Utusan diberi percumapun tak diterima di Sekolah Cina..

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.


Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.


Malaysiakini

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bebaskan Utusan dari genggaman UMNO, supaya tidak lagi menyajikan berita palsu, perkauman melampau, dan nombor-nombor judi

    ReplyDelete
  2. HAHAHA AKHBAR MELOYA PENGKHIANAT BESAR KAKI PEMBOHONG & RAJA KELENTONG ! SAMPAI NAK GUNA DITANDAS PUN ORANG TAK MAHU ! INILAH AKIBAT KHIANAT TERHADAP KEBENARAN,KETELUSAN & KEIKHLASAN SAMPAI MASYARAKAT BUKAN ISLAM PUN TAHU HAPRAKNYA AKHBAR TANDAS INI YANG KUAT PERKAUMAN & PEMBOHONG !

    ReplyDelete
  3. buanglah umno supaya pr berkuasa dan tiada lagi kuasa politik melayu...hilang title bumiputera dan aga islam bukan lagi agama rasmi...
    barulah orang pas tak dapat laksana hudhud dan lancarkan perang jihad biar negara malaysia hancur...kemudian lepas tu biar cina kafir perintah malaysia macam singapura...tahniah pas..

    ReplyDelete
  4. nam blog pun derhaka...memang padan dengan muka hang yang menderhaka...bangsa sendiri....adakah anda fikir dengan blog anda ini anda masuk syurga atau neraka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post