Sekarang apa macam? Bantuan atau Bala dari Allah?



Ramai penyokong-penyokong UMNO yang telah mentertawakan dan menempelak solat hajat yang telah diimamkan oleh TG Nik Aziz, kononnya bagi mereka doa TG Nik Aziz memohon bantuan Allah untuk memenangkan pihak yang benar telah dimakbulkan dan UMNO/BN telah menang di Tenang kerana mereka dipihak yang benar kononnya..

Dan ada sebuah blog penyokong UMNO yang telah mengucapkan terima kasih kepada TG Nik Aziz kerana solat hajat yang dijalankannya dua atau tiga hari sebelum hari pengundian di Tenang telah termakbul..


Solat hajat terakhir yang diimamkan oleh TG Nik Aziz sebelum hari pengundian ialah pada pukul 4 pagi di Masjid Jamek Labis bagi memohon kepada Allah supaya kemenangan berpihak kepada yang benar semasa pengundian PRK Tenang.

Banjir yang berlaku pada hari pengundian itu dikatakan telah menghalang pengundi-pengundi PR dari keluar mengundi kerana dikatakan pihak berkuasa hanya mengutamakan bangsa Melayu untuk dibawa ke pusat pengundian.

Dengan ramainya pengundi Melayu berjaya dibawa ke pusat pengundian hasilnya majoriti UMNO/BN meningkat.

Jika majority UMNO/BN meningkat dengan berlakunya banjir yang dikatakan bantuan dari Allah untuk pihak yang kononnya benar itu meskipun mempunyai rekod Mahkamah kerana telah melelong tanah milik orang lain tanpa pengetahuan tuan tanah itu.

Sekarang bagaimana pula.. adakah ianya bantuan dari Allah atau Bala dari Allah buat umatnya yang meredakan Hukum Islam diinjak-injak demi mempertahankan kuasa??


Mangsa banjir dipindah meningkat di Johor, Melaka
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Lebih 47,000 penduduk di 10 daerah di Johor dipindahkan setakat pagi ini — jumlahnya terus mengalami peningkatan — ekoran banjir yang bertambah buruk manakala hujan pula berterusan di banyak tempat.

Seramai 47,838 orang dipindahkan setakat 8 pagi tadi berbanding 45,909 orang sehingga 12 tengah malam tadi.

Begitu juga keadaan di Melaka di mana lebih ramai dipindahkan sehingga tengah malam tadi.

Daripada 47,838 orang dipindahkan setakat 8 pagi tadi di Johor, Johor Baru mencatatkan 4,715 orang melibatkan 1,232 keluarga, Muar (2,435; 562) Batu Pahat (2,543; 569), Segamat (19,658; 4,717), Kluang (9,594; 2,368), Pontian (656; 149), Kota Tinggi (2,469; 586), Mersing (99; 31), Ledang (4,260; 932), Kulaijaya (1,409; 345).

Bagaimana di Segamat, kawasan yang paling teruk dilanda banjir, sehingga 10 pagi mangsa yang masih berada di pusat perpindahan adalah seramai 19,441 orang melibatkan 93 pusat perpindahan.

Jurucakap pusat operasi banjir berkata paras air sudah mula turun tetapi masih di paras bahaya dan dijangka air akan naik lagi jika hujan berterusan.

Beberapa penduduk dan wartawan yang masih tersadai yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, air sudah mula menurun manakala hujan berhenti pagi tadi di kawasan Segamat dan Labis.

“Pendudukan tempatan di kawasan Segamat Baru mula membersihkan rumah masing-masing,” kata seorang jurugambar sambilan.

Katanya, anggota tentera juga masih membina jambatan sementara yang menghubungkan Felda Redong dekat Segamat - yang menghubungkan pekan Tenang dengan Felda Redong dan Segamat Kecil.

Kerja-kerja itu dimulakan sejak tengah malam tadi.

Jurucakap pusat operasi banjir menambah kawasan yang sudah surut adalah Labis dan bahagian Bandar Segamat sebelum Jambatan Permaisuri iaitu kawasan Segamat Baru.

Jalan Segamat-Yong Peng juga selamat untuk dilalui, katanya.

Di Johor jumlah kawasan yang terlibat dalam banjir juga dikatakan bertambah berbanding pagi semalam.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir negeri Johor, sebanyak 10,989 keluarga telah berpindah ke pusat perpindahan sehingga pukul 12 tengah malam tadi.

