Pelajar Mesir : Jangan hanya gimik politik

Sidiqin Omar

Tindakan kerajaan Barisan Nasional hanya akan dianggap sebagai gimik politik semata-mata, sekiranya mereka gagal menyelesaikan masalah sebenar penuntut Malaysia yang baru pulang dari Mesir, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau berkata, ‘acara menyambut kepulangan’ secara besar-besaran kumpulan mahasiswa dari Mesir itu tidak bermakna, sekiranya kerumitan utama mereka tidak diselesaikan oleh kerajaan.

“Bagaimana dengan masa depan pelajar ini? Bagaimana caranya hendak diteruskan pengajian mereka? Adakah kerajaan telah memikirkan sama ada mahu menyerapkan mereka ke Universiti tempatan? Apakah kerajaan hanya mahu glamour politik?


“Apa yang akan terjadi dengan fakulti-fakulti di universiti tempatan, yang berkaitan dengan kursus pengajian Universiti di Mesir. Mengapa sekarang sunyi sepi?” soal Abbas, merujuk kepada sikap pasif kerajaan dalam menangani masalah tersebut.

Beliau menjelaskan demikan pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Abbas menambah, tugas kritikal ini perlu diselesaikan segera oleh Kementerian berkenaan, kerana ramai diantara ribuan pelajar tersebut, termasuk yang berada di Universiti tempatan berada di tahun akhir pengajian.

Beliau bimbang, proses pembelajaran para penuntut itu terganggu. Justeru, Abbas mendesak kerajaan untuk membentuk satu jawatankuasa khas bagi memastikan mahasiswa ini tidak tercicir dan dapat meneruskan pengajian mereka.

Terdahulu sebelum itu, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty mengumumkan pelantikannya ke jawatan Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN.

Beliau yang berpengalaman luas di dalam sektor perguruan dan pentadbiran, diamanahkan untuk mengendalikan Biro Pendidikan KEADILAN, berkuatkuasa serta merta.

Jawatan akhir yang disandang oleh Abbas sebelum menceburi bidang politik secara sepenuh masa adalah Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Abbas juga merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Pahang dan Ketua Keadilan Cabang Bera.


Keadilandaily

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. NILA PUAK LAKNAT YANG AKU PERNAH JUMPA.

    SEBELUM NI JAJA SATU MALAYSIA, KERAJAAN LAMBAT BERTINDAK, RAKYAT MALAYSIA KEBULURANLA....DOK HARAP KERAJAAN GAGAL....DAPATLAH MODAL PILIHANRAYA MERLIMAU

    TANYA DULU APA SUMBANGAN PAS..CAKAP MACAM TAIK TAPI TAK BUAT APA PUN...DAH TAU TAK BOLEH BUAT, MULUT JANGAN JADI PUKI AYAM..

    SEKARANG KERAJAAN DAH BERJAYA DENGAN MISI,,TIMBUL PULA CERITA MASA DEPAN....

    OOI MANKOK HAYON,,,KITA ADA DUTA, KITA ADA HUBUNGAN DIPLOMATIK, KERAJAAN BOLEH BUAT BERMACAM2 LANGKAH KALAU TERDESAK BODOH....BELUM APA2 DAH MELOMPAT MACAM KERA

    NAK TUNJUK PANDAI LA TU, ATAU NAK TUNJUK KEBODOHAN SENDIRI MACAM MAHPUS CEO STOR

    ReplyDelete
  2. Itulah selalunya dgn kerajaan bodoh bn ni. Tak pernah ada satu2 strategi jangka panjang dlm menangani sesuatu masalah. Mereka ingat semua masalah boleh ditutup dgn propaganda. Itulah sebabnya mereka lantik upco untuk meningkatkan propaganda.

    Mereka tidak boleh lagi berfikir untuk masa depan negara demi kepentingan negara. Mereka hanya berfikir bagaimana untuk menjaga kepentingan politik dan kepentingan perut mereka.

    Lihatlah pemimpin2 umno, tiada langsung yg berwibawa. Rata2, hanya muka2 penyangak.

    ReplyDelete
  3. Apa lu korang sibuk2? Asalkan macam2 masalah ada maka bolehlah kroni2 dan apco dapat kontrak. Itulah tujuan ketuanan melayu.

    ReplyDelete
  4. hai..kawan2..otak korang dah karat le...bagi otak korang kt Guan Eng buat Bak Ku Teh lagi bagus..bagi blogger ni makan...kalau 15orang pindah kira lembab kerajaan pusat...15,000 la..kalau tiap2 sorang jentik hidung korang pun patah

    ReplyDelete
  5. Abbas Awang Hang pandai cakap duk Jabatan Pelajaran Wilayah..tak buat apa..pendidikan wilayah rosak dan tak maju.. hanya hebat dan gagah dengan slogan "cemerlang di kalangan yang cemerlang"!! bontot lah abbas awang!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post