Negara akan sengsara tanpa Tol - Mahathir

KUALA LUMPUR - Gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan, yang boleh mengakibatkan negara menjadi lebih miskin dan kurang maju.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu bukan sahaja melibatkan kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat, Malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya akan juga dibiayai melalui dana disatukan.

“Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.


“Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan),” katanya sebagai mengulas saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.

"Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.

“Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup,” katanya dalam ucapan pembukaannya pada Kongres Dunia Pertama dan Pameran Pengurusan Aset Prasarana, di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai satu tindak balas saiklik, perkhidmatan dan projek lain akan terjejas disebabkan pengurangan pembiayaan kerana wang yang ada disalurkan kepada pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya ini yang tinggi kosnya,

"Pendek kata, kerajaan akan kekurangan wang untuk dibelanjakan bagi pembangunan lain, yang bererti pertumbuhan negara ini akan menjadi lembap dan rakyat akan menjadi lebih miskin.

“Rakyat juga perlu menurunkan mutu kehidupan. Kita boleh lupakan Wawasan 2020 serta cita-cita untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi serta kekal sebagai negara dunia ketiga,” katanya.

Mahathir berkata, sama ada sesebuah negara itu ada sumber alam atau tidak, kemahiran pengurusan kerajaanlah yang menentukan prestasi negara itu.

"Rakyat juga mesti memahami secukupnya tentang perjalanan ekonomi dan bahawa kerajaan bukanlah pertubuhan amal dan mempunyai amat banyak wang yang boleh dibelanjakan tanpa had.

“Jika sesebuah kerajaan itu memilih untuk menjadi popular dan mengetepikan perkara-perkara penting tentang pengurusan yang baik, terutamanya pengurusan prasarana, kita tidak harus hairan jika negara itu gagal berkembang,” katanya.


Bernama

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Salam!Aku la ni heran bin ajaib ngan mamak det ni pasai apa duk galak sangat bercakap tak tentu hala paih satu,satu dia bercakap pak2 menteri dah jadi bisu ka? Aku x pecaya lah kan 1mesia ni kaya ngan hasil bumi?Kroni depa yg akan sengsara @ 1mesia?.Tu la dia bila orang tua NYANYUK bercakap.Tu pun yang karat BIRU cukup sanjung orang tua NYANYUK ni. komen lebe2 takut kena SAMAN lak.Wassalam!

    ReplyDelete
  2. SlayTheZionistDevilsFebruary 23, 2011 at 3:03 PM

    Pedulikan org tua nyanyuk tu! Sepatutnya balok tua tu kata "UMNO AKAN SENGSARA KALAU TAK DE TOL". Cilaka punya manusia, dah la kita kena byr saman ekor, lesen memandu, duti import, duit eksasis, road tax dan insurans. Tol pun kena bayar. Ingat bapak dia punya duit ke yang buat jalan raya kat M'sia ni?!! Sapa sengsara skrg ni, kita ke dia? KITA YANG SENGSARA BUKANNYA DIA!!! Lepas ni tak payah nak susah-susah undi org macam dia ni dan sewaktu dengannya. Menyusahkan kita balik, tau tak?!

    ReplyDelete
  3. sapa sokong mahathir angkat tangan?

    bodo hangpa! ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. La ni nak ambik isurans kereta kena tangkap gambaq pulak dah.....

    HAWAT LA KENA JADI LAGU TU?

    ReplyDelete
  5. Mamak mahathir adalah satu bencana besar sepanjang masa bagi malaysia.

    ReplyDelete
  6. Bijak sungguh pemikiran Tun M nie, Ramai orang kata Tun M nie berfikir dan berpandangan jauh, pada aku memang jauh sampai ke PLanet Pluto la kot.

    Ada tol, rakyat kena bayar Tol dan Kerajaan kena bayar Subsidi juga pada pemegang konsisi setiap tahun. Walhal pemegang konsisi untung Bilion-bilion setiap tahun.

    Bagi diskaun 5%, itupun lepas 12tgh malam, BODOH ke apa?

    Terfikir juga kena Tun M boleh kata kalau takde tol Negara akan sengsara? kan Negara kita nie banyak sumber alamnya, Negara pun luas macam-macam aktiviti perniagaan boleh buat, takkan semata TOL je kot?

    Tapi orang umNGOK pasti bersetuju dengan TUN M nie.

    -wakleman

    ReplyDelete
  7. MALAYSIA MASIH BYK KEKALKAN WARISAN PENJAJAHFebruary 24, 2011 at 7:27 PM

    THAILAND DR BANGKOK TERUS KE PATTANI, JALAN BESAR MCM LEBUHRAYA, TAK AA TOL PON...LAGIPON THAILAND TIDAK ADA ROADTAX MCM MALAYSIA, CUMA KENA BAYAR INSURANS JER...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post