PRK Merlimau : Projek 'Mee Segera' telah bermula..

MELAKA : Projek ‘mee segera’ yang giat dijalankan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

Merujuk kepada pilihan raya kecil 6 Mac depan, beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan ‘projek mee segera’ adalah kempen politik atas nama pembangunan fizikal dan infrastruktur.


“Jika benar wujud elemen ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan tegas. Selepas beberapa kali pilihan raya kecil (PRK), begitu banyak aduan dan SPR perlu bersikap adil,” katanya.




“Begitu juga di Merlimau, apabila kita dengar aduan ada pihak menggunakan sekolah sebagai tempat berkempen. Ini membuktikan SPR bersikap berat sebelah.

“Jika ada kakitangan kerajaan dibenar menyertai kempen untuk pihak tertentu, maka semua pihak termasuk guru harus dibenar turut serta berkempen,” katanya kepada KeadilanDaily.com.




Syed Ibrahim berkata, SPR harus menjadikan pilihan raya kecil sebagai medan untuk menguji kaedah baru bagi tujuan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Dalam masa terdekat, ada dua pilihan raya kecil iaitu Merlimau dan Kerdau. Jadi, ini masanya SPR memprakti, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan penggunaan kod hologram pada peti undi.

“Selain tujuan keselamatan, ia adalah proses penambahbaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPR. Banyak negara dunia ketiga sudah pelakukan perkara sama,” katanya.


KeadilanDaily

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Projek Mee Segera tetapi beri kesejahteraan kpd rakyat . tapi sekiranya dgn Parti Ajaran Sesat terutama POK NAJIS apa rakyat Melimau akan dapat. Sedangkan POK NAJIS MB Kelantan 20 tahun, isu tandas yg sekecil itu tidak dapat diselesaikan dan jln berlubang di kawasan DUN nya pun tidak pernah diberikan perhatian . JADI BAGI PEGUNDI DUN MERLIMAU, LUPAKAN JE PARTI AJARAN SESAT Sebab 20 thn di Kelantan , tiada satu kemajuan yg rakyat kelantan dapat dan yg jelad dlm tempoh 20 thn tiada satu MASJID yg didirikan oleh Kerajan Pimpinan Parti Ajaran Sesat di bwh MB POK NAJIS.PENGUNDI MERLIMAU JGN TERMAKAN JANJI PUAK PUAK PARTI AJARAN SESAT

    ReplyDelete
  2. Aiyoh...Ada lagik goodlistener yg bodoh ni bagi statement!.

    Lu ok ker bro? Lu sakit ni..pegi berubat..kesian tgk lu..

    ReplyDelete
  3. AKU INGAT GOODLISTENER NI KENA SAMPUK SAWAN BABI KOT.... BODOH PUNYA OLANG

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post