“Sehingga tengah malam tadi seramai 45,909 penduduk dengan 10,989 keluarga telah dipindahkan di seluruh negeri.

“Semua daerah di negeri ini menghadapi banjir dan kita terpaksa memindahkan mereka ke pusat perpindahan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan banjir sekarang (tengah malam tadi), tapi kita jangkakan jumlah ini akan bertambah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Angkatan Tentera Malaysia juga mula menggerakan pasukan mereka untuk membantu mangsa banjir.

Sebanyak 261 pusat perpindahan telah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir dengan 13 pusat perpindahan telah ditutup.

Seramai 4,715 mangsa banjir dari 1,232 keluarga di Johor Baru telah dipindahkan ke 20 pusat perpindahan, 2,095 mangsa dari 481 keluarga di Muar dipindahkan ke 21 pusat perpindahan dan seramai 2,417 mangsa dari 544 keluarga di Batu Pahat dipindahkan ke 25 pusat perpindahan.

Sementara itu di Segamat, seramai 18,915 mangsa dari 4,499 keluarga telah dipindahkan ke 88 pusat perpindahan, seramai 9,730 mangsa dengan 2,408 keluarga di Kluang dipindahkan ke 48 pusat perpindahan dan di Pontian seramai 656 mangsa dari 149 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat perpindahan.

Di Kota Tinggi - kawasan yang terjejas teruk dalam banjir besar empat tahun lalu, seramai 2,419 mangsa dari 524 keluarga telah dipindahkan ke 18 pusat pemilihan, di Mersing seramai 99 mangsa dari 31 keluarga dipindahkan dengan satu pusat perpindahan, di Ledang seramai 3,454 mangsa dari 776 keluarga ditempatkan di 22 pusat perpindahan dan di Kulai Jaya seramai 1,409 mangsa dari 345 keluarga dipindahkan ke 9 pusat perpindahan.

Sejak semalam banjir buruk yang berlaku telah menyebabkan tiga kematian dan lebih 40,000 telah dipindahkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Masih ramai terperangkap di beberapa bandar Johor dengan ketiadaan bekalan elektrik atau bekalan, memaksa pasukan tentera membantu operasi menyelamat mangsa.

Bencana kali ini diakibatkan hujan berterusan selama hampir 10 hari manakala menurut Jabatan Meteorologi, hujan dijangka turun hingga minggu ini di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Melaka yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan meningkat kepada 2,889 orang sehingga pukul 9 malam tadi berbanding 2,714 mangsa pada sebelah petang.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata Alor Gajah menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,534 daripada 344 keluarga di 10 buah pusat pemindahan.

Di Jasin, jumlah mangsa yang ditempatkan di 15 buah pusat pemindahan ialah 1,306 orang daripada 321 keluarga dan 49 mangsa daripada lapan keluarga di sebuah pusat pemindahan di Melaka Tengah.

Banjir di Melaka meragut mangsa pertama hari ini di Jasin iaitu seorang pengawal keselamatan, Yusry Mohd Yusof, 40, yang ditemui lemas di Loji Air, Kampung Chinchin pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

Maklumat Jabatan Meteorologi menunjukkan hujan sekejab-sekejab kadangkala sederhana di Johor dan Pahang pagi semalam manakala di Kelantan, Melaka dan Terengganu hujan di satu dua tempat di kawasan pantai.

Keadaan di Johor itu diramalkan akan berterusan sepanjang 24 jam. Begitu juga di Pahang.

Di Melaka, ribut petir dijangkakan di beberapa tempat pada sebelah petang.

Di Negeri Sembilan, diramalkan tiada hujan sebelah pagi tetapi ribut petir di beberapa tempat sebelah petang dan hujan di satu dua tempat sebelah malam.

Laporan Bernama menyebut, beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung dibatalkan semalam akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata perkhidmatan Ekspres Rakyat dari Butterworth ke Singapura dan Singapura-Butterworth hanya beroperasi dari KL Sentral ke Butterworth sahaja.

Ekspres Sinaran Selatan dari Singapura ke KL Sentral dan KL Sentral-Singapura serta Ekspres Senandung Sutera antara KL Sentral-Singapura terpaksa dibatalkan.

