Hanya Rosmah tahu dia penipu atau tidak

KUALA LUMPUR, 1 Mac: “Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya dia tahu kebenarannya,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Beliau menyatakan demikian sebagai membalas kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan “Rosmah: I don't look like a liar, do I? ” dalam portal Malaysiakini pada 27 Februari (Ahad) yang dilihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau dan menunjukkan bahawa sebenarnya Rosmah kini dalam tekanan dan ketakutan apabila semakin hari semakin banyak kebenaran didedahkan Pakatan Rakyat.


Katanya, secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang menambah, kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan.

“Saya juga ingin mengemuka suatu bukti, yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah, adakah beliau seorang penipu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya lagi, pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab.

Jelas, ujarnya respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak “Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi.

Katanya, peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.

“Sehubungan itu, saya mendesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya,” katanya.


Harakahdaily

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Rosmah bukan menipu cuma dia TIDAK BERCAKAP BENAR jer.

    ReplyDelete
  2. Come on melayu...tak menyampah ke tgk tu? masih mau sama UMNO ka? ishkk.bodo hangpa..

    ReplyDelete
  3. you dont look like a liar but more a murdurer to me.

    ReplyDelete
  4. Bajet PERMATA tahun 2010 - 36 juta, bagi tahun 2011 - 111 juta, kos Persidangan Wanita Pertama Dunia - 4.5 juta (yang dihadiri oleh 15 ekor badak2 afrika sahaja), kes penghantaran wang 600,000 kepada rosmah semasa di Dubai (duit shopping), sekali shopping 11 kereta penuh... afidavit RPK tentang penglibatan rosmah secara langsung dalam kes pembunuhan altantuya... busana fesyen Islam yang menghina Nabi Mohamad SAW... FLOM Department di JPM dengan 7 staf tetap dan bajet sendiri... hmmmm... macam2 lagi... yang kita tak tahu dan tak nampak tentang rosmah puaka ni lagi banyak sebenarnya... kalau ayah sendiri dan adik beradik sendiri dah tak ngaku sedara... apa lagi nak diharapkan dari wanita sombong, jahil, tamak dan bongkak ini??
    Kalau rakyat Malaysia masih daif, jahil, buta mata dan buta hati lagi tak tahulah... hanya Allah yang akan membalasnya. Pembalasan Allah itu amat keras dan amat menghinakan... Tunggu!!!!

    ReplyDelete
  5. penyokong umnoapko tetap buat tak nampak,buat2 tak gheti,buat tak dengar,maklumlah! tumpang makan kuah tumpah macam binatang yang menyalak dok tunggu makanan tuan lebih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post