Betui ka ni Arman...?

Kata Arman.. “Buat masa ini ada beberapa pihak parti politik daripada kedua-dua belah pihak datang melamar saya... saya hanya akan buat keputusan apabila melihat prinsip yang saya bawa ini benar-benar diiltizamkan oleh parti-parti itu kerana hari ini kita lihat ia masih sama-sama lagi.

he..he..he.. dia rasa dia hebat sangat lah tu...

Saya juga dilamar Pakatan, kata bekas Ketua Wira Perkasa

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Selain menerima tawaran beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu. Malah beliau enggan memberitahu bila menerima tawaran komponen Pakatan Rakyat.

Malam tadi, Arman Azha turut berada di Stadium Melawati, Shah Alam untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.


Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara itu berkata, beliau mengikuti program semalam hanya untuk mendengar dan mengetahui isu-isu yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Buat masa ini ada beberapa pihak parti politik daripada kedua-dua belah pihak datang melamar saya... saya hanya akan buat keputusan apabila melihat prinsip yang saya bawa ini benar-benar diiltizamkan oleh parti-parti itu kerana hari ini kita lihat ia masih sama-sama lagi.

“Sampai saat ini saya belum memberi kata putus parti mana saya akan ikut berjuang. Kena lihat dulu parti mana yang benar-benar membawa prinsip agama, bangsa dan negara,” kata beliau pada sidang media mengumumkan keputusan melepaskan jawatan itu bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru.

Tegas, Arman Azha, beliau akan menyertai parti politik yang mampu memperjuangkan dan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Mana ada parti politik yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air, tidak semestinya kita memperjuangkan bangsa Melayu kita kena menolak bangsa lain.

“Sebenarnya apabila kita memperjuangkan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera kepentingan kaum lain turut diambil kira, akhirnya kita mahukan negara yang muhibah dan perpaduan,” katanya.

Jelas beliau, keputusan meletakkan jawatan itu dibuat atas dasar prinsip kerana Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali tidak mempunyai keupayaan politik dalam perjuangan.

Arman Azha juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu telah dibuat secara matang sejak beberapa bulan lalu.

“Kalau saya gila jawatan, saya tidak akan letak jawatan,” katanya. Arman Azha secara rasmi hari ini meletakkan jawatan selaku Ketua Wira Perkasa berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat petang ini. Selain Arman Azha, Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.


The Malaysian Insider

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Arman Azha tetap buruk,
    Lebih kuah dari senduk,
    konon hebat tak penah tunduk,
    Pakatan tolong jangan cuba peluk.

    * aku buat pantun ok skit sbb dah habih gelak kat dia...

    ReplyDelete
  2. hehehe..
    Gua sangsi,takut ada Planting job utk masukkan virus dlm PR..
    jng,jeng,jeng..
    hehehehe..

    ReplyDelete
  3. pi mampus lah wei...tak dapat projek lah tu, buat je parti baru, zaid ibrahim ada kita, buat lah parti awak ke, dia ke, kamu ke, parti kitaorang pun cun..ha ha ha...boleh blah..wei bla bla bla

    ReplyDelete
  4. NASIHAT SAYA TAK PAYAHLAH MANA2 PARTI DLM PAKATAN TAKYAT TERIMA SPESIS ORG MCM NIE....INI SEMUA PERANGKAP PERKASA DGN UMGOK NAK TAHU SUMBER DALAMAN PR...LEPAS TU LOMPAT BALIK MASUK UMGOK DGN STATEMENT TAK DAPAT TERIMA CARA KEPIMPINAN DSAI.....KALAU DAH JENIS KATAK...KATAK LAH JUGAK....HARAM JADAH SUNGGUH MANUSIA JENIS MCM NIE

    ReplyDelete
  5. Harap pihak Tertinggi Pakatan Rakyat tidak terpengaruh dengan ayat manis sipulan ini. Dan sekiranya dia berminat untuk menyertai PR jgn terlalu ghairah untuk meletakkan dia di tempat tertinggi. Ini kerana kebanyakkan yang menjadi katak adalah golongan UMNGOK dan sekutunya. So berhati-hati. Kita xrugi bila tak mempunyai orang seperti lalang dan katak. Sebab kita dah mempunyai ramai ahli yang setia dan berjiwa besar.

    ReplyDelete
  6. i say no to Arman! Don't bullshit us Arman! No and never-ever-ever! Dak tak guan, busuk, cam taik, masuk PR ingat boleh suci ka? Buang terus je dalam lombong, biar tenggelam, tak timbul2 lagi! Virus ni bawa penyakit... nanti semua sakit! Jgnlah kita dipatuk ular banyak kali! LAWAN TETAPPPP LAWANNNN! DAMN U ARMAN! KO NAK SUCI BERSIH, TAUBAT, MASUK TABLIGH LA!

    MAGUA_PUTRA@2000

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post