Kapal Ronda kita paling mahal dalam dunia.. mengapa?



OPV ialah singkatan Offshore Patrol Vessel atau Kapal Ronda Pesisir Pantai sahaja dan bukannya sebuah Kapal Perang.. kenapa Negara kita membayar harga yang paling tinggi dalam dunia?

Adakah kali ini Najib atau Zahid Hamidi akan menjelaskan bahawa Kapal Ronda kita itu dilengkapi dengan system yang jauh lebih canggih dari Kapal Ronda milik Israel sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Pak Lah suatu masa dulu, bila dipertikaikan harga helicopter yang bakal menggantikan Nuri..


Dulu Pak Lah kata Helicopter yang bakal dibeli untuk TUDM itu memiliki spesifikasi yang jauh lebih canggih dari apa yang dibeli oleh negara lain..

Adakah Kapal Ronda ini juga dilengkapi kelengkapan yang juga canggih hingga ianya boleh bertukar menjadi Kapal Selam pula??

Berapa pulak komisyen kali ini agaknya..

'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.


Malaysiakini

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tahniah kerajaan BN kerana kuat membazir!! bila takde duit, rakyat yg jadi mangsa akibat 'pelarasan harga' ...

    ReplyDelete
  2. kalo tak tau pasal mende2 pertahan, tak yah komen

    ReplyDelete
  3. Beli lah berapa saja harga kapal ni sebiji asalkan menguntungkan rakyat....apa pulak tak untung? komisin nya kira-kira sekitar RM800k dan ianya akan diaggih-aggihkan bila PRU13 diadakan kelak..

    ReplyDelete
  4. hanya yg bacul saja memperhambakan dirinya pada kerajaan zalim,2015 nanti aku pasti percaya dengan kekuatan yg ada seperti berlakunya banjir begitulah jua kerajaan bertukar,maka hanyutlah BN takkala itu sah menjadi parti pembangkang atau terkubur dibawa arus pembangunan moden,maka tak kesampaianlah menuju wawasan 2020 ini realitinya.

    ReplyDelete
  5. memang terlebih mahal kalau compare dengan harga negara lain... x kan OPV lebih mahal dari frifate????

    ReplyDelete
  6. mana selebih duit itu,ini rakyat perlu tahu jgn jadi bodo oleh pemnutar belit mcmni....

    ReplyDelete
  7. Kapal itu yang tercanggih di dunia. Lu orang civilian apa tau. Sebab itu harga dia RM1 billion sebiji.

    Kalau setakat USS Gerald R Ford, USS John C Stennis, USS Carl Vinson, USS Theodore Rosevelt, USS Abraham Lincoln dan USS Nimitz datang serentak, sebiji saja LCS tu sudah cukup. Macam sayur saja nanti.

    Kalau setakat kapal selam USS Tucson, USS Miami, USS Santa Fe, USS Annapolis dan USS Charlotte 5 ekor serentak, sebiji LCS tu dapat cekup senang sangat macam beruang kutub tangkap ikan selmon di air cetek.

    Kalau setakat 4 skuadron F22 Raptor dan F35 Lightning II, hantar sebiji LCS tu pun dah cukup. Nanti habis pening-pening lalat jet-jet itu.

    ReplyDelete
  8. Bodo punyer admin blog..

    Malaysia bukan beli OPV bangang..beli LCS mmg la mahal..tue la dengar lagi kecing DAP tony Pig tue..dah jadik bangang..

    Macam anon February 11, 2011 9:50 AM cakap atas ni la...

    Lain kali kaji dulu bangang..jgn ikut jer ckap tony pig pua bangang tue..pasal apa lama2 klu terikut ko pun jadik bangang gak..

    ReplyDelete
  9. bab2 pertahanan jangan kacau la bodoh. walaupun aku tak suka sangat cara najib, tapi hal ni takle compromise.

    ReplyDelete
  10. mahal sangat la BRO...sebab tu kene compromise jugak...kenape marah sangat BRO?ada share ker?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post