54 Tahun Merdeka.. masih ada rakyat hidupnya begini..

“Saya ada memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), namun kini, tiada sesiapa pun yang mengambil sebarang tindakan bagi membela nasib warga emas ini,”

Apa JKKKP buat?? Makan gaji buta ke?

Rumah sebesar reban ayam

PANTAI PRAI – Seorang warga emas di sini terpaksa mengharapkan ihsan jiran tetangga kerana hidup sebatang kara tanpa saudara mara.

Zaharah Mat Isa, 62, tidak mempunyai sebarang pekerjaan hanya bergantung hidup dengan wang yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

Jiran, Rohayati Mohd Yusuff, 41, berkata, dia bersimpati dengan nasib jirannya yang tinggal sebatang kara dan menetap dalam sebuah rumah yang terlalu kecil dan hanya sebesar sebuah reban ayam.


“Makcik (Zaharah) hanya tinggal sebatang kara dan rumah yang sedang didiami sekarang hanya sebesar reban ayam, terlalu kecil, di sinilah makcik makan dan tidur, di rumahnya tiada tandas, jika mahu mandi dia terpaksa menumpang mandi di rumah jiran.

“Sebelum ini, makcik Zaharah tinggal di rumah kayu, tetapi sejak lima tahun yang lalu nasibnya mendapat perhatian golongan tertentu dan mereka membina rumah, tetapi setahu saya peruntukan yang diberikan untuk membina rumah ini adalah sebanyak RM5,000,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jumlah yang diperuntukkan dengan hasil yang dilihat tidak dapat diterima akal kerana rumah yang dibina hanya semata-mata untuk tidur sahaja dan tiada dibina bilik air untuk mandi dan mencuci.

“Makcik terpaksa mengangkut air, malah jika hujan, rumahnya pasti dimasuki air kerana keadaan bumbung yang hanya menutup bahagian atas rumah sahaja.

“Saya ada memaklumkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), namun kini, tiada sesiapa pun yang mengambil sebarang tindakan bagi membela nasib warga emas ini,” katanya.

Rohayati berkata, bukan sahaja bekalan air tiada, malah bekalan elektrik juga tiada dan untuk menerangi waktu malam Zaharah terpaksa menyalakan lilin untuk menerangi rumahnya.

“Sangat berbahaya jika lilin jatuh dan sebagainya.

“Saya berharap pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu makcik Zaharah membina rumahnya.

“Melihatkan keadaan rumahnya yang kecil tanpa kemudahan infrastruktur yang lengkap, ia menyukarkan lagi hidup warga emas ini,” katanya.


Sinar Harian

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 54 tahun ke...apa pun nak tanya..engkau pernah tengok 54tahun lalu macamana rumah2 orang melayu? engkau baik tanya emak engkau camana rumah tokwan engkau tu 54tahun dulu..dan bandingkan rumah mak engkau sekarang ni..

    ReplyDelete
  2. 54 tahun lalu aku tak dilahirkan lagi sedara.. tapi kalau setakat rumah tokwan aku tak payah nak tanya emak aku, pasai rumah tu masih tersergam di Sungai Derhaka ni..

    Tak kecik macam rumah mak cik tu, terpaksa dirobuhkan separuh pasai besar sangat..

    Mungkin Aruah Tokwan aku tak sebodoh Tokwan hang.. pasai tu dia boleh buat rumah besar..

    kah..kah..kah..

    By the way.. Hang JKKKP yang mentekedarah gaji buta ka?

    ReplyDelete
  3. JKKKP memang mentekedarah gaji buta, yang depa tau jadi barua nak jual tanah org melayu... komisen bro...

    ReplyDelete
  4. hahahaha....x berbunyi dh manusia kat atas tu..tadi bukan main lagi nak cakap pasal umah 54 tahun...pelik betui....anak derhaka,aku sokong ang....u r absolutely right!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post