Kes Bunuh Sosilawati : Sarawanan, Suresh dipenjara 20 tahun

SHAH ALAM: Dua pekerja ladang, K. Sarawanan, 20, dan U. Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain selepas Mahkamah Tinggi membuat semakan kehakiman terhadap hukuman mereka.

Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki memutuskan demikian setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan mereka sangat serius.


Pada 15 Okt tahun lepas, Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lepas manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada tarikh yang sama.


Bernama

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bagus betul...bunuh dan lupus 4 orang kena 20-30 tahun..lebih kurang 4 /5 tahun untuk membunuh satu orang...

    curi coklat kat emporium kena 2 tahun..walau coklat nilai cuma rm 3.oo...

    bagus betul hukuman kat malaysia..

    ReplyDelete
  2. Dua orang tertuduh ni mntak mahkmah kurangkan hukuman 7tahun penjara tapi mahkamah TAMBAH 20 tahun penjara..adooii..baik takyah merayu..

    ReplyDelete
  3. Dua orang tertuduh ni mntak mahkmah kurangkan hukuman 7tahun penjara tapi mahkamah TAMBAH 20 tahun penjara..adooii..baik takyah merayu..

    ReplyDelete
  4. apa yg en.dajap tu ckp ade betul nye! mintak yg bkenaan kaji balik hukuman yg ada dlm perundangan msia nih!!!! sedey betul dgn kes nih..hmm..

    ReplyDelete
  5. Patutnya kena hukum penjara seumur hidup! Baru puas hati keluarga mangsa pembunuhan.

    ReplyDelete
  6. Korang smua ni paham ke tk paham pertuduhan?? pertuduhan mreka cma MELUPUSKAN DENGAN MEMBUANG ABU MAYAT KE DALAM SUNGAI aje..MEREKA BUKAN PEMBUNUH kes mreka ringan..yg membunuh tu ader lg blum hbis bicara lg tu tmasuk peguam india.apa la lu orang,lain baca kes tu bg paham

    ReplyDelete
  7. Minta maaf Mr. Wan,
    Aku berhujah sebegitu sebab aku membayangkan kalau aku sendiri jadi ahli keluarga mangsa. Lain la kalau aku berhujah sekadar sebagai pemerhati kes. Kepada pembaca semua, agak-agak seronok tak kalau kita jumpa org yang pernah terlibat dalam kes bunuh ahli keluarga kita? Melainkan kalau mahkamah memang putuskan org yang teribat itu adalah orang yang kurang @ tak siuman, itu lain cerita. Sori la bro, kalau komen ini mengguris perasaan anda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post