Alahai SPR.. Awatlah buat kerja tak survey dulu ni.. kalau setakat nak letak 10 atau 1000 pengundi hantu dirumah Parpukari yang telan Guiness Stout lepas tu bercakap pasal moral dan islam tu (baca di SINI) tentu dia tak kisah..
Tapi yang pergi letak hingga lapan pengundi hantu di rumah emak Azmin ni buat apa?? Dah tu bukan bukan Melayu pulak tu..
SPR letak ‘hantu’ di rumah ibu saya – Azmin
SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada ‘hantu’.
Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.
“Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.
“Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain,” katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno.
Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai ‘telus’ dan ‘cekap’.
Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pengundi hantu yang diwujudkan Umno pasti akan mengundi parti pemerintah itu untuk dijadikan sebagai taktik kemenangan pilihan raya akan datang.
“Ikut tradisi, pengundi hantu akan undi Umno, kerana hati mereka juga mati. Mereka akan memberikan kemenangan kepada Umno,” katanya.
Azmin juga menyarankan kerajaan negeri supaya melakukan pemantauan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana beliau mendapat maklumat jabatan itu menjalankan ‘kerja kotor’ selepas waktu kerja.
“Kerajaan negeri perlu pantau JPN kerana mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing yang dilakukan selepas waktu kerja.
“Perkara itu berlaku di Sepang yang didakwa lebih 200 orang diberi kad pengenalan kerana sedar rakyat negara ini tidak memberi sokongan dan terpaksa bergantung kepada warga asing,” katanya.
Keadilandaily

sendiri buat tuduh orang buat..itulah sifat PKR...
ReplyDeleteKalau sudah ada bukti penipuan dan kalau ini dilakukan di Thailand misalnya, tentu sudah ada demostrasi dan rusuhan. Orang2 malaysia kat sini tak ada biji...hehehe...
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!