Ditipu RM300,000 oleh pemimpin UMNO Pahang..

Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan pembantunya serta setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis
SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan.

Syarikat itu - Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd - telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno Pahang.


Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee.

Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar.

Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja.

Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak.


Malaysiakini

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Padan muka hang bersekongkong dgn UMNO mencuri khazanah negara. Takda kesian utk korang macam ini kakaka

    ReplyDelete
  2. Memang MB Pahang kaki kelentong pandai buat janji tapi tak pernah tunai janji. Muka penipu banyak pandai mengampu sultan dan kalau dulu Pak Lah sekarang Najib semata-mata untuk mengekalkan dia terus jadi MB. Banyak duit syarikat balak kena tipu yek patutlah majlis kenduri kahwin anak MB Pahang meriah betoi minggu lalu. Sebab banyak dapat sponsor towkey2 cina balak seluruh Pahang yang telah diberi lesen balak oleh Adnan Yaakob. Memang muka korup kow-kow dan kita pastikan dia tumbang dipilihanraya akan datang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post