Namakan siapa Mamak-mamak itu - Malik Kassim



GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang pada Isnin mencabar kumpulan 97 ahli dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.

Naib Pengerusinya, Abdul Malik Abul Kassim berkata, jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian kesemua 97 ahli yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).


"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Abdul Malik, yang juga Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, berkata, tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya.

Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A. Siahoo, memberitahu media bahawa 97 ahli itu keluar dari parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.

Beliau mendakwa PKR gagal membela nasib dan kebajikan rakyat sebelum menyerahkan borang untuk menganggotai Kimma. -BERNAMA

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. aku mintak maaplah..tp. kalau geng-geng mamak ni, aku susah nak percaya..putar belit dia macam mamak kutty madey. itulah diprg punya mentor...tulah..semua nak jadik melayu...yg melayu ngok anggap diorg ni melayu sejati...sorrylah pada mamak2 yg lain yg menyokong PR. Anda adalah mamak2 yg terhebat.

    ReplyDelete
  2. Saya juga begitu. Tentang Mamak-mamak nie saya memang tidak pernah dan tidak akan pernah untuk percaya omongan mereka sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  3. ini puak2 belit belaka.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post