PM

    Ini satu perkara yang biasa kita lihat seperti di Filipina (sekitar 1986), Romania (awal 90an), Iran (tahun 1979) dan terbaru Mesir. Pemimpin-pemimpin SIAL ini merompak kekayaan negara serakus-rakusnya dab menyimpan hasil rompakan itu di bank-bank di luar negara. Bank-bank tersebut biasanya mempunyai polisi yang ketat dalam menjaga simpanan si penyimpan dan mereka tidak akan membekukan akaun penyimpan melainkan mendapat arahan daripada POLIS DUNIA. Yang menjadi masalah kepada pengganti pemimpin sial ini adalah bagaimana nak membaikpulih negara yang telah rosak dengan sisa-sisa dana yang masih berbaki. Ini merupakan satu dilemma kepada rakyat mana-mana negara yang nak tumbangkan pemimpin-pemimpin sial di negara mereka sama hendak meneruskan agenda mereka atau membiarkan sahaja kepala mereka dipijak sehingga pecah terburai! NAK DITELAN PUTUS TANGAN KIRI, NAK DILUAH PUTUS TANGAN KANAN. Pada pandangan aku, biar rakyat tumbangkan pemimpin-pemimpin sial ini sebab pemimpin-pemimpin sial ini akan membuatkan rakyat menjadi makhluk yang MASIH TAPI TIDAK BERNYAWA sekiranya dibiarkan.

    ReplyDelete
  4. Pemimpim sial ni selalunya memiliki sifat syaitan lahanat dia pandai bercakap pandai merayu pandai mengeksploitasi pandai berlakon kalau nak letak jawatan letak je la ni tak cakap banyak dan ada pula menangis di khalayak ramai konon nya nanti negara kacau bilau pada hal nak tutup yang dia ada duit banyak di luar negara bukan setakat dia saja habis anak beranak suku sakat cucu cicit tah apa lagi turut jadi kaya raya..........................

    ReplyDelete
  5. MASIH ADA LAGI ORG2 MELAYU BEROTAK UMNO YG PRO-MUBARAK...MEREKA NI MEMAG BUTA HATI, NANTI DI AKHIRAT MEREKA AKAN DIBUTAKAN MATA...

    SIAPA YG UNTUNG BESAR, SAMA ADA HOSNI MUBARAK MASIH PEGANG KUASA ATAU TURUN TAKHTA? MESTILAH AMERIKA DAN BANK2 DUNIA...SEBAB, HARTA2 ISMET HOSNI MUBARAK DI LUAR NEGARA AKAN DI KEBAS PULA OLEH SI SADIQ SEPAK RAGA SAUDAGAR PENIPU SEBAGAIMANA NASIB HARTA2 PRESIDEN SADDAM HUSSIN DILUAR NEGARA... TUAN PENASIHAT 25% AMERIKA SYARIKAT AKAN MENGAMBIL SEMUA HARTA2 SI ISMET HOSNI MUBARAK SEBAGAIMANA HARTA SI ABDUL WAHIB DAN ABDUL WAHUB...

    JANGAN MARAH YER ISMET HOSNI UMNO MUBARAK, NANTI KENA JUAL...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post