Najib kata Kerajaan mampu bawa pulang pelajar... tapi..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menganggap dakwaan kononnya kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, adalah pembohongan dan fitnah besar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

(Gambar : PELAJAR Malaysia di Universiti di Kaherah beratur untuk mendapatkan nasi lemak yang disediakan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, kelmarin.)

Sambil menyuarakan kekesalannya kerana isu itu dipolitikkan, Perdana Menteri sebaliknya menegaskan, kerajaan berusaha untuk berlaku adil dengan membawa semua rakyat Malaysia sama ada pelajar, ahli perniagaan, pelawat dan pemastautin di Mesir ke Jeddah sebelum diterbangkan ke tanah air.


“Kerajaan tidak pilih ideologi, sama ada mereka orang bulan ke, biru ke, hijau ke, semuanya kita tidak kira, asalkan warga Malaysia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membawa mereka balik dengan selamat.

“Jadi, pengumuman saya hari ini mengenai jaminan untuk membiayai kos bawa pulang rakyat Malaysia sekali gus menafikan apa yang didakwa pihak berkenaan sebagai pembohongan besar.Berita penuh sila baca di SINI

Tapi Najib.. kalau dah ada duit untuk membiayai kos membawa pulang pelajar dari Mesir itu ke Malaysia mengapa perlu dibantu pula oleh Kerajaan Arab Saudi?

Kalau hendak mempercepatkan proses membawa pulang para pelajar itu, hantar saja tambahan pesawat sewa khas kesana.. tak perlulah ehsan dari kerajaan Arab Saudi itu..

Sedangkan Indonesia yang dikatakan lebih miskin dari Malaysia tidak memerlukan pun bantuan dari Arab Saudi untuk membawa pulang rakyatnya dari Mesir..

Tidakkah ini menampakkan yang negara kita ini lebih Sengkek dari Indonesia?


Saudi planes to help bring back students home
February 6, 2011

Two Saudi Airlines aircrafts will be used to assist in speeding up the process of taking students back to Malaysia.

JEDDAH: The Saudi Arabian government is assisting in the process of taking Malaysian students out of Egypt, and who are now being accommodated at the Minadatul Hujaj transit centre, here.

Minister in the Prime Minister’s Department Jamil Khir Baharom said the Saudi Arabian government had agreed to allow two aircraft belonging to the Saudi Airlines to be used to assist in speeding up the process of taking the students back to Malaysia.

“The Saudi Arabian government has kindly given us two mercy flights using two of their 747 jumbo jets from the Saudi Airlines,” he told Bernama here.

Meanwhile, the first flight from Jeddah using Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747 carrying the first batch of 450 students was expected to depart this afternoon and arriving at the KL International Airport (KLIA) on Monday.

He said so far there were 3,615 Malaysian students at the Madinatul Hujaj and they would be sent home in stages.

Meanwhile, the Political Secretary to the Prime Minister, Shahlan Ismail praised the attitude of the Malaysian students who remained patient and maintained strong discipline during the operation to evacuate them from Cairo to Jeddah.

He said it was certainly not easy to evacuate the remaining 9,000 Malaysian students from Egypt to Jeddah and it required careful planning.

“I also notice the courage and wisdom of the Malaysian students in getting through the road blocks which were set up by members of the public instead of the military or police (along the way to the Cairo airport).

“Some of the food that we had brought for our students at the airport were seized on three occasions. But eventually, we looked for other routes which could by-pass the road blocks and we succeeded. Actually, these were the challenges that we faced because they were not within our control,” he said.

- Bernama

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tuan punya blogger ni mmg x reti nak bersyukur ker?
    Atau mmg mcm ni ker mentaliti penyokong dan pemimpin PR?
    Dan ingat tak semua pengundi/pembaca berfikiran kolot.

    Usah lah nak putar belitkan kenyataan dan kebenaran.

    1... Tujuan Malaysia menggunakan JEDDAH adalah bertujuan untuk mempercepatkan plan ivakuasi pelajar/rakyat Malaysia di mesir. Supaya kesemua rakyat Malaysia dapat diselamatkan. Ada paham?

    2... menurut akhbar tempo indonesia. Di Mesir, ada sekitar enam ribu warga Indonesia. (saya ulang ye.. cuma ada 6 ribu shj)
    Jumlah tersebut terdiri dari 4.297 pelajar dan mahasiswa, 1.002 tenaga kerja wanita, sisanya staf kedutaan dan keluarga.

    http://www.tempointeraktif.com/hg/timteng/2011/01/30/brk,20110130-309902,id.html

    3. Manakala rakyat Malaysia..
    Jumlah pelajar berdaftar: 11319 org
    Jumlah pelajar tak berdaftar: 13 ribu ke 16 ribu org.

    4. Dilaporkan juga, lapangan terbang antarabangsa Cairo menjadi sesak.

    jadi kpd tuan punya blogger dan juga pencacai PR cuba lah jangan putar belitkan kebenaran. Cuba guna otak sikit bila nak berfikir. Ni kita bercakap pasal nyawa manusia. nampak sangat korang lebih pentingkan politik putar belit dari nyawa manusia yg rata2 penyokong kuat PR.. haishhh apa ler nak jadi.

    Jika begini lah jadinya otak pemikiran PR... jangan hairan jika kami pelajar Mesir terkilan dgn pemerintahan PR dan menolak corak pemerintahan sebegini semasa PRU13 nanti. (jangan pula disalahkan pengundi hantu sudahlah)

    ReplyDelete
  2. Anon 9:11..

    Pelajar Mesir konon..

    Ayat yang mula-mula tu dah nampak yang hang ni bukan dari golongan terpelajar.. jadi jangan nak mengakulah sebagai pelajar Mesir..

    Lagipun isu yang aku bawa ialah kalau dah mampu mengapa perlu dibantu.. tak ada langsung jawapannya dalam komen hang yang panjang berjela tu..

    Isu pun tak faham nak mengaku pelajar Mesir.. jangan memalukan pelajar Mesir lah sedara..

    Kalau pelajar Mesir.. rasanya tak akan komen macam tu bodoh.

    ReplyDelete
  3. dier memang bodoh pun..
    penakut plak tu..
    tu yang pakai "Anonymous"..

    ReplyDelete
  4. Rakyat Malaysia terutamanya orang2 Melayu membaca mengenai semua tindak-tanduk, kenyataan2 yg bodoh serta kritikan yg tidak membina langsung dpd pemimpin2 PR dan blogger2 pecacai mereka.
    Semua yg dilakukan Kerajaan tak betul. Memang pun kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Asalkan hati kebanyakan orang dipuaskan dulu, oklah tu, Najib.
    Tengoklah di PRK Tenang - ada ke patut jenazah orang Islam pun telah dipolitikkan! Itulah sebabnya orang Melayu Islam Tenang telah menolak calon PAS.
    Ini semua angkara pecacai PAS yg selalu bertindak membabi-buta tanpa berfikir panjang tentang reaksi masyarakat Melayu yg sekarang dah cerdik bukannya bodoh macam dulu2.
    Kami akan menterjemahkan pandangan kami terhadap PR di PRU13 nanti, kecuali jika Melayu mudah lupa .....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post