FRU Mencetuskan kekecohan di ceramah Anwar (Video Inside)

Dirgahayu Malaysia!! Tayangan Video lucah tidak digaggu sama sekali, tetapi bila ada usaha untuk menerangkan kebenaran ianya telah menjadi kesalahan sehingga FRU diguna untuk menggempur keadaan.. tidakkah mereka melihat generasi mana yang bangun??



Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam tadi.


Kira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.

Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

Anggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun , Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa yang berlaku di Taman Melawati semalam, bukanlah sesuatu yang berada di luar jangkaan. Kalau menurut puak-puak PKR, yang datang lebih 5000 orang, tetapi kalau berada di tempat tersebut, jumlah yang datang tidak lebih dari 1000 orang!


    Anwar Ibrahim sudah pun memulakan langkah untuk memutarbelitkan apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan dia diterajang masuk ke dalam Penjara Sungai Buloh. Ceramah yang digerakkan oleh PKR di kawasan Azmin Ali itu berjudul DNA atau Datuk Najib Altantuya.


    Agak aneh, tidak sampai 48 jam lepas, Anwar Ibrahim bising dan mengatakan, orang UMNO bermain politik kotor dan mengganggu prosiding mahkamah dengan memperkatakan tentang perkara yang masih dalam perbicaraan. Tetapi dalam ceramahnya di Taman Melawati yang berakhir dengan kekecohan selepas pihak polis bertindak pantas menahannya daripada terus menghasut dan menjahanamkan negara ini semata-mata kerana KEMALUANNYA YANG TIDAK BERIMAN, Anwar secara bebas memperkatakan tentang DNAnya yang walaupun tidak diserahkan secara sukarela, tetapi pihak pendakwa berjaya mengesahkan tiga bukti sebelum ini yang telah ditolak oleh mahkamah.


    Cubaan untuk menimbulkan kekecohan malam tadi, ternyata tidak berjaya. Anwar masih beranggapan, dengan menimbulkan kekecohan, seluruh negara akan bangkit menyokongnya seperti yang berlaku pada tahun 1998 lalu. Malangnya, orang ramai yang datang, sekadar menjadi pemerhati. Dan kebanyakan daripada mereka yang ditemubual, menyatakan tidak berpuas hati langsung dengan penjelasan selama 15 minit oleh Anwar Ibrahim kerana 'sembang bunganya' jauh lebih banyak berbanding isi.


    Trick Anwar Ibrahim sudah basi. Dia dan PKR tahu, pihak polis akan bertindak tegas, tetapi mereka tetap ingin melakukannya kerana menganggap apabila orang ramai berjaya ditemberang dan diperdaya kononnya Anwar Ibrahim dianiaya dan dizalimi, maka sokongan untuk Anwar dan PKR akan bertambah kuat.


    Bagaimanapun, satu perkara yang tidak dijangka oleh Anwar Ibrahim dan juak-juaknya dalam PKR ialah, orang ramai melihat Anwar Ibrahim tidak terancam, tidak dizalimi, tidak dianiayai seperti yang dikatakannya kerana Anwar Ibrahim bebas ke sana ke mari, bebas bercakap dan menghasut, bahkan bebas ke luar masuk negara ini tanpa sebarang sekatan pun. Sebaliknya yang dilihat menzalimi dan menganiaya orang lain adalah Anwar Ibrahim sendiri... contohnya, kes liwatnya cuba dikaitkan dengan Najib Abdul Razak, walhal dia yang sedang dibicarakan oleh mahkamah!!!


    Di situ sahaja, Anwar Ibrahim sudah terkantoi dengan penipuannya dan sikap semulajadinya yang gemar BERBOHONG!!!

    Bila diajukan soalan,Rata2 memberi jawapan hanya mahu mendengar perjalanan kejadian sek Anwar dengan cina doll.

    Mereka marah sebab Polis potong stim bila hampir dengan KLIMAKS sek Anwar .....

    Yang ditangkap sudah disahkan positif ketamin.Sebab tu dia berani kerana dipengaruhi dadah.

    Yang waras semuanya bersopan dan membantu Polis menangkap pengikut Anwar yang menimbulkan kekacauan.

    Wassallam.

    ReplyDelete
  2. Polis cekap menjaga keamanan,
    Penuh integriti menjadi amalan,
    Sayang sungguh jadi tunggangan,
    Kepada Najib dan geng gerombolan.

    ReplyDelete
  3. Buat Blogenstarz..

    Aku tak hairan kalau hang nak komen panjang berjela seolah-olah bersandarkan kepada fakta walaupun ianya hanyalah auta..

