Dokumen Bukti Hubungan Apco-Israel didedah Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 – bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Ketua Umum KEADILAN itu turut membaca satu perenggan sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

“Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.


“Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

“Ke-be-tu-lan,” sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

“Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia,” katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Malah, gaya beliau membuat pengumuman penurunan harga petrol mencuit hati hadirin yang menggamatkan suasana dengan bersorak, dikuti laungan takbir.

Selain Anwar, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut menyampaikan ceramah.


Keadilan Daily

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. ramai rakyat malaysia MALU dengan perangai buruk laku annuarbrahim ni...

    nampak hebat tapi bejat..

    annuat jgn hrplh klu pakatan menang dia bolh jadi PM..jgn harap..jgn berangan mt jeninlh...segala isi perut annuarbrahim karpalsink dh simpan...menjual bangsa/negara/agama kerana kepentingan politik pribadi..
    dimana kezaliman pemerentah BN sekarang ni..klu mereka zalim jgn haraplh nuarbrahim bolh kluar dr sg buluh lagi..beri beliau keadilan dikatakan zalim..agaknya letakkan balik beliau kt sungai buluh baru dia kata bagus kot...sbb kt sg buluh sume jantan ada yg lembut ada yg keras bolh pilih!!!

    ReplyDelete
  2. Perdana menteri pertama Singapura adalah bangsa yahudi David Mashal.

    ReplyDelete
  3. SEJAHTERA 39,

    Terima kasih di atas komen kamu itu. Semoga Allah swt memberi keampunan kepada kamu dan keluarga kamu. Insyaallah kamu akan tergolong dalam golongan manusia yang rugi di akhirat nanti dan diantara hamba Allah swt yang MUFLIS diakhirat.

    Justeru itu janganlah jadi manusia yang rugi didunia dan diakhirat.

    ReplyDelete
  4. sejahtera39,
    memang hang tak tahu apa itu kezaliman,sebab hang pekak,buta tak nampak kebenaran dan keadilan yang sebenar kerana terlalu taksub dengan pemerentahan yang ada sekarang,inilah kejayaan penjajah matsalleh dengan meninggalkan dasar dasar pemerentahan yang diteruskan oleh bekas anak didiknya sehingga kehari ini.

    ReplyDelete
  5. sejahtera39,
    memang hang tak tahu apa itu kezaliman,sebab hang pekak,buta tak nampak kebenaran dan keadilan yang sebenar kerana terlalu taksub dengan pemerentahan yang ada sekarang,inilah kejayaan penjajah matsalleh dengan meninggalkan dasar dasar pemerentahan yang diteruskan oleh bekas anak didiknya sehingga kehari ini.

    ReplyDelete
  6. Sejahtera39,
    Aku pun tak tahu Anwar tu kerjanya meliwat atau tidak.. Samada dia meliwat atau tidak Allah je yang lbh mengetahui.. Cuma aku orang biasa yang tak berapa belajar undang2 ni melihat pada aspek lain.. Cara kes Anwar ditangani yang menunjukkan berlakunya ketidakadilan.. Kerajaan lebih taksub untuk membuktikan Anwar bersalah at any cost di mana sepatutnya kerajaan membantu rakyatnya untuk membuktikan dia tak bersalah..

    ReplyDelete
  7. Sejahtera39 baru start blog. Tak harian lah dia dibayar cybertrooper.

    ReplyDelete
  8. UMNO WARISAN 'SAKA' BRITISH PASTI PUPUSMarch 2, 2011 at 8:56 PM

    LIWAT 1 DULU DH KANTOI!

    LIWAT II PON SAMA JUGAKLAH NAMPAKNYA, CUMA MMG NK LETAK ANWAR DLM PENJARA...

    SEJAHTERA39 NI DI UPAH UMNO UTK MENGACAU, KALU TGK HUJAH DIA MERAPU AJER.

    KALAU NK BERHUJAH PAKAILAH OTAK, JGN PAKAI KEPALA LUTUT.

    ReplyDelete
  9. Sejahtera39 ni komen sini nak wat back link je. Wakaka xyahlah wat backlink, xde sapa yang nak baca artikel sampah hang tu. Baru 35 pageview, nampak sangat budak mentah tetapi dah menyalak sana sini. Balik baca buku deh baru leh sembang dengan kami.

    ReplyDelete
  10. Kesian kat sejahtera 39..

    Silap masuk kawasan la lu Bro.. pi belajar lagi.. kalau nak provoke lain kali, jangan bagi nampak sangat yang hang tu tak tau guna otak..

    Hang pi belajar dengan Blogenstarz atau Mulut Melayu tu..

    ReplyDelete
  11. SlayTheZionistDevilsMarch 3, 2011 at 2:23 AM

    Sejahtera39 dah termakan dengan gula-gula DAJJAL sampai api dipandang air dan air dipandang api. Sejahtera39 adalah merupakan hasil mind control jahat Illuminati dan seangkatan dengannya. AYUH BEBASKAN DIRI ANDA SEKARANG JUGA!

    ReplyDelete
  12. sejahtera 39.
    smpi skunk xde bukti kukuh untuk kata nuar salah..mcm2 orng bn cari bukti...suk bekas minuman..oppss spet mata nuar pun dye kutip cek bukti..kahkahkah..nmapk sgt da xbtul..kes menteri lain xnk siasat lak..ada bukti ke kata ramai rakyat malu ngn nuar??aku xpnh dgr ag..kajian ni..sila masukkn kajian tu..aku nk baca..mungkin itu persepsi kamuu sahaja..

    sebelum nk cita politik...bukak sejarah dulu...dan pahami dan bandingkn dan tgk dalam keadaan skarang..umnuoo klu dulu mungkin aku sokong time baru nk merdeka..tapi tu dulu... waktu nk merdeka dan awal kemerdekaan...sekarang da berbeza..da merdeka lama da...parti korup xkn nk sokong..xkn sbb merdeka kita mau sokong biar la korup pun.jnji perjuangan merdeka mereka dahulu..rosak negara klu semua pikir mcm ni...kerjaan adalah hak semua rakyat...ingat tu...bukan kerajaan orang bn sahja yng punya..tunjukn hak kita..jgn tkut untuk menentang parti yng terlalu bnyk korup ..sejhtera 39..jgn mengkritik mengikut emosi...tpi mengkrtik mggunakan pemikiran yang lebih educated..bila kritik guna emosi..menunjukkan kita ni xde pemikiran rasional.. ..sejahtera 39...balik ni bukak utusam..bukak harakah..buka paper keadilan..bukak paper berita harian ,bukak blog ..jgn guna satu medium je sbgai bukti.....dah2 jagn sedih n kecewa sejahtra 39..ada masa lagi untuk mengkaji yang mana lagi betul

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post