DNA, Sumpah Laknat dan Qazaf

Tengahhari semalam dalam berita baik TV3 mahupun lain-lain media, riuh rendah dengan berita tentang sekumpulan manusia yang mendakwa mewakili NGO atau NGOk mengadakan demonstrasi meminta Anwar memberikan sample DNAnya kepada Mahkamah.

Ada juga yang sedikit bodoh meminta agar Mahkamah tidak bersikap ‘double standard’ dalam membicarakan tuduhan yang dikenakan keatas DS Anwar Ibrahim dengan memberikan keistimewaan kepada DS Anwar Ibrahim.

Sedangkan selama ini kita telah melihat sikap ‘double standard’ oleh pihak Mahkamah yang jelas lebih memihak kepada Saiful dan tiada sebarang keistimewaan yang diberikan kepada Anwar hinggakan segala urusan beliau samada di dalam mahupun di luar negeri bergantung kepada hari perbicaraan.


Dan menurut pengerusi NGOk itu lagi Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.- sepenuhnya sila baca di SINI

Demo oleh kumpulan NGOk ini sebenarnya telah berlaku atau diadakan di tiga tempat iaitu di hadapan HQ PKR di Selangor, di perkarangan Komtar dan juga di hadapan Masjid Seberang Jaya..

Agak menghairankan kenapa tiba-tiba muncul kumpulan NGOk itu meminta Anwar menyerahkan DNA kepada Mahkamah sedangkan itu adalah tugas pasukan pendakwaraya dalam membuktikan bahawa DNA Anwar telah berada didalam jubur Saiful.

Adalah satu tindakan yang bodoh jika Anwar memberikan DNAnya kepada pihak Pendakwaraya, kerana kita tahu tugas mereka ialah membuktikan bahawa Anwar bersalah jadi mereka akan menggunakan apa saja cara bagi membuktikan DNA Anwar memang berada didalam jubur Saiful.

Kenapa pihak pendakwaraya tidak mahu membandingkan DNA yang mereka temui didalam jubur Saiful yang disyaki sebagai DNA Anwar dengan DNA atau data dari DNA yang telah pihak berkuasa perolehi ketika menahan Anwar secara sah dalam kes liwat yang pertama dulu?

Sejauh mana kita yakin terhadap pihak pendakwaraya bahawa mereka tidak akan menyalahguna atau memanipulasi DNA baru Anwar yang dituntut diserahkan oleh kumpulan NGOK itu jika Anwar menyerahkan DNAnya?

Selain meminta Anwar menyerahkan DNA kumpulan NGOk itu juga telah mencabar Anwar agar bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Saiful bagi mengatakan kononnya beliau telah diliwat tetapi mengapa mereka iaitu kumpulan NGOk itu tidak melakukan demonstrasi ketika permohonan Anwar untuk mengadakan perbicaraan kesnya itu di Mahkamah Syariah melalui Qazaf ditolak?

Antara Qazaf dan Sumpah laknat itu didalam Islam Qazaf seharusnya diutamakan kerana ianya bersandar kepada hukum-hukum Allah bukannya ‘Sumpah Laknat’ yang hanya lebih kepada kepercayaan atau budaya orang-orang melayu semata-mata.. lagipun ‘Sumpah Laknat’ yang dilakukan oleh Saiful itu sendiri dipertikaikan oleh ramai ulama.

Kata TG NIk Aziz “Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tatapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika mereka bersumpah.”

“Tidak perlu bersumpah atau bermubalahah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam. Kaedahnya dalam kes ini adalah orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti dalam Mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud” kata Mufti Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Harussani Zakaria.

Kata Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya pula “Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an, menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan qazaf adalah menyalahi hukum syarak.”

Manakala kenyataan yang agak keras dari Ustaz Dr. Badrul Amin pula berbunyi “Apa maknanya bersumpah dengan Al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan Al-Quran. Rujuk kes Rafidah Aziz yang sanggup bersumpah dengan Al-Quran mengatakan kononnya beliau tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia mengetahuinya. Apa maknanya bersumpah dengan nama Allah jika seseorang itu tidak takut dengan Allah?”

Kesemua kata-kata di atas adalah ulasan Ulama dan Ustaz tersebut mengenai isu ‘Sumpah Laknat’ Saiful ketika Munajat 2008.

Jadi nasihat siapa yang seharusnya Anwar terima dalam hal sumpah laknat ini? Desakan dari NGOk yang jelas tidak faham kewajaran ‘Sumpah Laknat’ itu atau nasihat dari Ulama?

Entahlah… mungkin kumpulan NGOk itu mengadakan demo setelah mereka percaya apa yang ditulis oleh penulis upahan UMNO dibawah ini..


Anwar lelaki Y? — Awang Selamat

13 MAC — Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terus menjadi perhatian ramai. Pertama, pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoir beliau yang dilancarkan baru-baru ini.