Ekspres Sinaran Timur bagi laluan Singapura-Tumpat dan Tumpat-Singapura hanya beroperasi antara laluan Kemayan-Tumpat manakala perkhidmatan ulang alik antara Gemas-Singapura dan Singapura-Gemas hanya beroperasi antara laluan Kluang-Singapura.

Perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lipis ke Singapura akan ditamatkan di Stesen Kemayan.

Menurut KTMB, penumpang Ekspress Senandung Wau dari KL Sentral ke Tumpat akan menaiki bas dari KL Sentral ke Mentakab sebelum menaiki tren ke Tumpat.

Bagi laluan Tumpat ke KL Sentral pula, penumpang akan menaiki tren dari Tumpat ke Mentakab sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral menaiki bas.

Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat pertukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan tiket di kaunter KTMB yang berhampiran, kata kenyatataan KTMB yang dikeluarkan 6 petang semalam.

Pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862).

Sementara itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) telah mengaktifkan kaedah respons banjir tempatan dengan membuat persediaan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Johor dan Sarawak.

Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus berkata pihaknya sedang berurusan dengan Majlis Keselamatan Negara bagi membantu mangsa serta menghantar bekas yang mengandungi barangan penjagaan kebersihan kepada mereka.

“Sukarelawan kami di Johor sedang membungkus 500 bekas barangan penjagaan kebersihan untuk kawasan Setia Alam dan 500 bekas akan diedarkan ke kawasan lain yang terjejas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya Mercy Malaysia cawangan Sarawak telah mengedarkan sejumlah 900 bekas barangan penjagaan kebersihan untuk masyarakat yang terjejas akibat banjir di Niah, Asap, Beluru dan Bakung sejak 23 Januari lalu.

Sementara itu pasukan Mercy Malaysia yang tiba di Sri Lanka pada 19 Januari lalu sedang sibuk membantu mangsa banjir di Ampara dan Batticaloa di negara itu.

Pengurus Besar Operasi Mercy Malaysia, Takako Izumi, berkata pihaknya menyediakan 1,000 bekas barangan penjagaan kesihatan untuk diedarkan di dua kawasan tersebut.

Orang ramai boleh membuat sumbangan derma melalui nombor akaun Maybank 5621-7950- 4126 atas nama Mercy Humanitarian Fund atau akaun CIMB Bank melalui nombor 1424-000-6561053 atas nama Mercy Malaysia.


The Malaysian Insider

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. maknANya tiap-tiap TAHON KELANTAN DILAKNAT ALLAH SWT tiap-tiap tahon banjir besor .....kerana ramai penyokong-penyokong UMNO yang telah mentertawakan dan menempelak solat hajat yang telah diimamkan oleh TG Nik Aziz CELAKO CELAKO CELAKO kononnya bagi mereka doa TG Nik Aziz memohon bantuan Allah untuk memenangkan pihak yang benar telah dimakbulkan dan UMNO/BN telah menang di Tenang kerana mereka dipihak yang benar kononnya..AISEYMAN SAPA LAH TOK GURU NGAJOR KAO NI??

    ReplyDelete
  2. err... banjir di Kelantan pd bulan januari ari tu disebabkan bala gak ker? Bala pemimpin eh?

    08/01/2011 10:09am

    KOTA BAHARU 8 Jan. - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan di Kelantan bertambah pagi ini berbanding semalam.

    Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, setakat 8 pagi ini, empat lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlahnya 19 buah bagi menampung mangsa banjir yang meningkat kepada 1,571 orang daripada 438 keluarga berbanding 1,008 orang, malam semalam.

    Beliau berkata, lima daerah yang terjejas banjir ialah Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

    "Daerah yang paling teruk terjejas banjir ialah daerah Pasir Mas dengan sebanyak 12 pusat pemindahan dibuka diikuti Kota Baharu (tiga pusat), manakala Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh masing-masing satu pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Jurucakap itu berkata, lima laluan di Pasir Mas ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di KM3, Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Pohon Tanjung-Meranti, KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan KM9 Jalan Cabang Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti di Tumpat.

    Katanya, paras air di Sungai Golok kini berada di tahap 10.28 meter melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - Bernama

    ReplyDelete
  3. eh eh... jangan lupa... bulan NOV 2010 ari tu pn KEDAH kena bala sbb salah pilih pemimpin... banjir besar tuuuuuu perghhh

    ReplyDelete
  4. Sebenar-benarnya bala...ialah RON97 naik harga serta-merta bila demer menang di tenang. Terima kasih sesangat kpd orang2 felda totok ni.....

