Anwar diheret polis dari pentas ceramah!


KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.


Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.
Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.


Keadilandaily

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. -geram giler dengan polis tadi.siapa yang mulakan keganasan?kurang ajar punya polis...
    -bn is going down this pru13.

    ReplyDelete
  2. AKU JUGA BERDOA KDP ALLAH SWT ORG2 yg membuat dan menjadi dalang fitnah seks terbaru ini yg pasti nya org2 ni memang x dpt HIDAYAH Allah lg sbb nya sentiasa mencipta berbagai2 dosa dan fitnah utk kepntingan politik dan demdam kesumat yg membara yg x kunjung padam ..mudah2an di sambar petir hendaknya, InsyaAllah krn manusia2 ini memang tak takut Tuhan.

    ReplyDelete
  3. tuan asd,

    KALAU TAKUT BERMAIN OMBAK
    JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI

    ReplyDelete
  4. BUBUH PENYEPAK TU BAGI SAMPAI TAK LEH JALAN BARU DIA RETI BAHASA

    SIMPAN MAMAT TU BUAT ROSAK NEGARA SAJA

    MR ALJUBS

    ReplyDelete
  5. Jub mak hang, Gabai

    ReplyDelete
  6. JUB Mak hang, Gabai.......

    ReplyDelete
  7. Gabai Sejahtera kawan sejenis,
    Bukan Gay tapi kawan otak berkudis,
    Bagi statement konon bijak habis,
    tak guna hidup berhati iblis.

    ReplyDelete
  8. si bengap gabai dan si bengang sejahtera..

    yang patut dibagi penyepak dan penerajang Najib altantuyani al zianani.. RM888 bilion dia sebat.. sekor pun puak UMNO, PERKASA, GAP dan NGO segila dengannya tak protes.. kan bangang sikap macam tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post