PERCAYAKAH Anda?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," kata Datuk Ismail Sabri Yaakob

K'jaan cari opsyen elak petrol RON 95 naik lagi

Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.

"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.


"Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.

"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).

Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lalu.

"Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan.

"...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu," katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.

Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter.

Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut.


Bernama

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bodoh nya aku, kenapa sedari dulu aku tak terfikir sebegini.
    Kan subsidi itu sudah satu kaedah termashyor nak stabilkan harga jualan minyak di negeri ini. Harga minyak dunia naik, dapat di obsreb dengan subsidi . Kalau harga turun negara dapat untung. Rakyat senang bila harga minyak stabil kerajaan dapat sanjungan, negara mendapat untung bila minyak turun. Ini lah akibatnya kalau dihati nak memperkaya diri, untung rugi negara menjadi alasan walhal untuk kepentingan politik sendiri
    Kaedah apalah yang ko orang nak pakai nak mengurangkan beban rakyat ....had perjalanan harian?, menzon kan tempat berkerja. Tegahan pengunaan kendraan mengikut pendapatan.

    ReplyDelete
  2. Salam!Tak tau la apa yang aku nampak kera jaan 1mesia semakin melalut dan semakin mengarut. Hangpa tegok la tol turun 1 ja yang tak turun 6 tol pelik2 aku pun dah tau nak kata tahap kapla otak menteri ni.kang komen lebe2 ni kena SAMAN la pulak.wassalam

    ReplyDelete
  3. Sebagaimana kalau Najib membuka mulut (membuat janji), maksud yg tersirat disebaliknya adalah NAJIB SEDANG BERBOHONG. Begitu jugalah halnya dgn Menteri2 BeEND/ umNO ni. Kalau mandur dah kencing berdiri, anak2 buah akan kencing berlari 100 meter.

    ReplyDelete
  4. JANGAN SESEKALI PERCAYA DENGAN CAKAP-CAKAP PASAL NAK STABILKAN HARGA MINYAK LA. SEKALI DIA AUTA, SAMPAI MATI AKU TAK PERCAYA CAKAP DIA ORG NI. Tapi yang aku pelik ada jugak yang sengal nak bagi mandat kat balok-balok ni, sungguh buta mata hati mereka. Lepas ni kita tamatkan perkhidmatan org-org yang tak leh pakai ni. Pilih la org yang boleh kita percaya dan yang takkan sesekali menipu.

    ReplyDelete
  5. Kau takde pilihan selain menaikkan harga minyak kerana kau telah buat kerajaan bengkrap untuk mensubsidi harga minyak. Naik harga minyak payahlah nak hadapi pilihanraya. Padan muda, kau ingat kau pandai sangat. Allahlah yg maha perancang.

    ReplyDelete
  6. ketika keputusan kerajaan didasari dgn kpentingan politik..bukan kpentingan rakyat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post