    ReplyDelete
  5. Memanglah bantuan Allah kpd UMNO.
    Kalau tidak ada banjir di Labis mungkin lebih ramai lagi pengundi2 Cina akan keluar dan memenangkan calon PAS!
    Apa macam?

    ReplyDelete
  6. bantuan atau bala, biar Allah yang tentukan, bukan ko punya kuasa. Tapi yang paling penting sekarang, membantu pihak yang ditimpa mala petaka. Dulu sebelum prk, bukan main gah Cikgu Mala dan kroni2 meredah banjir, sekarang bila dah kalah batang hidung pung tak nampak muka. Nampak sangat la keikhlasan Cikgu Mala tu semata2 nak memancing undi. Buat lagi la macam ni kat Merlimau, kompom PAS takkan menang mana2 pilihanraya lepas ni.

    ReplyDelete
  7. begitu mudah membuat andaian..sebelum prk cuaca dah tak mengizinkan.. tanda-tanda kemungkinan banjir telah ada..telah dilaporkan..jangan mudah membuat tafsiran.. sesungguhnya manusia ini adalah hambamu yang paling lemah..beristifar lah semuga mendapat keredaan allah swt.

    ReplyDelete
  8. Ehm susah gak kalau nak dikupas isu banjir ni dengan puak amngok yang dok sumbat dalam otak mereka dengan artikel-artikel yang tak membantu pemikiran berfikir. Baiklah kelantan dilanda banjir? adakah disbabkan bala untuk pemimpin. Kita ambil ringkas sahajalah. Kelantan adalah jajahan kerajaan PAS dan Tenang sebelum pilihan raya adalah jajahan BN (Umngok). So kalau nak dibandingkan dengan kekayaan dan bantuan kerajaan pusat untuk membantu atau memperbaiki segala sistem dan infrasturktur. Mestilah jajahan BN lebih mudah untuk dilaksanakan sebab banyak budjet yang boleh dan mudah dilepaskan berbanding kerajaan dibawah jajahan Pakatan Rakyat. So segala bentuk kelemahan yang dialami oleh kerajaan PR adalah disebabkan ketidak adilan pihak BN yang Ngok Ngok ni atas menyekat hasil kekayaan kerajaan Kelantan dari segi bayaran Royalti minyak yang kalau disalurkan bukan sahaja tak banjir. Malah kelantan akan lebih maju dari Melaka dan Johor. So Umngok kalau baca buku biar berfikir jangan baca tp xmasuk otak.

    ReplyDelete
  9. DEMOKRASI UTK KESENANGAN RAKYAT, BUKAN PEMIMPINFebruary 1, 2011 at 5:50 PM

    Salam semua,
    banjir ialah ketentuan Allah. Org2 Melayu majoritinya masih tak faham erti DEMOKRASI...sbb kita mendapat demokrasi dr tangan penjajah British, yg menurunkannya kpd Umno, disebabkan oleh adanya agenda yg lebih besar di belakang tabir... yg perancangannya di RANCANG tanpa di ketahui oleh org2 Melayu yg ada di kampong dan felda... iaitu Piagam Atlantik...salah satu drnya. Susah utk di beritahu kpd org2 Melayu kerana org2 melayu suka berfikir secara emosi, bukan secara rasional. Ini disebabkan org2 melayu dah di asuh sebegitu rupa agar amalan agama setakat solat, zakat, haji dan yg ringan2 sahaja. Urusan pemerintahan negara diserahkan bulat2 kpd Pemimpin Melayu, yg bekerjasama dgn Tokeh2 Cina utk mengaut hasil mahsul Tanah melayu...53 tahun perkara ini berlaku, org2 Melayu masih lagi buat xkesah. Asalkan hidup boleh cari makan...Org2 Melayu masih xnmpk apa yg akan berlaku selepas ini...setelah semuanya hilang, akan terjadilah bak pepatah, 'Sudah Terantuk Baru Terngadah', itulah sifat org2 Melayu.Tak heranlah kita dijajah selama 446 tahun (1511), sedangkan org2 Cina di Malaysia lebih bijak berpolitik, mereka sentiasa berpakat di sebalik tabir... sedangkan kita isu royalti kpd Kelantan, Terengganu pon kita-dibaca=Umno nafikan, utk diberi sesama Islam disebabkan takut kpd MCA...sedangkan MCA dan lain2 Parti Cina mereka berpakat.