    ReplyDelete
  4. Blogenstarz!!!ulasan ko terlampau panjang..ko sebenarnya cuba menambahkan rasa kebencian bagi orang yang nampak akan kebenaran..sudah2 la tu..orang sekarang ni bukannya bodoh!!

    ReplyDelete
  5. to blogenstarz...

    ko ni byk sgt duit haram,2 yg ckp pun xbtl da...bw2 la bertaubat...

    ReplyDelete
  6. ASD, AKU PUN TAK HERAN MAMAT TU NAK KATA APA PUN DALAM KOMENNYA KERANA ITU HAK DIA TETAPI ADAKAH DIA SEDAR BAHAWA HAK ALLAH swt ITU LEBIH NYATA DAN BESAR.

    BAGI AKU ORANG SEPERTI INI, ALLAH AKAN TURUNKAN BALAQNYA KE ATAS ANAK BINI DIA ATAUPUN KAUM KELUARGA NYA, INSYAALLAH.......

    ReplyDelete
  7. Blogenstarz menulis penuh dusta,
    konon bijak tp. otak bak unta,
    tgk di youtube, tak boleh auta,
    orang tak sokong, susah nak kata.

    blogenstarz. hang bodo!

    ReplyDelete
  8. kenapalh 'blogenstar' kabur lagi dgn politik kotor sedemikian.. open your eyes, our govt is too dirty. something needs to change. dont b stupid.

    ReplyDelete
  9. MALANG BAGI BLONGENSTAR, MEMBERIKAN PENDAPAT BENGAP DALAM BLOG INI.. ;-)

    ReplyDelete
  10. blogenstar ni dia mana ada pada malam jedian tu pasal tu lah dia cakap macam orang gila meroyan siapa yg ada pada malam tu termasok aku apa yg terjadi dan apa yg berlaku pada masa tu

    ReplyDelete
  11. Blogenstarz

    Uwekkk!!! komen yang membosankan dari orang otak yang bebal.

    ReplyDelete
  12. buat penulis 'blogenstarz' buat2 banyaklah bertaubat,janganlah awak terlalu banyak taksub dengan kenyataan pemimpin awak dan lidah media munafiq tu.sepatutnya awak sebagai orang yang dikatogeri sebagai orang yang masih waras sepatutnya boleh menilai sesuatu yang fakta atau auta.Ini cuma berdasarkan pamikiran kepala lutut awak saja.proram ceramah yang dibuat bukan utk tabur fitnah tapi utk menjawab balik tuduhan kotor yang dilempar keatas dia oleh UMNO/BN dan media arus perdana.kalaulah Anwar Ibrahim itu bersalah kenapa najib hangat pungkox apabila Anwab bwat ceramah,ini dah jelas bahawa yang salah tu bukan Anwar tapi pimpinan najib toghut abdul apco/yahudi...sekarang ni awak(blogstarz) bukannya diperkuda saja tapi dipercucuk hidong bak lembu oleh UMNO/BN.....

    ReplyDelete
  13. SlayTheZionistDevilsMarch 27, 2011 at 1:05 PM

    Hei Blogenstarz, daripada ko buat nukilan yang menggambarkan permusuhan ko dengan perjuangan PR, baik ko buat nukilan yang menaikkan sentimen anti Zionis dan Dajjal yang selama ini telah berjaya mengawal minda ko! Manusia macam Blogenstarz ini hanya menjadi bahan gelak ketawa syaitan, Dajjal dan Zionis serta agen-agen mereka seperti APCO, Freemason dsb.

    ReplyDelete
  14. 'blogenstarz':
    "Cubaan untuk menimbulkan kekecohan malam tadi, ternyata tidak berjaya. Anwar masih beranggapan, dengan menimbulkan kekecohan, seluruh negara akan bangkit menyokongnya seperti yang berlaku pada tahun 1998 lalu."...

    nampak benor menipu-nyer...
    aku ada malam tu... aku x rasa pun Anwar nak kecoh2...tp,
    syaitan menyamar polis lah yg lebih kuah dari nasi...

    blogstarz!! kaulah makluk hina!!

    ReplyDelete
  15. mamat tu p mai jawb isu hilang RM52 bil. dulu saham bumiputra, baru boleh nk komen panjang berjela-jela, tp auta

    ReplyDelete
  16. taniah buat Blogenstarz...lepak kat "anak sungai derhaka". pesan aku, klu tak tahu cerita jangan komen..nampak sangat bodoh & badut!!

    ReplyDelete
  17. kepada goBlogenstarz,anda x sedar byk p'kara yg x btol,dgn sistem politik malaysia....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post