BN akan ditolak pada PRU13 nanti - Ibrahim Ali

Semalam Pak Berahim Ali ni kata BN kini bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

Bersungguh-sungguh dia memuji kejayaan UMNO/BN dalam PRK Kerdau dan Merlimau yang telah berlangsung kelmarin, namun sikitpun tidak dihargai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz.

Malah dicabar pula oleh Nazri Aziz supaya PERKASA bertanding dalam PRU13 nanti dibawah lambang mereka sendiri, menurut Nazri beliau tiada masaalah untuk berdepan dengan sesiapa saja yang bertanding di Padang Rengas termasuk Presiden PERKASA Ibrahim Ali sendiri..baca di SINI


Setelah dihentam oleh Nazri Aziz, Ibrahim Ali berkata pula “ jika BN masih mengekalkan pemimpin yang tidak mempamerkan sikap berhemah, tidak menerima pandangan orang lain dan ego, tidak mustahil rakyat akan menolak kerajaan yang ada pada masa ini” sepenuhnya dibawah.

Sekejap dia kata BN dah kuat, bila Nazri hentam dia, dia kata BN akan ditolak pula.. apa dia cakap nie??

Perkasa tidak bertanding PRU

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkas Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi menegaskan bahawa pertubuhan tersebut tidak akan terlibat dalam politik apatah lagi bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar pertubuhan tersebut untuk bertanding pada PRU sebagai sikap ego dan riak segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, jika BN masih mengekalkan pemimpin yang tidak mempamerkan sikap berhemah, tidak menerima pandangan orang lain dan ego, tidak mustahil rakyat akan menolak kerajaan yang ada pada masa ini.

“Perkasa memang tidak sehebat Mohamed Nazri di kawasannya di Padang Rengas tetapi Perkasa ada sedikit undi daripada ahlinya yang boleh menentukan masa depan politik Nazri dan BN.

“Dalam kerajaan ada dasar keterbukaan, jika tidak bersetuju tidak perlu untuk membuat cabaran sedemikian sedangkan beliau tahu Perkasa bukan parti politik,” katanya.

Terdahulu, Nazri mencabar Perkasa bertanding dalam pilihan raya di kerusi yang disandangnya iaitu Padang Rengas kerana Perkasa menolak cadangan untuk memansuhkan ruang perkenalan bangsa di borang-borang yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan dan swasta.

Mengenai kemenangan BN di Kerdau dan Merlimau, beliau berkata, yang penting sekarang ialah sejauh mana BN boleh mengekalkan sokongan itu dan merebut kembali kerusi-kerusi yang dipegang parti pembangkang.

Menurutnya, BN perlu bekerja lebih keras dan mengelak daripada terlibat dalam isu yang boleh menaikkan kemarahan rakyat seperti saman ekor dan kenaikan harga barang.

“Walaupun ia fenomena dunia, kalau dapat ditangani dengan baik oleh BN, saya yakin kerusi yang hilang akan kembali kepada BN,” katanya.

Sinar Harian

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Inilah dia seorang politician yg takde maruah langsung. Harga diri lebih hina dari sundal kat Chow kit tu.

    ReplyDelete
  2. SIAPA YANG TAK KENAL DATO IBRAHIM ALI NI...........BEGITULAH KEADAAN KALAU DAH JADI 'KUPANG TEMBAGA' LAGIPUN DIA NI UMPAMA MELUKUT DITEPI GANTANG.

    KATAK KALAU MELOMPAT BUKAN NYA DIA KIRA SANGAT, JANJI LOMPAT NASIB TAK BAIK DILANGGAR LORI.....MAKA MATI KATAK LAH IA.

    ReplyDelete
  3. perangai buruk, muka buruk, apa yg bagus tak tau ler dia ni...stupid bastard!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post