Oleh : TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.
Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.
Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).
Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?
Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.
Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.
Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.
Sekian, wasalam.
Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M
Kalau dibaca dgn minda yg terbuka dan matang, kita akan dapat kaitkan dgn apa yang sedang berlaku dinegara kita. Mesir dgn bantuan Israel, UMNO dgn bantuan APCO-Israelnya.Ketidakadilan dalam pilihanraya juga sungguh synonim dengan negara kita.
ReplyDeleteFirst Lady yg menghabiskan harta benda rakyat, nah..synonim juga dgn First Lady of Malaysia. Woah..negara kita ni menuju kebejatan yg maha berat. TG. Nik Aziz dah bagi ulasan yg baik dan penuh ilmiah. Tp. puak2 UMNO yg mengaku melayu islam ada pikir camtu? Tambah lak si MADEY yg kutuk TG. Nik Aziz. itupun masih ada yg nak respek si Mamak Kutty tu..bezakan ilmu agama kedua2nya.seorang nasionalis yg kurop dan seorg Guru agama yg hayatnya untuk menegakkan islam.beza banyak!tp. sayang, ada melayu dungu yg tak leh pikir..asyik pikir MADEY tu bagus dan berwawasan.pooodahhh! wawasan MADEY tu boleh bawak korang masuk syurga ka?
Alhamdulillah.. ada juga yang faham maksud aku menyiarkan banyak artikel tentang Mesir ni..
ReplyDeleteSama kan dengan apa yang kita ada??
Sama bro. tp. kebanyakkan rakyat kita especially org melayu islam tak nampak. tak sensitif pada sesuatu isu di luar negara. Maklumlah, baca malas, nak timba ilmu lagilah kurang. Tak kiralah dari org kg hinggalah yg berjawatan tinggi, kalau kita duduk berborak dgn mereka, semuanya tak ambil port.kalau nak borak, pasal bolalah, artislah dan perkara2 yg tak der content atau ilmiah. bila bwk skit isu ini, semua muka berkerut sbb tak der ilmu dan tak tahu. nak mintak pandangan lagilah tak der. itu pasal senang kena tipu dek UMNO n the geng!.cakap bodoh marah! tp. itulah realitinya...
ReplyDeletesukanya Khalifah Omar Guan engg kalau cam ni berlaku diMalaysia cukup sonang kerana anak didik Lee Kon U berjaya takluk Melayu dan malaysia yes yes jom demo kito berdemo ajaran tok guru Anu-ar
ReplyDeleteMengapa rakyat memeberontak beb !. Mereka berontak kerana presiden itu terlalu lama memerintah tidak mahu turun-turun rakyat dah bosan beb !. Rakyat tidak berubah, kemiskinan, pengangguran berada dimana dengan kadar yang tinggi. ek..
ReplyDeleteSamalah diKelantan Nick Aziz lama sangat pegang jawatan beb. Rakyat dah mula bosan kerana tidak bawa apa-apa perubahan jelas beb.Ek.. Nik Aziz perintah kelantan lebih 20 tahun. Sekarang yang dekat-dekat keliling dengan dia jer yang minta dia terus beb ! kawe.
Beberapa orang El Baradei telah bangkit melalui pondok sudah bising beb !. Depa kata terlalu lama jadi mengarut dan kering idea beb !. ek..
Posted by RUMAH KACA
joe charlie...
ReplyDeleteada beza TGNA dgn Muabarak...TGNA memerintah Kelantan selama 20 thn tp kamu penah lihat x kediamannya,cara bpakaiannya, cara kehidupannya berbanding dgn Hosni Muabarak???Kelantan diperintah selama 20 thn tetapi dinafikan hak oleh Kerajaan Persekutuan, bagaimana pula jdnya???Cubalah segala peruntukan diberikan kpd Kelantan sama seperti negeri2 yg Diperintah oleh BN agak2nya kehidupan org Klantan bertambah baik ke bruk ea???Jgn amik hak org lain kelak hak kita nnt akan dirampas malah lebih truk drpd apa yg kita penah buat...
joe charlie, itu ketua menteri sarawak tak mau komen kah? sudah 30 tahun lo pegang itu jawatan.. sama macam itu mubarak. sangat kaya..
ReplyDeletejoecharlie...ko bercakap kasi bukak fakta dulu.kasi buat banyak perbandingan.kalu ko orang islam tapi hidup tak brapa islam,itu aku percaya nape ko berkata begitu.apapun kuatkan keimanan dan ilmu dahulu sebelum kita menilai orang lain.ada paham???
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!