Qardawi penjenayah?.. Bertaubatlah Najib...

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.


Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.


Harakahdaily

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. PAS kata UMNO kafir tak apa ke? di halalkan pula, malang umat Islam akhir zaman ni...

    ReplyDelete
  2. komen diatas mencerminkan betapa fitnah sudah menjadi makanan ruji sebilangan umat islam, oleh kerana setiap tinta yang ditulis akan dipertanggungjawabkan, Maka jawab sahajalah dengan angkuh dan yakin dihadapan Rabbul Jalil nanti.

    ReplyDelete
  3. Bingai punya Anon 517....

    ReplyDelete
  4. bodohnya!!!tak boleh guna akal ke??kan PAS minta ucapan TG Hadi Awang dikeluarkan di T.V dari mula ucapan hingga akhir..Kenapa tak berani bagi??baru tahu betulnya UMNO tu kafir!!!itu pun tak boleh fikir?

    ReplyDelete
  5. Anon 5:17

    kenapa takut sangat nak bubuh nama?
    engkor pun amat patut bertaubat....

    ReplyDelete
  6. Sejak akhir-akhir ini ada orang umno kata pas kata UMNO kafir. Kenapa ni.... bila PAS kata, buktikan dengan dokumen atau video. Jangan main2 pasal perkataan kafir ni.

    ReplyDelete
  7. Kenapa sejak akhir-akhir ini orang UMNO kata PAS kata UMNO kafir.... (orang PAS tak kata mereka pula yang kat. Kamu main-main dengan isu kafr ni. Rajin-rajin pergi Masjid belajar agama, tanya Ustaz. Kalau ada bukti bertulis, Video tolong berikan? jangan cakap kosong isu2 agama.

    ReplyDelete
  8. Ahli UMNO ramai yang kapir!!!!

    ReplyDelete
  9. pas kata umno kafir sebab ada alasan yang kukuh! umno sebagai pemerentah tidah melaksanakan undang2 yang termaktub dalam quran malah menukarnya dengan undang ciptaan maknusia kemudian mengangap hukum yang terkandung dalam quran sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dilaksanakan dalam negara ini,siapa kita untuk menyangahi undang2 ALLAHSWT? setiap orang yang beriman tak akan redha undang lain selain dari undang2(hukum)ALLAHSWT, seperti firman ALLAHSWT;barang siapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka dia zalim,fasik, kafir.

    ReplyDelete
  10. Najib Atlantunya telah keluar akidahnya. Bertaubatlah sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  11. ASD...

    Aku kesian dengan kau...

    Mudah kena tipu dengan dakyah UMNgOk dan Barang Naik (BN)...tiba2 aje berubah hati...

    Atau dah banyak masyuk kot...

    Bertobatlah...

    ReplyDelete
  12. Salam Anon 11:16..

    Apa kena mengena aku dengan UMNO dalam artikel ni?..jangan menyerbu membabi buta..

    ReplyDelete
  13. ASD, jgn layan stupido statement..kepada yg dok tuduh PAS kafir UMNO tu, pegi belajar agama..pegi mesjid..dengar kuliah..korang akan lebih tahu hak dan batil..jgn jadik bodoh! pegi belajar...pegi!

    ReplyDelete
  14. Pangkah PAS masuk syurga..hadis mana datang ni...pergi belajar agama bukan pergi belajar ajaram sesat

    P/S: Terkejut Bob Lokman kata.."masuk pas nak jadi baik & nak masuk syurga"...maka sebelum PAS ditubuh..semua org Islam yg dah meninggal macamana?

    ReplyDelete
  15. bangang betul kau ni dulu mana ada parti sebagai pemerentah,orang melayu beragama islam bangkit menentang penjajahan demi untuk membebaskan negara dari penjajahan yang meminggirkan islam ahirnya negara dibebaskan oleh penjajah tapi dasar penjajah tetap berjalan dalam pemeretahan hari ini oleh itu pas sebagai sebuah parti yang menjadikan islam sebagai dasar berjanji akan melaksanakan undang2 islam dinegara ini apabila dapat merentah nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post