Penyelamat Mahathir sudah tiba..



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar menjelaskan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang (Ops Lalang) sekitar 1987 adalah atas arahan beliau, bukan kerajaan yang diketuai Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohd Hanif juga mengakui beliau adalah individu yang menghalang cadangan kerajaan untuk memansuhkan ISA. Tegas beliau, arahan itu dibuat atas kapasitinya sebagai ketua polis negara yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.


“Sebagai ketua polis, saya nasihatkan timbalan beliau, Tun Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri) tangkap 104 tahanan (Ops Lalang), bukan dia (Dr Mahathir) yang arah, saya sebagai ketua polis arah, saya bertanggungjawab dan tidak tunduk pada dia.

“Saya tunduk kepada undang-undang, ini peranan, kuasa dan kewajipan saya, Tun Dr Mahathir memang tidak suka guna ISA,” katanya pada sesi soal jawab forum bertajuk ‘Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020’ di Bangunan Parlimen, di sini, semalam.

Mohd Hanif yang berkhidmat sebagai ketua polis negara selama 20 tahun sehingga 1994 berkata, Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mencadangkan supaya ISA dimansuhkan.

“Anwar kata boleh mansuhkan ISA, Tun Mahathir pun setuju, tapi saya minta mereka timbangkan cadangan itu kerana membabitkan soal keselamatan negara,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Prof Dr Chandra Muzafafr yang juga bekas tahanan ISA turut mempertahankan tindakan Dr Mahathir dalam Ops Lalang dengan berkata, ia tidak ada kaitan dengan negarawan itu.

“Berdasarkan pengalaman saya, saya ditahan di Pulau Pinang dan dibawa ke Kuala Lumpur di mana saya berjumpa Tun Hanif, semasa saya berjumpa Tun Hanif beliau berkata ia adalah operasi polis dan beliau begitu konsisten,” katanya.


Berita Harian Online

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa Hanif Omar ingat rakyat ni bodoh2 ye.. Kalau dah PDRM bwh KDN mana mungkin PDRM bertindak tanpa pengetahuan atau arahan Menteri.. Kurang2 pn Menteri yang bagi restu.. Kalau tak dulu lagi Hanif Omar ni kena pecat..

    ReplyDelete
  2. Salam!Inilah bapak polis paling lama dalam pdrm dia pun dah nyanyuk la agaknya dah buang tebiat kut tak lama dah tu.nam wat cam na nak balaih jasa la kononnya la kut.nak jadi lilin la bakaq diri sindiri utk terang orang lin. konon2 kah3.......Wasalam!

    ReplyDelete
  3. Ini puki ayam punya polis yang jaga genting boleh percaya ke cakap dia...??? Orang yang bersubahat dengan judi tak boleh percaya cakap dia...makanan yang dia makan siang malam adalah hasil dari usaha HARAM...mana boleh pakai cakap dia...dengor boleh leeee!!!!!

    ReplyDelete
  4. Jadi suka orang ditahan sewenangnya tanpa bicara. Islam tak ajar Polis Malaysia buat macam tu. Lepas bebarapa lama bebas mana chargenya, kalau salah. Suka suka bagi orang kena tahan takut. Kalau pampasan juta kena bayar ni. Ye tak.....

    ReplyDelete
  5. Ini muka orang jilat ponggok Mahathir

    ReplyDelete
  6. oh! inilah rupernya berok yg tak jumpa ayat judi dalam al-quran..panjang umur kau ye...allah s.w.t kasi can hang tak ambil, kesian kat hang ngan hang punya mamak kutty. bolih lawan kweriau nanti bila dah mampos.

    ReplyDelete
  7. nak ikut menipu jugak mcm tuan dia madey...teruk betul...

    ReplyDelete
  8. Orang yang mampu berjawab addalah orang2 yang pernah pegang jawatan KPN, yang hangpa bising serupa kera makye kenapa?...balik la tanya tok-nenek hangpa..apa depa lalui sebelum hangpa keluar dari perut mak hangpa...

    P/S: Kalau kera makye tu boleh faham dan boleh cakap tentu kera makye suruh tukar tempat tinggal..hangpa dok dalam hutan...kera makye tu dok rumah hangpa.

    ReplyDelete
  9. anon8,yang hang pi dok bela bapak dan tokwan judi tu apahal?oooo! hang ada saham sama kot?,makan minum pakai tidor mandi berjalan dan sebagainya dalam keadaan haram.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post