Beberapa jam yang lalu sebelum artikel ini ditulis Al Jazeera telah melaporkan hampir 2Juta rakyat Mesir telah berhimpun di Dataran Tahrir bagi mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan atau mereka akan terus berdemonstrasi sehingga tuntutan mereka dipenuhi.
Dijangka lebih ramai lagi yang akan tiba ke dataran tersebut walaupun rejim Mubarak mengarahkan supaya perkhidmatan keretapi memberhentikan operasi sehingga diberitahu.Video dari Al Jazeera sila lihat di (SINI)
Al Jazeera juga telah melaporkan Perdana Menteri Turki, Recap Tayyip Erdogan meminta supaya Hosni Mubarak "mendengar suara rakyat" yang mahukan perubahan dalam pentadbiran politik negaranya.
Dan Jordan juga kini melihat kebangkitan rakyatnya yang mendesak agar Perdana Menteri yang sedia ada iaitu Samir Rifai kerana kegagalannya untuk mengawal harga minyak dan barang makanan yang kini melambung.
Akur dengan kehendak rakyatnya dan bagi mengelakkan apa yang telah terjadi di Mesir turut terjadi di negaranya, Raja Jordan iaitu Raja Abdullah II telah bertindak memecat bukan sahaja Perdana Menterinya malah keseluruhan anggota Kabinet itu. Berita berkenaan sila baca di (SINI)
Suasana di Mesir kini semakin tegang kerana semakin ramai penunjuk perasaan yang mahukan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan berhimpun beramai-ramai di jalan-jalan sekitar Kaherah.
Tentera Mesir membuat sekatan jalan raya menuju masuk bandar itu dan bandar lain menjelang protes besar-besaran bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Bagaimana dengan nasib pelajar Malaysia di sana kini?
Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.
Ketika kerajaan-kerajaan lain dari seluruh dunia berlumba-lumba menghantar berbagai-bagai pesawat tanpa mempedulikan sebarang kos yang perlu ditangung oleh kerajaan mereka, kerana bagi mereka keselamatan dan nyawa warganegara mereka lebih berharga.
Kerajaan Malaysia masih menimbangkan apakah cara yang terbaik untuk mengeluarkan Pelajar Malaysia di Mesir seolah-olah cara yang dipraktikkan oleh Negara lain dalam mengeluarkan warganegara mereka dari Mesir adalah tidak praktikal.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.
Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.
Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, Najib berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.
Cuba anda bayangkan berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Kapal TLDM KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden untuk sampai di Mesir.
Apakah rombongan yang dihantar oleh Najib itu Super Heroes yang mampu memastikan keselamatan Pelajar kita di sana?
Ketika nyawa pelajar kita diancam bahaya Najib masih memikirkan soal kos yang diperlukan untuk membawa keluar Pelajar Malaysia dari Mesir.
Apakah Malaysia ini kini benar-benar sengkek (tiada duit) hingga tidak mampu untuk menyewa beberapa buah Kapal Terbang selain dari menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM itu?
Selama ini kita amat berbangga jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia, kononnya Negara kita lebih aman dari Negara mereka, kononnya juga negara kitalah yang menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat mereka dan kita juga berbangga kerana Negara kita lebih kaya dari Indonesia.
Tetapi dalam hal membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ini ianya membuktikan sebaliknya.. ianya membuktikan kepada kita betapa berharganya nyawa rakyat Indonesia kepada pemerintah Indonesia..
Biarpun Negara mereka lebih miskin, Negara mereka jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan Negara kita.
Biarpun Negara mereka miskin namun demi keselamatan rakyat mereka yang berada di Mesir pemerintah Indonesia iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengeluarkan arahan untuk memindahkan keluar rakyatnya dari sana dengan penerbangan sewa khas.
Selain pesawat penerbangan Garuda Boeing 747, dua syarikat penerbangan lain dari Indonesia iaitu Batavia Air dan Lion Air akan menyusul terbang ke Kaherah dengan pesawat Boeing 747 untuk operasi pemindahan itu.
Ketika Presiden Indonesia berkata “Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,”
Perdana Menteri kita pula berkata “Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,”
Kerajaan Indonesia telah bertindak dengan menyewa kapal terbang dan kapal terbang mereka telah mendarat di Jeddah, Arab Saudi.. Kerajaan kita pula masih sedang menimbang menggunakan Kapal yang kini masih berada di Lautan Eden..
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!! Nyata hanya slogan kosong semata-mata..
