Loji tenaga nuklear Fukushima meletup lagi



TOKYO, 14 Mac — Loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi menyaksikan letupan baru hari ini yang kedua dalam tiga hari mencetuskan kebimbangan baru di kalangan rakyat Jepun yang masih belum keluar daripada kesan tragedi gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Bagaimanapun agensi keselamatan nuklear Jepun tidak dapat mengesahkan sama ada letupan hidrogen di reaktor Unit 3 loji itu menyebabkan kebocoran radiasi.


Loji itu ada tiga reaktor.

Laporan Reuters menyebut, agensi berita Kyodo melaporkan sebanyak 2,000 mayat ditemui di dua kawasan pantai di Miyagi.

Angka kematian dijangka akan terus meningkat selepas pihak berkuasa mengesahkan 1,597 orang terbunuh dan 1,481 orang masih hilang di kawasan-kawasan sebelah timur laut dan timur yang dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Sebanyak 1,000 mayat ditemui dibawa ombak ke pantai-pantai di Semenanjung Ojika yang teruk dilanda gempa bumi dan 1,000 lagi dikesan di bandar Minamisanriku di mana kerajaan tempatan tidak dapat berhubung dengan 10,000 orang atau separuh daripada penduduk kawasan itu.

Angka kematian rasmi tidak termasuk 200 hingga 300 mayat yang ditemui di Sendai, ibu kota Miyagi, yang belum boleh diakses oleh polis atau pekerja-pekerja lain.

Kira-kira 450,000 orang telah dipindahkan dari kawasan Miyagi dan lima kawasan setakat semalam.


The Malaysian Insider

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saudara pengarang, sebagaimana yang kita maklum bahawa bencana tsunami 2011 ini banyak kerugian berjuta-juta ringgit kepada kerajaan Jepun. Kemudahan infrastruktur mengalami kemusnahan, usaha untuk memulihkan kembali tamadun yang musnah menelan duit berjuta-juta ringgit dan memakan masa bertahun-tahun. Ini ditambah pula dengan kekhuatiran akan berlaku satu lagi bencana yang berpunca daripada loji nuklear Fukushima. Sekiranya berlaku maka kesannya amatlah dahsyat. Peranan kita sekarang ini adalah menghulurkan bantuan setakat mana yang kita mampu bagi meringankan beban mereka dengan penuh ikhlas. Sesungguhnya bagi mereka yang terlibat dengan bencana tersebut, sebahagian besar daripada mengalami trauma yang kadangkala berlarutan sepanjang hayat. Apa yang penting untuk diperhatikan adalah kesan bencana tetrsebut terhadap ekonomi, taraf hidup rakyat dan politik negara Jepun. Dikhuatiri bahawa kesan daripada bencana tersebut adalah sangat negatif. Sekiranya berlaku, bayangkan sebuah negara yang kita pandang sebagai negara maju boleh tersungkur disebabkan bencana sedemikian. Kita di sini harus mengambil iktibar bahawa kita tak boleh mendabik dada bahawa bencana tersebut berlaku hanya kepada mereka dan tidak akan berlaku kepada kita. Kemungkinan bencana yang kita alami adalah dalam bentuk lain dan boleh jadi juga kesannya adalah lagi teruk daripada bencana yang telah berlaku baru-baru ini. Akhir sekali, berwaspadalah dan berpeganglah kepada tali agama sebelum tiba giliran kita untuk diuji oleh Allah SWT.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post