‘Curi’ DNA Anwar tapi ‘sorok’ DNA Najib dalam kes Altantuya

KUALA LUMPUR: Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?” soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini.

Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik.


“(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata ‘kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)’. Ini tidak masuk akal.

“Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian.

Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol.

Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah.

Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka.

Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah.

“Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA,” kata Sankara.

Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan.


Keadilandaily

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tapi sayang.... sampai sekarang anwar tak berani nak bersumpah...

    ReplyDelete
  2. Assalam Tuan, Mohon linkkan blog Panglima7 di blog tuan. Semoga Tuan dicucuri Rahmat Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  3. Allah akan menimpakan kesiksaan yang amat pedih kepada yang berbuat kezaliman.

    Tunggulah sahaja pembalasannya.

    ReplyDelete
  4. for those who judges others without any proof. i suggest silence is a way to go.

    ReplyDelete
  5. bolehkah aku percaya dgn sistem kehakiman di Malaysia?

    ReplyDelete
  6. salam tuan,

    mohon tuan memautkan link saya di sini: http://zulkifli-salleh.blogspot.com/ (SISTEM-DUNIA)

    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. MAKI LA APA PUN,

    LEPAS NI ALJUBURI BEREHATLAH LAMA2 DI SG BULOH

    HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  8. ANON 11:47pm DAN ANON 11:28am,

    Semoga Allah swt membuka hati kalian dan memberikan hidayah supaya kalian memberanikan diri bukan hanya menggunakan ANONYMOUS sahaja. Kenapa takut kepada kebenaran? Jadilah insan yang mulia disisi ALLAH swt.

    ReplyDelete
  9. orang yang sampai sekarang dok pertikai pasai Anwar tak sumpah,sebenarnya orang tu bangang,,baru belajar nak jadi balaci umngok,,,

    ReplyDelete
  10. kalau kita orang islam yang percaya kepada rukun iman termasuk percaya kepada Alquran, mengapa tidak membaca, memahami dan mengimani tentang apa yang telah diwahyukan. Bukankah jika kita ingin menuduh sesorang berzina( liwat), harus di datangkan 4 org saksi yang adil dan jika tidak si penuduh boleh di sebat.

    ReplyDelete
  11. anon2 tu semua mau kasi kacau aja..sajer kasi panas forum.mana berani tu..

    ReplyDelete
  12. betullah sdr zamri. nak menuduh mestilah ada 4 org saksi. ciri-ciri saksi antaranya yg waras, bukan munafik.. kenapa kes anwar tak dikendalikan di mahkamah syariah? punyalah bebal melayu yg suruh org bersumpah tanpa memahami kaedah dan cara bersumpah yang sebenar dalam islam.. betullah syaitan paling besar ialah di kalangan org melayu islam yang tak faham agama ajaran agama mereka sendiri.. agaknya dulu kecik2 main parit tak pernah belajo agama tu pasal sibuk suruh org bersumpah..anoymous! ko x belajo agama ke? sedangkan ada sebahagian ulamak jadi syaitan bisu.. so ko ni adalah cucu syaitan bisu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post