Timbalan Menteri ni nak kena pecat ke?

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menjadi antara orang yang pertama dalam kerajaan BN yang mengingatkan supaya diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia.

Jika pihak berkuasa menekan suara golongan muda - sedang mereka mereka dapat mengikuti perkembangan politik di seluruh dunia - Saifuddin (kanan) berkata, tenaga mereka yang tidak dapat dibendung, akan hanya melimpah ke jalanan.

Senario pertama telah berkali-kali berlaku apabila mahasiswa berdemonstrasi berhubung hak mereka terhadap pilihan raya kampus yang bebas dan adil.

Manakala minggu lalu, seratusan mahasiswa Universiti Malaya (UM) memecahkan pintu pejabat timbalan naib canselor kerana membantah penolakan calon daripada bertanding dalam pilihan raya kampus esok.


Dalam wawancara melalui emel dengan Malaysiakini, Saifuddin mengakui bahawa mahasiswa mahu suara mereka didengar.

"Ini adalah hak asas dan sejagat. Pihak berkuasa harus melayani hak pelajar. Jika pihak berkuasa menafikan hak-hak ini, maka pihak berkuasa tidak seharusnya menyalahkan pelajar jika mereka bertindak dengan cara yang boleh dradikal, dan sebagainya," kata Saifuddin.


Malaysiakini

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. bangga aku jadi org Temerloh dpt ahli parlimen yg berani mcm dia ni tapi dgn.... dia takut plak...hishhh...dia ni segelintir atau mungkin hanya dia sorang je dari UMNO yg bila bercakap guna akal. Yg lain mcm Ismail Sabri guna pala lutut.

    ReplyDelete
  2. Dah kalau umno bangsat dan sb masuk campur dlm pilihanraya mahasiswa teruk sangatlah negara ni.

    ReplyDelete
  3. KALI NI GUA MEMANG TAK TAHAN DENGAN KERAJAN NAJIB BNUMNOAPCO...
    GUA READY JAK NAK JOIN MACAM DI MESIR

    1. ASTRO BAGI CHARGE RM 5 TUK KERAJAAN... TAK PATUT BETUL..

    2. NO PIN NAK BELI BORANG POLITEKNIK, UPU, MAKTAB NAIK SERTA MERTA RM 5... ADUI MENYIRAP BRO...
    ORANG NAK SAMBUNG BELAJAR PUN KENA PAU...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post