Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik?



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya dan melepaskan diri daripada semua pertuduhan yang dihadapi ketika ini.

Itu adalah kata-kata Raja Sumpah yang menjaja kotak semasa PRK Permatang Pauh dulu iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang dikatakan mendapat jawatan Senator itu kerana menggigit tangan orang yang pernah memberinya makan suatu masa dulu..


Kata-katanya itu juga membuktikan bahawa sumpah-sumpah yang telah dilafazkan oleh beliau suatu masa dulu adalah untuk kepentingan politik sahaja kerana itulah beliau boleh berkata Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya.

Bercakap soal sumpah ni.. aku pernah bersembang dengan seorang Pegawai Polis semasa menghadiri satu kenduri di Pulau Pangkor dua atau tiga bulan yang lepas, saja aku provoke dia untuk berbicara soal politik ni..

Dari soal rasuah pemimpin UMNO hinggalah kepada kisah-kisah yang melibatkan pemimpin yang berada di dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR sendiri..

Aku faham sebagai anggota kerajaan sokongan dia tu tentulah kepada UMNO/BN kerana bagi mereka mungkin rezeki mereka datang dari UMNO bukannya Allah..

Menariknya bila berbicara soal tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, katanya secara jujur beliau tidak mempercayai bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat seseorang tetapi yang menyebabkan beliau ragu-ragu bahawa Anwar tidak meliwat pula adalah kenapa Anwar tidak mahu bersumpah?

Jawab aku.. sumpah tu mana ada dalam hukum Islam kan Mufti Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Harussani Zakaria dah kata “Tidak perlu bersumpah atau bermubalahah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.”

“Betul juga tu.. tapi masaalah orang kita ni ramai lagi yang lebih percaya kepada sumpah kerana tak tahu ianya menepati undang-undang Islam atau tidak” tambahnya lagi kalaulah Anwar bersumpah ramai yang atas pagar akan sokong dia..

Betl ka macam tu? tanya aku.. jawab dia dari risik tu...

Itu sebahagian dari perbualan aku dengan Pegawai Polis tu.. aku malas nak sembang panjang-panjang takut nanti berperang pulak dengan dia..

Jadi.. kesimpulan dari perbualan aku dengan Pegawai Polis itu ialah Anwar tidak akan bersumpah demi kepentingan politik.. bukan macam Raja Sumpah tu.. bersumpah kesana kemari akhirnya mendapat jawatan Senator..


Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya dan melepaskan diri daripada semua pertuduhan yang dihadapi ketika ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan diri serta 'nyawa politiknya' termasuklah bersumpah dengan memegang al-Quran.

"Saya tidak akan terkejut kerana Anwar berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Pelbagai tuduhan dihadapinya dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya.

"Saya percaya beliau akan melakukan sumpah untuk memulihkan imejnya setelah pelbagai tuduhan buruk dihadapinya, tetapi percayalah bahawa sumpah yang dilakukan itu bertujuan politik dan bukannya berlandaskan kepada agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Ezam meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu melarikan diri ke luar negara.

Ini kerana katanya, Anwar suka memburukkan nama Malaysia di luar negara dan tindakan tersebut perlu dihalang.

"Tindakan beliau itu jelas merosakkan nama negara. Jadi beliau sewajarnya dihalang keluar dari Malaysia," jelasnya.

Lidah Rasmi UMNO

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ini satu lagi pencacai politik, dia bercakap macam masyarakat tak pernah mendengar kata-kata yang pernah dilafazkan suatu masa dulu. Apabila menjadikan politik sebagai mata pencarian maka tak kira apa yang lalu taik pun disambar asal tuan yang ditanggung bahagia.

    ReplyDelete
  2. Mamat ni boleh dipercayaikah. Bangkai betul.

    ReplyDelete
  3. manusia cilaka mcm ni apa saja halal/haram semua dia sapu spesis sampah DBKL mcm dia saja yg terbetul,siapa tak kenal mat kotak,jadi sanatak pun ehsan mencacai,sedarlah diri tu dan asal usul pencacai teloq busukkkk

    ReplyDelete
  4. Macam mulut BABI!

    ReplyDelete
  5. adakah ia tak ubah sprti si kitul...

    ReplyDelete
  6. mulut macam mulut juboq

    ReplyDelete
  7. Ezam senatak nama diberi,
    lupa jasa org memberi,
    mulut bangkai bagaikan peri,
    kita tgk najib apa lagi nak beri.

    ReplyDelete
  8. Saudara Ezzam,

    Bila orang tak nak bersumpah hang suruh bersumpah, bila orang nak bersumpah hang kata kepentingan politik...so apakah yang hang nak?

    Sudahlah Ezzam! Hang dah senang tu sudahlah......kami tak mintak pun dari hang satu sen pun.

    Cuma aku nak berpesan kat hang, INGATLAH BAHAWA KAMU ADA ANAK, ADA BINI DAN ADA KELUARGA, KALAU SALAH SEORANG DARI MEREKA MENERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN DSAI DAN KELUARGA MACAM MANA PERASAAN HANG? HANG INGAT ADA ORANG NAK TOLONG HANG? ITULAH PESANAN AKU EZZAM.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post