Atau adakah mungkin kerana para-pelajar kita di Mesir pernah mengkritik Rosmah kerana menghina Islam maka mereka perlu dibiarkan mati begitu saja?? (baca di SINI kritikan itu)
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!! Kepala Hotak Hang!!
Berita berkaitan.
Indonesia hantar pesawat pindah rakyatnya dari Mesir
JAKARTA, 1 Feb — Berikutan krisis politik yang kian meruncing di Mesir serta suasana tegang dengan ancaman demonstrasi lebih sejuta orang di Kaherah Selasa, Indonesia menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu.
Pesawat Garuda Boeing 747 itu akan memindahkan kumpulan pertama berjumlah 428 orang sebaik sahaja ia mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah.
Operasi pemindahan itu dijalankan atas arahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
“Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,” kata Susilo di Jakarta.
Sejumlah pesawat dari beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, Jerman, Iraq, Britain, India, Portugal, China, Kanada, Azerbaijan, Denmark dan Turki dilaporkan turut menunggu giliran mendapat kebenaran mendarat di Kaherah untuk memindahkan rakyatnya.
Menteri Luar Dr Marty Natalegawa berkata pesawat sewa khas itu berlepas tengah malam tadi dan mendarat di Jeddah, Arab Saudi, sementara menunggu kebenaran mendarat di Kaherah.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Kusuma Habir pula berkata warga Indonesia di Mesir berjumlah 6,149 orang, dan daripada jumlah itu 4,297 orang adalah pelajar dan selebihnya ialah tenaga kerja Indonesia di Mesir.
Sementara itu media tempatan melaporkan bahawa sebilangan pelajar Indonesia di Mesir enggan dipindahkan mungkin kerana bimbang kehilangan kemudahan di universiti atau tidak mempunyai cukup wang untuk kembali ke Mesir bila keadaan kembali aman.
“Sebagian besar yang menolak adalah mahasiswa yang mendapatkan biasiswa,” kata Ketua Bahagian Direktorat Timur Tengah Kementerian Luar Negeri, Bambang Purwanto, seperti dipetik portal berita VIVAnews.com, Selasa.
Selain pesawat penerbangan Garuda, dua syarikat penerbangan lain dari Indonesia iaitu Batavia Air dan Lion Air akan menyusul terbang ke Kaherah dengan pesawat Boeing 747 untuk operasi pemindahan itu. — Bernama
Malaysia timbang guna kapal TLDM bantu pelajar dari Mesir
LABIS, 1 Feb — Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
“Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di sini, hari ini.
Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.
Kapal serba guna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden.
Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.
Perdana Menteri berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.
Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, beliau berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.
“Selain itu, kita juga tidak tahu (mengenai) krew yang bertugas di lapangan terbang Mesir itu,” katanya.
Najib berkata kerajaan memahami kebimbangan keluarga pelajar berkenaan tetapi kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru.
“Saya memahami perasaan ibu bapa yang risau (terhadap keselamatan anak mereka),” kata beliau. — Bernama
kapal bunga mas tu tak mampu nak bawa 10K rakyat malaysia. silap silap tengelam pula kapal bunga mas. baik minta dgn vincent tan hantar star cruise 2-3 biji baru ada kelas.
ReplyDeleteNtah la..tak paham ngan pemimpin malaysia ni. Ari tu aku rase nak bagi penampar je kat muka si muhyidin. Ada ka patut die cakap tak ada keperluan nak bawak pelajar malaysia balik. sebab anak orang, cube kalau anak die, confirm dah sewa vip flight g ambik..rindu kepimpinan Tun Mahathir..kepimpinan la ni bercakap berdasarkan kepentingan sendiri je..
ReplyDeleteLetak 8 Charlie 130 dan 10 Boeing 747 di Kaherah sebagai shuttle. Transportkan rakyart Malaysia dari Kaherah ke Jeddah atau Madinah. Dari Jeddah atau Madinah, mereka boleh kembali ke Malaysia dengan lebih mudah.
ReplyDeleteHei rakyat Malaysia! Lepas baca berita ini korang pikir la sendiri kredibiliti pemimpin-pemimpin yang korang sendiri undi sampai mereka dapat pegang jentera pentadbiran kerajaan persekutuan ni. Kalau korang ada anak yang belajar kat Mesir dan kebetulan korang adalah pengundi setia mereka, fikir la sendiri la sendiri macam mana nak selamatkan anak-anak korang. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. HAHAHAHAHHAHAHA!!!
ReplyDeleteKebanyakan dpd pelajar2 kita yg terperangkap di Mesir adalah pro-Pembangkang!
