Jejantas KLCC bertaraf dunia, sebab itulah ianya mahal.

Oh!! Patutlah mahal.. bertaraf dunia rupanya.. dan setanding dengan jejantas di Singapura dan Hong Kong,tapi... bahan binaan dan tenaga kerja itu adakah datangnya dari Hong Kong dan juga Singapura?

Pada 8 Februari lalu, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Dibawah ini jawapan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.


Jejantas KLCC-Hotel Impiana bertaraf dunia

KUALA LUMPUR: Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC merupakan sebuah jejantas yang memiliki standard antarabangsa, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa jejantas berharga RM10 juta itu, yang pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh anak syarikat Petronas, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, setanding dengan jejantas di Singapura dan Hong Kong.

Merujuk kepada kritikan oleh sesetengah pihak terhadap projek itu, Ahmad berkata mereka perlu membandingkan pembinaan jejantas yang serba moden ini, yang mempunyai ciri keselamatan dan keselesaan,dengan jejantas yang dibina oleh kerajaan sebelum ini, dan bukan dengan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Beliau berkata jejantas sepanjang 152 meter itu bukan sahaja bertujuan menghubungkan kedua-dua lokasi tersebut tetapi turut berhawa dingin dan mempunyai kamera litar tertutup yang dihubungkan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia.

Jejantas itu turut mengambil kira keperluan warga emas dan orang kelainan upaya dan cacat penglihatan, katanya.

- Bernama

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. betolah lah memang mahal MESTI PAKAI DUIT TABONG MEMALI ATAU KOHILAL ATAU DUIT LADANG RAKYAT KOT ATAU DUIT PETRONAS ?MANA YANG BETOL NI A, B, C,ATAU D? LU FIKORLAH SENGILI

    ReplyDelete
  2. ini jocholi bolo punya olang,,ayaa,,lu kalau bolo ,,pigi main jauh jauh laa,,nanti wa luku kapla,,,

    ReplyDelete
  3. Hebat MP PKR anak DSAI..jadi MP lawak antarabangsa..MP payung terjun...cari isu gelihati..kalau nak murah panggil le PR & the geng pasang naik jejantas tu ramai2, dah pasang baru nak bising...Bapaknya kencing berdiri.. anaknye pulak kencing berlari...

    P/S: Jambatan dekat rumah mak bloger ASD bila nak buat baru...dah berturun dah..kerajaan negeri dah tukar dekat 3tahun tapi masih macam tu aje..minta PR & geng mai gotong-royong buat jambatan baru.

    ReplyDelete
  4. Barua tu... nak pesongkan perhatian rakyat kepada jambatan tu pulak. Kes bapak nya pun belum selesai lagi... 20 tahun dah menunggu. Buang masa aje cerita pasal jembatan KLCC. MP bodoh.....

    ReplyDelete
  5. mmm...jjntas dr KLCC ke HOTEL...??

    agak2nya, org yg nk gerak dr klcc ke hotel tu sapa ek? org kaya ke jutawan smpai kna ada aircond bagai?

    rasanya org yg guna jjantas tu msti busuk2 pn naik mersedis la..tak gitu? klu dh jnis yg naik keta berat mcm tu, nk ke dia jalan kaki 'dalam' jjntas brtaraf dunia ni??

    haaa...tak pn utk org putih yg dok hotel pastu nk p shoping kt klcc @ yg ada miting d klcc pastu balik hotel nk tido. kot mana pn, jjantas tu ttp akan digunakn oleh org 'kaya' dn paling sadis lg ialah brapa kerat sgt la org mesia yg akan guna jjntas tu...?

    haa...blanja org luar la ni...bnda tu kn dh biasa. kn kita pnah bg 70 juta 'atas angin' mcm tu je kt kompeni yahudi, apa yg peliknya kn??

    haa...org mesia (umum sgt la, baca org KL je la) kn kaya2 smua..mana ada yg merempat bwh jmbtn pn.

    haa...mgkin klu ada lg yg dok bwh jmbtn, bleh la pikir2 nk pindah, ada pot baru, insha allah slamat sbb ada cctv, n insha allah x panas sbb ada airkon, n dijamin tak runtuh dlm waktu trdekat sbb tlah mmnuhi stendet dunia..

    dunia...dunia...

    ReplyDelete
  6. Ni buat Anon 11:56 PM tu..

    Sekali lagi hang mempertikaikan isu membabi buta..

    Lagi satu.. dekat rumah Mak aku tu oramg panggil titi bukan jambatan..

    Kalau hang kata dah berketurunan titi tu buruk.. hang kena bagitau Mak Sedara aku yang jadi Setiausaha UMNO depan rumah Mak aku tu..

    Kalau hang nak salahkan PR.. hang kena faham apa itu bidang kuasa dulu..

    Pasai hang dah bangkitkan isu titi tu dua kali dalam blog ni.. ni sikit info buat hang..

    Titi buruk tu terletak dalam bidang kuasa Jabatan Parit dan Saliran (JPS) yang dikuasai Pusat (UMNO/BN).. tidak akan diganti dengan yang baru buat masa ini kerana Sungai Derhaka tu terlibat dengan projek tebatan banjir yang menelan belanja RM60Juta (projek Kerajaan Pusat)..

    RM60Juta tu dah habis dan projek tak sempat nak habis, pasai tu Sungai Derhaka sebelah rumah Mak aku tu tak di besarkan lagi..

    RM60 Juta tu dah digunakan untuk melebarkan sungai dikawasan Permatang Nibong dan di tepi Taman Haji Mohd Amin..

    Lain kali banyakkan membaca.. tak tahu bertanya.. taklah jadi macam babi yang buta..

    ReplyDelete
  7. diceritakan pembinaan jejantas termahal itu disediakan untuk warga emas dan orang kurang upaya OKU..persoalannya berapa ramaikah dikalangan mereka yang disebutkan di atas ini telah menggunakan jejantas tersebut?? aku yang muda trang tang tang ni pun tak pernah dapat naik kat atas tu nak melawat harap pandang dari jauh je laaa.. KLCC satu lagi mercu keborosan KERAjaan UMPORNO.. buatla alasan yg lebih lojik ckit Ketua Bandoraya Kuala Lumpur oiii...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post