Rakyat Malaysia tidak harus melepaskan peluang membaca A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir. Panas, menarik dan berani. Pada Awang ia dokumen yang cukup penting untuk dijadikan rujukan.

Antara kandungannya Dr Mahathir mengulangi pendirian bahawa keputusan memecat Anwar pada 1998 adalah tepat. Beliau beri hujah dan paparkan cerita mengapa keputusan itu diambil termasuk salah laku seks bekas timbalannya itu.

Sesungguhnya majoriti rakyat dan pelbagai pihak mengambil keputusan yang tepat untuk tidak menyokong Anwar atas sebab yang sama. Awang sudah lama berpendirian beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri atas faktor integriti dan moral. Puluhan pemimpin dan ribuan ahli PKR yang meninggalkan beliau juga mengambil langkah yang tepat.

Kedua, Anwar sekali lagi menjadi tumpuan dalam kes perbicaraan liwat. Kali ini berkaitan keengganan beliau untuk memberi sampel ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Persoalannya mengapa beliau enggan berbuat demikian? Anwar tidak perlu takut kalau beliau bukan “lelaki Y” yang DNAnya dikenalpasti pada Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Malah Anwar akan beruntung kalau DNAnya tidak sepadan dengan “lelaki Y” kerana ia akan memberi peluang bagi membersihkan namanya.

Sepatutnya sudah lama Anwar tampil dengan rela memberikan DNA apatah lagi beliau selalu melaung- laungkan mendukung keadilan dan kebenaran. Taktik beliau memberikan alasan untuk tidak memberikan DNA hanya menebalkan lagi tanggapan bahawa beliau takut kepada kebenaran yang akan terbukti nanti.

Malah beberapa bekas pemimpin PKR mendakwa, keengganan Anwar berbuat demikian kerana mahu melindungi rahsia besar yang belum meletup. Ia bukan sahaja melibatkan kes Saiful yang mengadu diliwat tetapi turut mempunyai kaitan hubungannya dengan seorang anggota keluarga pemimpin kanan PKR.

Awang musykil mengapa Anwar yang menggambarkan beliau pemimpin hebat dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, takut untuk diadili sepenuhnya. Bagaimana hendak menjadi Perdana Menteri sekiranya tidak berani bersumpah laknat dan kini mengelak memberikan sampel DNA? Aneh.

Kaedah bersumpah cara Islam ditolak, secara saintifik juga dinafikan. Maka memoir Dr Mahathir dan isu DNA mengukuhkan lagi hakikat siapa sebenarnya Anwar. Insya Allah, apa sekalipun misteri dan rahsia yang disembunyikan, akan terlerai jua akhirnya.


Lidah Rasmi UMNO

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hehehe NGO geng songkok Tinggi yang jelas dan nyata jadi LEMBU umNGOK. Kalau katakan DSAI bersumpah sekali pun hangpa akan senyap ke? konfirm tidak lain plak yang hangpa kata kat dia.

    LEMBU-LEMBU TERNAKAN umNGOK nie makin sihat-sihat nampaknya.

    -wakleman

    ReplyDelete
  2. bodoh punye NGOk-NGOk ni...dah tak de keje lain nk buat tu yang jd bangang sampai macam ni....bengong...

    ReplyDelete
  3. kes liwat ni menjangkau kepada 3tawon... mcm2 cara telah dilakukan untuk menolak kes ini... tak dapat nak tolak, minta tangguh kes dengan seribu satu alasan.. hampir 50kali kes ditangguh...

    nik ajis lidah bercabang... mula2 kes keluar beliau kata sumpah adalah jalan terbaek untuk mencari kebenaran... selepas annuar jumpa Yussof Qardawi... nik Ajis ubah pulak satement dia...

    tidak adil lagikah hakim yang mengendalikan kes annuar bila beliau menolak DNA yang diambil tanpa mendapat kebenaran annuar???

    nuar ni mcm2lah... kalau betul beliau tak salah napa mesti takut nak kasi DNA dia... Anuuar ada ramai pakar DNA yang bolh menjadi saksi beliau untuk proses ini.. napa nak takut...

    biasalah annuar ni tuhan bagi kelebehan pandai memutar belitkan keadaan.. yelh selagi tuhan izinkan.. jangan sampai satu masa nanti apabila Tuhan tarek balik kelebehan itu, masa tu dah tak guna lagi... nasi dah jd dubur.. ops bubur...

    hanya annuar tahu samada dia ni peliwat atau tidak... tapi ramai juga mangsa yang dah kena liwat dengannya tahu... memang anuuar paling suka maen bontot/menyontot!

    dengar cerita azmin ali pon dia dah sontot... bini azmin pon dia dah tibai depan belakang.. tak taulh betui atau tidak yek.. hanya annuar saja yang tahu samada dian suka maen belakang atau tidak...