    ReplyDelete
  10. Bagus analisa-analisa diatas. perkara ini akan selesai insyalah jika kita kembali pada agama Islam yg sebenar. Kena yakin Islam penyelamat segala kekusutan dalam pentadbiran negara supaya cina, india dan bangsa lain tahu Islam itu syumul dan selamat. Masalahnya kita ni tak percaya 100% dgn agama islam. Itu semua UMNO punya kerja la selama ini. Asyik kaut duit pastu cerita islam main sekerat2.dah tu pulak di sokong oleh mufti2 akhir zaman..sudah la umat melayu. Kalau tak kembali kepada agama islam, hanyutlah kita dgn nasionalisma melayu! ingat! BANGSA tak menjamin apa2.AGAMA lah segala2nya...

    -+ve

    ReplyDelete
  11. emosi sgt nampaknye komen yg kt atas sekali tu. Ape kene tu?

    ReplyDelete
  12. bangang punya anon February 1, 2011 5:08 PM, melaka ada minyak ka? melaka tu negeri besar macam kelantan ke? apa yang melaka ada, tapi kelantan takde? pemimpin yang ada otak, bukan macam kelantan, nak harapkan bantuan je la keje. usaha la sendiri, dapat balak masuk poket, padan la melingkup

    ReplyDelete
  13. apa2pun, org islam mestilah sokong pergerakan islam yg hendak menegakkan hukum allah. Kita tidak akan ditanya diakhirat nanti mengapa gagal menegakkan syiar islam sebab berjaya atau gagal itu milik Allah tetapi kita akan ditanya apakah usaha kita untuk menegakkan hukum allah di muka bumi ini.

    Majoriti besar org melayu sejak zaman melaka adalah jahil mengenai islam. Itu sebabnya jiwa mereka sesuai dengan umno.

    ReplyDelete
  14. kpd anonymous February 2, 2011 12:14 AM,
    Kamu ni memang sesuai jadi penyokong umngok sebab jahil sangat. Kalau duit balak masuk poket pemimpin kelantan, dah lama ditahan sprm. sprm, sedangkan org yg tak salahpun mati dikerjakannya.

    Sistem pentadbiran persekutuan yg diamalkan - memang sepatutnya kerajaan persekutuan mengagihkan peruntukan kpd negeri. Ini adalah drpd wang cukai seluruh negara dan bukan duit bn atau umno. Royati minyak itu memang hak kerajaan negeri kelantan yg telah dinafikan oleh kerajaan persekutuan kerana kelantan dibawah pas. Spt juga bila Terangganu dikuasai oleh pas dulu krj persekutuan terus tarik royati minyak.

    Hai jenuh nak bagi faham penyokong umngok ni.

    ReplyDelete
  15. PAS ke UMNO ke sama je... Masing2 nak puaskan nafsu sendiri demi politik. Kalau la UMNGOK tu sekular tak de agama, aku tak begitu hairan sebab tu pasal depa jadi macam tu. Tapi dua kali bala bila PAS yang berpaksikan Islam pun tumbang, sampai sanggup melacurkan agama demi meraih simpati DAPigs lagi la satu tragedi umat Islam berbangsa Melayu abad ini. Nasib2. Perlu diingat, Islam itu bukan politik, meskipun ada politik dalam Islam. Islam ialah kepercayaan, politik ialah ideologi. Ia tidak boleh disamakan. Ahli2 PAS perlu faham perkara ini dan tidak bolehlah senang2 nak mempolitikkan agama demi kepentingan sendiri. Kalau agamapun dipolitikkan, apalah bezanya hamPAS dan UMNgok? Dua entiti yang sama tapi tak serupa. Ha...jangan lak menghamun aku lepas ni ok.

    ReplyDelete
  16. bencana yg menimpa adalah satu bentuk ujian Allah SWT kepada setiap hambaNya. utk melihatkan hambaNya yg benar2 beriman atau tidak. banjir di kedah juga satu ujian..siapa kita tuk tentukan ia bala drpd Allah SWT. yg pastinya anak kedah d perantauan amat merasai perbezaan kepimpinan lalu n kini. sesekali pulang ke kg, terasa seronoknya KEDAH KINI.... semoga kita semua di dalam rahmatNya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post