Kenapa Najib menjawab tanpa ditanya ni???

Dalam mesej Twitternya tanpa ditanya Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.

Satu jawapan yang menimbulkan seribu satu persoalan sebenarnya...


Najib: Polis tak rakam video seks didakwa libatkan pemimpin Pakatan

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks – yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat – melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.

Dalam mesej Twitter malam ini, ketika isu terbaru ini hangat dibahaskan dan menarik perhatian ramai, Perdana Menteri berkata beliau mahu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman tengah hari tadi.

“Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa,” kata Najib sekitar pukul 9 malam tadi.


Bagaimanapun Najib tidak menyebut sama ada pihaknya sudah diberi taklimat mengenai kes itu.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks pelacur.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

“Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya.

Hishammuddin juga meminta individu yang rasa dirinya “teraniaya” ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.

Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

“Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” katanya.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.


The Malaysian Insider

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hishamudin kata “saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,”..
    Lain mcm je kenyataan dia ni.. Sebagai Menteri tentu dia perlu tengok video tu bagi mengetahui butir perkara.. Kalau Hishamudin tak mahu tengok tu mungkin sebab dia dah tengok dulu sama2 dengan Najib sebelum video dijumpai.. Wakakaka

    ReplyDelete
  2. yang buat fitnah ini adalah sebangang manusia takdak fakta yang boleh diterima langsung .katanya hotel tu dok menyediakan pelacur .ha baguih la hotel UBN jangan2 yang Gombak pun kat situ ke apa.kena balik la hangpa.

    ReplyDelete
  3. STATEMENT BANGANG DARI MENTERI YANG BANGANG LAGI BODOH PIANG KATA ORANG UTARA.....SUDAH TU SUDAH LAH...JANGAN KERANA MERASAKAN KUASA KIAN TERGUGAT SAMPAI NAK FITNAH ORANG LAIN SAMPAI BEGITU KEJI SEKALI....ANDAI KATA MEMANG BENAR INI SATU FITNAH MAKA AKU MENYUMPAH SIAL 7 KETURUNAN PADA KELUARGA ORANG YANG BUAT CERITA FITNAH INI....

    ReplyDelete
  4. Ya Allah Ya Tuhan Kami. Engkaulah Penguasa Yg paling Agung dan yg Paling Berkuasa. Kami hamba2 Mu memohon perlindungan dari segala fitnah dan kezaliman oleh golongan yg sesat ini. Berilah kami Ketenangan dan Istiqamah bermunajat kepada Mu dalam menghadapi dugaan Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya dengan izin Mu Ya Allah segala fitnah dan kezaliman ini terjadi. Oleh itu Kami memohon agar kami dan keluarga kami diselamatkan dari segala bala ini.

    Kembalikanlah segala fitnah dan kejahatan ini kepada mereka yg bertanggungjawab dan yg terlibat melakukannya agar menjadi pengajaran supaya mereka tidak kembali kepada Mu dengan dosa besar ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN..

    ReplyDelete
  5. Apa yang kau orang kecoh sangat sampai buat spekulasi dan tuduh sebarangan.
    Cubalah bawak bersabar sikit dan lihat perkembangan selanjutnya.
    Aku sendiri nak tengok kebenaran video tu dan akan buat kesimpulan sendiri.
    Satu pesanan pd semua kekawan, minta nasihatkan anak anak jangan terleka tengok movie sampai minda jadi lembap macam kebenyakkan orang Melayu sekarang. Mudah mudahan orang Melayu Islam akan lebih berakal dan berwawasan. Wassalam

    ReplyDelete
  6. Mana menteri tu nak tengok sebab bukan spesis dia. Dia akan tengok kalau..........(untuk ....malu nak sebut)......hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post