    ReplyDelete
  4. SEJAHTERA39, SEMOGA LAKNAT ALLAH MENIMPA KE ATAS KAMU, DAN DI SEGERAKAN AZAB ALLAH ATAS KAMU DGN BERKAT BAITILLAH HIL HARAM, DAN BERKAT RASULULLAH SAW AMEEN YA RABBAL ALAMEEN...

    ReplyDelete
  5. Sejahtera 39....sejahtera sangatlah hidup kamu tu...nak buat tuduhan...dari "dengar cerita", kalau dengar cerita semua orang boleh buat cerita...tetapi apa yang kita cerita tu nanti akan dipersoalkan kat Akhirat, jgn lah suka-suka buat cerita... jgn kategorikan diri kita dalam "mangkuk ayun bertingkat-tingkat"...

    ReplyDelete
  6. Itu anwar punya suka lah asalkan dia tak ambil harta anak yatim cukup lah. Tapi sekarang duit bukan setakan di ambil malah diselewingkan , buat mega projek kepada yang tsk memguntungkan rakyat, beli alat senjata pertahsn dengan harga berlipat kali ganda..habis lain. Yang yatim jadi merimpat. Yang sedarhana jadi yatim, yang senang jadi susah.

    ReplyDelete
  7. Awang Selamat ni pun terikut-ikut kebodohannya sebagaimana puak2 ni. Sampai begitu rendah sekali mereka2 ini (termasuk la Awang Selamat) meletakkan maruah dan tahap pemikiran. Jatuh nilai mereka sebagai makhluk termulia ciptaan Allah.

    ReplyDelete
  8. Ada jugak tersesat puak2 baghal ni kat sini. Berapa kali agaknya nak diterangkan, sumpah2 ni tak perlu. Hanya puak2 baghal ni (Umngok/BN) yg beria-ia nak bersumpah, sebab puak2 ni semua jauh dah sesat. Kalau betul nakkan diadili ikut shara', bawaklah ke mahkamah syariah. Tapi menteri ulamak selipar jepun Umngok (Jamil Khir) takut terdedah kebenaran , rancangan jahat Najib Bijan dan Rosmah rambut piramid. Jadi terpaksalah si ulamak selipar jepun ni membelakangkan hukum syara' demi survival kuasa dan temboloknya. Begitulah manusia yg tarafnya sama dgn binatang. Hina di dunia dan akhirat, Inshaallah.

    ReplyDelete
  9. anwar nak bagi ke tak aku x peduli tapi yg aku peduli, ada mahkamah syariah x nak guna. ada hukum Allah tolak ketepi. Ada akal simpan celah kangkang.

    ReplyDelete
  10. BN dulu kini selamanya bangangMarch 14, 2011 at 5:55 PM

    @sejahtera39
    Apa pya komen hg tulis ni. Nmpak sgt otak hg dh berkarat dgn UMNGOK punya mentaliti. Dari apa yg hg komen mmg hg x follow langsung kes ni. Yang hang tau hentam orang dan sanjung tinggi pemimpin2 songkok tinggi. Hg tau dk apa dlm songgok yg tinggi2 tu? itulah harta2 karun rakyat malaysia hahaha. Bodoh tp tak sedar bodoh lebih teruk dari yg betol2 bodoh

    ReplyDelete
  11. sian la kat sejahtera39 tu, dia kira berani apa tak guna Anon mcm aku ni..siap ada gambar lagik..tp.. tu la..berani aja tak guna kalau bagi statement bodoh!.konon2 bijak la ulas pasal kes anwar, pastu kutuk tg nik aziz, pastu lak citer pasal anwar sontot azmin n wife.ishkk...bodohnyer la hang..tp..sorilah bila tgk lu punya photo..gua tau lu terseksa...ha ha ha..

    ReplyDelete
  12. musykil gak wat demo kat 2 state je, state lain xwat ker, ker state tu je yg kebuloq xdpt makan pasai PR pegang, uwa uwa

    ReplyDelete
  13. alahh

    kalau analisa DNA ini di buat, aku GERENTI yg keputusan ujian DNA tu TIDAK AKAN MEMPUNYAI PADANAN antara sampel darah DSAI dengan lelaki Y.

    aku kerat jari punya lah!

    ReplyDelete
  14. SlayTheZionistDevilsMarch 16, 2011 at 10:56 AM

    sejahtera39 ini adalah contoh daripada berjuta-juta umat akhir zaman yang telah dikawal mindanya oleh musuh. Dia terlalu taksub kepada "tuan"nya sehingga apa sahaja mesej sama ada tipu atau tidak diterimanya bulat-bulat seolah-olah wahyu yang tak boleh dipertikaikan. Dajjal memang suka orang macam sejahtera39 ini sebab boleh diperkudakan. Tapi akhirnya apa yang sejahtera39 dapat? Tepuk dada tanya akal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post