Siapa Akan Lari, kalau bukan Najib sendiri??


PERMATANG PAUH, 20 Feb: Siapa yang akan lari meninggalkan negara selepas pilhan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) tumpas buat pertama kalinya dalam sejarah, kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.


Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia.

"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.

“Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya.


Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.

Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997.

Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap.

Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.

Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya.

"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.

TKM1 Datuk Mansor

Turut kelihatan bakal Calon N10?

YB Yusmadi sedang melepas geram berkenaan isu 'My Balik Pulau'

Hadir sama dalam ceramah anjuran PKR Cabang Permatang Pauh itu ialah Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman, Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin, Adun Batu Maung, Abdul Malik Kasim dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Berita : Harakahdaily

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. HANGPA NI MACAM DORAEMON, HIDUP DALAM FANTASI

    CAKAP PROPA NAK BAGI ORANG SERONOK..REALITINYA PKR HANYA TINGGAL NUAR MALAUN SEKOR TU JA, YANG LAIN DAH LAMA CABUT....YANG DOK JILAT NI PENCACAI TUKANG HANGGUK YANG TAK ADA GIGI LANGSUNG

    BUDAK TAK SEKOLAH PUN TAU NUAR JUBOR NI DAH TINGGAI NAMA JA PUN

    SEDAQQQQQQLAA NAK JADI PM MALAYSIA MACAMANA, LEPAS NI PI LA JADI PM SUNGAI BULUH....

    ReplyDelete
  2. TARANTULA,
    BETUI KE APA YANG CAKAP NI.
    ATAU HANG IKUT APA YG NAJIB NGAN ROSMAH CKP.
    TAK PU HANG DAH KEMARUK NAK IKUT JADIK MACAM CHUA SOI LEK KUT.
    BERAPA DEPA SEMUA BAYAQ KAT HANG YANG MENYEBABKAN HANG SEDAP MULUT JE CAKAP CAM TU.
    SAYA RASA HANG MEMANG SUKA ROSMAH MENGHUNA INSTITUSI KESULTANAN MELAYU DENGAN MENGAKU SEBAGAI WANITA PERTAMA MALAYSIA, MUNGKIN KERANA HANG BUKAN MELAYU KUT.
    MUNGKIN HANG JUGAK SENGAJA BUAT2 TAK TAHU YG NAJIB SEDANG DISIASAT ATAS TUDUHAN SUBAHAT DALAM MENGAMALKAN RASUAH BERSAMA RAZAK BAGINDA SEMASA MEMBELI KAPAL SELAM SCORPENE.
    APA YG PASTI, HANG MUNGKIN ORANG YG PALING BERSETUJU DGN TINDAKAN NAJIB MENYERAHKAN SAKI BAKI TANAH MELAYU YG TERDAPAT KAT SINGAPURA KEPADA KERAJAAN SINGAPURA.
    YANG PALING UTAMA, HANG AMAT SUKA ROSMAH MENGHINA AGAMA ISLAM APABILA ROSMAH MENGANJURKAN APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI BUSANA ISLAM ANTARABANGSA.

    ReplyDelete
  3. Betul ke Najib nak lari? kita tunggu lihat benar perkara akan berlaku...dan siapa yang akan lari!!

    Setahu aku tempoh hari, seorang telah buat repot kena liwat...ada orang lari masuk rumah kedutaan..kenapa lari orang tu..itu baru repot aje..

    ReplyDelete
  4. Awat, dok menyalak mcm tersepit ekor jek ni penulis Tarntula. Sabaqlah, tunggu pilihanraya nanti baru lah menyalak. Ehm...

    ReplyDelete
  5. Tarantula, jangan jadi bodoh @ barua umno, cuba selidik betul2 fakta kes liwat DSAI tahun 1998 dan sekarang. Kalau ko guna akal ko akan terang2 nampak macam mana sistem kehakiman dan PDRM dibaruakan oleh UMNO, macam ko jugak.

    Guna akal (kalau ada laa...) sikit, kalau PKR hancur pun PAS dan DAP tetap akan teguh dan makin teguh, cuba semak daftar pengundi yang dibawa oleh PAS dan DAP, paling tinggi, jauh meninggalkan BN. Anak muda semua sokong PR sekarang ni, dan mereka akan buktikan dalam PRU-13 nanti. Cuma orang-orang macam ko je buta hati, merelakan UMNO meliwat orang macam kau melalui rasuah, salahgunakuasa kuasa dan penindasan.

    Ko tau tak kenapa BN takut sangat denganbuku jingga? Sebab point no. 1 ialah mengatasi rasuah dan MEMBAWA PERASUAH KE MUKA PENGADILAN! perasuah2 je yang sokong UMNO ni sekarang... perasuah yang bangang, buta dan tuli macam ko...

    Ko nampak kes set-up liwat DSAI je, kes rasuah kapal selam 1/2 juta? kes bunuh/zina/bunuh anak dalam kandungan?? dan kes khalwat kat PD dulu ko tak nampak? ko tak tahu? atau saja buat-buat tak nampak? Jangan jadi bodoh bro... melayu ni dah ramai sangat yang bodoh, jangan dijajah oleh melayu sendiri atas nama ketuanan melayu, hak istimewa melayu dll sedangkan pihak2 tu ambik kesempatan je atas DEB, NEM dan sekarang TERAJU pulak... NKRA NKEA ETP ntah hapa-hapa lagi... last-last nama je... slogan je... haprak, kosong!! APCO betull laaa... pemikiran macam ko pemikiran yang lemah... dah 54 tahun diperbodohkan UMNO/BN... bangkit la dari tido!

    ReplyDelete
  6. Tarantula, u speak with no brain..pity you.

    ReplyDelete
  7. Jangan layan org yang tak berakal macam Tarantula tu, buang masa! Cuma sekarang ni kita kena beringat seandainya kalau kalah BN dalam PRU nanti, org-org macam Najib dan Rosmah serta pemimpin korup yang lain tu kita kena pastikan dia org tak dapat lari. Masalah akan timbul kalau org2 macam ni dapat lari sebab byk perkara yang bersangkut paut dengan dia org tak dapat diselesaikan. Contohnya yang paling mudah ialah DUIT DAN HAK RAKYAT YANG SUDAH DIKEBAS DAN DIROMPAK! Sudah banyak berlaku contoh pemimpin korup di negara lain masih boleh hidup mewah walaupun dalam buangan. Mana datang duit mereka kalau bukan daripada hasil rompakan hak rakyat. Mereka boleh nafikan dengan mengatakan itu hasil daripada perniagaan dan aset mereka di luar negara tapi kena tengok la nilai perniagaan mereka tu. Takkan nilai sampai berbillion-billion?!

    ReplyDelete
  8. tarantula, dh baca penjelasan penulis My Balikk Pulau? mereka ni buat penyelidikan bukan hentam keromo. awak pula tulis ikut perasaan. inilah beza pemikiran melayu yang berpelajaran dan yang tidak. terimalah hakikat yang tarantula bukan seorang yang berpelajaran tinggi dan menulis mengikut perasaan dan asyik nak menghentam tanpa sumber yang akademik

    ReplyDelete
  9. Sekarang kita jangan cakap banyak...simpan niat untuk tebus balik negara malaysia yang telah umno/bn gadai ni....tukang tebusnya mestilah PR...selamat maju jaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post