Ummi Hafilda bersumpah lagi.. disaksikan Raja Sumpah

“Seandainya berbohong, saya sanggup dilaknati Tuhan sehingga hari ini,” katanya sambil membiarkan aurat terdedah pada ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di sini, malam kelmarin..

KLANG: Ummi Hafilda Ali yang menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999, mengulangi sumpah laknat bagi menolak fitnah dilempar ke atasnya kerana membongkar perbuatan liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

(Gambar : UMMI HAFILDA menunjukkan dokumen untuk membongkar skandal Anwar sambil disaksikan Mohamad Ezam (kiri) di Klang, malam kelmarin.)

Beliau berkata, tindakannya itu bertujuan mempertahan maruah diri dan keluarga daripada terus dizalimi pemimpin pembangkang dan konconya.


“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, saya bersumpah tidak pernah diupah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau mana-mana tokoh politik bagi membuat keterangan bersumpah berkaitan salah laku Anwar.

“Seandainya berbohong, saya sanggup dilaknati Tuhan sehingga hari ini,” katanya pada ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Kota Raja di sini, malam kelmarin. Turut hadir bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

Ummi Hafilda berkata, beliau melakukannya semata-mata untuk memerangi pembohongan Anwar yang juga Penasihat PKR.

“Anwar dan abang saya, Azmin membohongi rakyat dengan mengatakan saya dapat berjuta ringgit, saya dapat upah, saya dapat imbuhan dan lebih pedih lagi saya dikatakan tidak bermoral,” katanya sambil menambah mereka berbuat apa saja bagi menutup kemungkaran.

Beliau juga berang dengan perbuatan Anwar merosakkan pemikiran abangnya sejak Azmin berusia 24 tahun.

Ummi Hafilda juga menjelaskan beliau kembali ke arena politik kerana sudah muak dengan pembohongan Anwar dan Azmin yang semakin berleluasa.

“Sedikit masa lagi saya akan melancarkan peluru berpandu yang lebih hebat,” katanya yang sanggup kehilangan seorang abang daripada melihat 27 juta rakyat Malaysia huru-hara akibat perbuatan Anwar dan Azmin.

Sementara itu, Mohamad Ezam berkata, UMNO akan membantu Ummi Hafilda memerangi bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menimbulkan kacau-bilau dan memecahbelahkan rakyat sejak 13 tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya sedia membantu serikandi itu kerana yakin fakta dibawanya benar. Langkah itu perlu bagi menyelamatkan negara daripada terus dirosakkan Anwar yang juga Penasihat PKR.

“Kita harus berterima kasih kepada Ummi Hafilda kerana sanggup mengorbankan diri untuk agama, bangsa dan negara hingga terpaksa membuang abangnya, Azmin. Kita juga sedia membantu bagi membongkar kemungkaran Anwar,” katanya.


Berita Harian Online

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. siapa yang membuang siapa ni?umi membuang abang dan keluarganya ker??,,setahu aku,,,azwan,azmin,ibu dan lain2 baru2 ni mengadakan makan2 doa selamat,jumpa satu kuarga..tak nampak pun kelibat umi,sapa buang sapa ni???disokong oleh pakar sumpah ni lagi aka raja kotak.

    ReplyDelete
  2. pasal Azmin dan Anwar 27 juta rakyat malaysia boleh huru-hara? Hebatnya manusia 2 orang ni!

    ReplyDelete
  3. Manusia mana yg percaya kat ummi,lebih2 lagi bersama raja kotak,jgn dok tipu rakyat,munkin kalau ummi dan kotak tak buat cerita roti canai DS Anuar dan Azmin TAK POPULAR DIMATA RAKYAT mereka perlu akur diatas perbuatan ummi dan kotak dll sebab mengadai maruah utk berkempen mencacikan Anuar/Azmin utk popular dlm politik dan disengani puak BN aku fikir kalau byk lagi manusia mcm ummi dll dah tak payah buat Pru13 rakyat turun padang saja dah cukup utk PAKATAN RAKYAT kuasai Putra jaya..
    terima kasih ummi/ezam kotak kerana buat permalsuan idea utk rakyat....

    ReplyDelete
  4. ezam + ummi = BANGANG

    UMNO + PERKASA = Double BANGANG

    Penyokong UMNO + Percaya ezam + Percaya UMMI + Cintakan PERKASA =
    SUPER BANGANG

    Conclusion

    JANGAN JADI BANGANG!

    -+ve

    ReplyDelete
  5. Umi la ni duit dah susut,,dapat projek baru dari umno untuk maki Anwar,,dia kata ada dokumen kukuh,,terlupa nak bagi dlm mahkamah 12 tahun sudah ka??,,hang kata ada peluru berpandu baru tu buat sula juboq hang Umi,,,

    ReplyDelete
  6. ape barang sumpah camtu..sebutla wallahi,wabillahi,watallahi..takat sumpah camtu mane laku..

    ReplyDelete
  7. Umi Hafilda ...jangan bikin onar. kalau ada bukti kukuh , bawa ke mahkamah. Jangan jadi tin kosong !!!
    Selamatkan Malaysia daripada penyamun tarbus, perasuah, perogol dan pembunoh !!!

    ReplyDelete
  8. Kita semua jangan lupa bahawa AYAH kepada UMMI sudah tak mengaku anak.
    macam mana di kata nak jaga maruah keluarga? sedangkan dia sendiri sudah dibuang oleh ahli keluarga.

    Walaupun kasih ibu umpama segenggam biji lenga dan kasih ayah umpama segenggam biji macang, kalau kedua-duanya sudah benci apa akan jadi UMMI?

    ReplyDelete
  9. “Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” ~ Surah An Nur ayat 19

    ReplyDelete
  10. Puak-puak Umgok ni mana tahu pasa Syurga Neraka beb. Kalau depa tahu dah lama dah gentar nak sebar fitnah, buat maksiat, arak, rogol, rasuah, menipu, guna duit rakyat, dan banyak lagilah. Kita tunjukkan jek dalam pilihanraya nanti. Senyaplah depa ni sume. Kalau depa lompat dari Be End ke PR. Jangan dok layan, heret semuanya ke mahkamah atas masalah depa semasa berkuasa. SEMUANYA DITANGAN KITA WAHAI RAKAN-RAKAN KU.....

    ReplyDelete
  11. mahafiraun pun dh ngaku dia wat tuduhan pd DSAI,yg hang nk tegak kn ape..keadilan ape?awak ke yg liwat tu,ni lain xbukan soru dh mis..nk pau flom ke..ha ha ha,merempat la korg jual diri krn nk idup,wek malu je

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post