ReplyDeleteJadi lambatlah sikit bantuan Kerajaan.
Yang tahu bangkang, kritik, buat fitnah, maki hamun ......
Bila dah tersepit nak minta bantuan pulak ....
kalau pro pembangkang bukan rakyat malaysia ke????
ReplyDeletebodoh punya olang
kecik kecik tak nak mampos....
Salam Cik Mohd..
ReplyDeleteJangan jadi bodoh sangat..
Fahami dulu apa fungsi kerajaan.
Biarpun apa ideologi politik mereka, mereka wajar dibawa pulang segera kerana mereka rakyat Malaysia.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab BN perlu menyelamatkan mereka..
Jika dikatakan mereka pro-pembangkang jadi tidak perlu disegerakan untuk diselamatkan, maka Najib dan gerombolannya wajar meletakkan jawatan, kerana cukai yang dikutip keatas warga negara Malaysia tidak membezakan siapa anda dan siapa yang anda sokong!
Wassalam..
kepada en.mohd... boleh tak sebelum cakap tu pakai otak dan akal yg Allah beri. mereka adalah rakyat malaysia yang masih memegang kad Mykad malaysia dan mempunyai keluarga di Malaysia. lahir dan bersekolah di malaysia dan mungkin juga mati di malaysia. jadi sebagai kerajaan tak kira lah apa pun fahaman politik kenalah bertanggungjawab atas setiap hal keselamatan rakyat malaysia. kalau en.mohd jadi PM kelak saya rasa dah ramai rakyat malaysia mati di dalam dan luar negara kerana mentaliti kelas ke-3 yang ada dalam minda saudara.kalau sokong selamat kalau x sokong x selamat. wahh..sama la cam komunis.
ReplyDeleteSalam semua. Dalam keadaan di Mesir sekarang kerajaan tidak boleh melihat status rakyat Malaysia di Mesir dari aspek ikutan atau fahaman politik mereka samada pro atau anti kerajaan tetapi melihatnya dari segi peri kemanusiaan. Janganlah dalam "comments" pun kita menggigit antara satu sama lain tapi jika ada cadangan, lebih baik disalurkan kepada pihak yang berkaitan.
ReplyDeleteSemua negara seluroh dunia telah menghantar pesawat khas mereka sendiri, kenapa Malaysia baru nak hantar itu pun pesawat c130 saja. Berapa lama mau sampai mesir & balik malaysia dan brapa banyak ulang alik nak habiskan 11,000 pelajar, Itu pun mau kira untung ruginya dalam saat saat darurat ni...nasib baik pesawat ni tak guna RON97.
ReplyDeleteUmno banyak wang bagus chater 10 biji ocean liner. Hahaha
laa masih wujud lagi spesies spt mohd said kat negara tanah tumpah darahku... apa mentaliti ini orang? ada otak kaa tak dak? ada akal pakailah...
ReplyDeletelaa ada lagi spesies manusia spt mohd said kat negaraku ini... malang sungguh!
ReplyDeleteMAS dah pergi, Air Asia pun dah pergi, nak kata apa lagi. Dalam keadaan cemas mcm ni baiklahberi sokongan, beri pandangan bernas,bukan semata-mata nak bangkang.
ReplyDeleteen mohd..please die before u speak such stupid idea...awat hang bodo sgt naaa?
ReplyDeleteAda idea yg lebih bernas? Salurkan kepada pihak yg tengah bertungkus lumus buat strategi & urusan nak evacuate org2 kat sana tu. takat complain/condemn dlm blog takde kemajuan, byk lagi issue lain yg boleh dibincangkan. Lagi sekali, ada idea yg lebih bernas selain dari C130, MAS, AirAsia, Kapal KD TLDM? Cadangkan ke Wisma Putra, paling lekeh pun kat website 1Malaysia, penat je najib buat
ReplyDeleteen.mohd...aku percaya yang kau ni berfikiran budak2 lagi.kalu tak matang nak wat mcamner....nasihat aku...pi berambus dari tanahair malaysia.
ReplyDeletesorang dua rancang nak pi bercuti kat oversea paling cepat sebulan dua.. ni ke pulak berpuluh ribu orang nak rancang bawa balik. nak kena urus visa.. nak kena urus kebenaran meretas india n asia barat, tempat landing ada ke tada.
ReplyDeleteorang kedutaan malaysia kat mesir pun terperangkap juga bukan pelajar-pelajar saja, rumah mereka bukannya sebelah kedutaan jadi harap pikir
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!